Tuesday, June 21, 2016

Pendaki terkejut dengan imej wajah di Gunung Kinabalu Selepas Gempa Bumi

Kemunculan Imej ‘Wajah’ Di Gunung Kinabalu Mengejutkan Pendaki | Kemunculan imej yang menyerupai ‘wajah’ pada permukaan puncak St John di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial. Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral. Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran ‘wajah’ dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung. “Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara,” katanya




 Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan ‘wajah’ itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut. Yassin berkata pembentukan ‘wajah’ berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu. -Awani

 ZULASRI : Horeyyy Gunung Kinabalu dah boleh daki ! Baru je booking haritu, tapi xde rezeki nak naik sebab sebelum naik tu tiba-tiba pulak ada gempa bumi.. Huhu sedih sangat time tu. Tapi takpe, Gunung Kinabalu dengan rumah tak jauh mana pun. Anytime boleh pergi.. hehe

 
JOM TERJAH STORY NI PULA :

Youtube menyokong hubungan sama jenis?

Youtube bukan satu benda asing lagi dikalangan kita. Semua orang pernah dan selalu melayari Youtube dan laman sesawang ni disukai oleh semua golongan tak kira dari kanak-kanak hingga lah golongan dewasa kerana Youtube banyak video yang best-best dari hiburan hinggalah pembelajaran. Aku sendiri suka dengan laman ni. Memang hampir setiap hari aku buka Youtube untuk dengar lagu, tengok movie, tengok berita dan macam-macam lagi. Harini aku buka youtube macam biasa, then ternampak ada perbezaan sikit dari biasa. Ada lambang Love kat sebelah logo Youtube.


Aku serius tak tau apa benda tu, then aku pun try la click button tu. *Excited nak tau apa benda tu. Then korang aku nampak? Tanda sokongan Youtube dengan golongan LGBT dengan hashtag #ProudToBe. Apa pandangan anda? Link boleh tengok kat sini.

 
ZULASRI :Semoga Allah berikan hidayah kepada mereka.



Jom Terjah Story Ni Pula :

Mesej Untuk Sukarelawan Sukan Sea 2017

Debaran SUKAN SEA 2017 semakin terasa. Aku pun dah tak sabar sebenarnya nak tengok perlawanan terbesar ni. Tahun ni Malaysia akan menjadi tuan rumah. Ingat lagi tak sesiapa yang pernah daftar untuk menjadi sukarelawan dulu? haa sekarang result dah keluar. Kepada sukarelawan yang telah mendaftar, sila semak emel anda untuk langkah seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB Sukan Sea 2017


ZULASRI : Nak juga jadi sukarelawan. masih buka tak? huhu


JOM TERJAH STORY NI PULA :

Kenali Hafiz Mahamad

Wow ! Tak sangka mamat ni makin popular dikalangan gadis-gadis. Well, ramai pompuan nak boyfriend dia macam Hafiz Mahamad kan. Siapa je tak mau dilayan macam princess. Okay, buat yang masih tak kenal siapa Hafiz Mahamad ni, boleh lah Stalk Instagram, Twitter dan FB dia. Buat lelaki-lelaki diluar sana, boleh la ambil inspirasi dari dia. Hehehe



Instagram           :@Hafizmahamad
Twitter               : @Hafizmahamad
Facebook           :  Hafiz Mahamad

 ZULASRI : Power shall ! 

 
JOM TERJAH STORY NI JUGA :

Monday, June 20, 2016

Lelaki mengamuk sebab dibandingkan dengan Hafiz Mahamad

Siapa je tak kenal Hafiz Mahamad. Rasanya banyak dah gadis-gadis Malaya kenal dengan dia. Bangun pagi-pagi buka twitter berlambak cerita pasal mamat ni. Dipendekkan cerita, baru-baru ni dia ada post video suprise untuk girlfriend. Maka dengan itu, bermulalah gadis-gadis malaya ni tag Boyfriend diorang dengan harapan boyfriend diorang ni akan jadi macam Hafiz tanpa memikirkan perasaan bf diorang. Disebabkan daripada itu, ramai geng-geng lelaki ni menunjukkan rasa tidak puas hati di twitter. Yelah, bukan semua lelaki mampu nak buat macam tu. Setiap orang kan ada cara masing-masing nak tunjukkan rasa sayang tu. Kalau aku, sweet-sweet ni bukan bidang aku, jadi memang tak reti sangat untuk ber sweet-sweet ni. haha Memang malang orang yang dapat lelaki macam aku. hahaha







ZULASRI : Cukup menjadi diri sendiri. Setiap orang ada cara masing-masing. Kalau lelaki buat macam tu kat girlfriend diorang, tak meroyan pompuan? hahaha Anyway semoga diorang berbahagia. :) 

 

JOM TERJAH STORY INI PULA :


Sunday, June 19, 2016

Segmen Blogwalking #1 by www.syahidahfadilah.com


Harini kerja nak support segmen orang je. Tau lah paper 4 hari lagi, sempat lagi aku online memanjang acah-acah dah ready exam khamis ni. Okay, dipendekkan cerita, Akak Syahidah ni tengah buat segmen blogwalking sekali gus nak mencari 15 Blogger untuk dijadikan bloglist beliau. Haaa kepada yang berminat, bolehlah click gambar comel diatas. Selamat berpuasa :))

ZULASRI : Harini keja nak usha blog orang je. 

 
JOM TERJAH STORY NI JUGA :


Kad Raya GA by Nina


Dah lama rasanya tak ikut mana-mana segmen. Harini kita support member punya segmen. Susah tau nak buat segmen ni. Kena keluar banyak modal semata-mata nak kasih kad raya. Sesiapa yang berminat bolehlah click banner kat bawa ni, kot-kot boleh dapat kad raya dari Akak Nina. Bila lagi nak dapat kad raya kan..hehe

http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_22.html


ZULASRI : Dulu dapat kad raya dari blogger. Best gila rasanya time tu..hehe

3 Syarat wanita tidak menutup aurat

Terdapat 3 syarat yang membolehkan wanita untuk tidak menutup aurat. Pertama, perempuan itu kenalah gila. Dah takde akal nak buat macam mana kan? dah memang gila, macam mana nak fikir dengan waras. Kedua pula Bukan Islam, tapi kalau yang bukan Islam nak tutup aurat pun apa salahnya, kan tutup aurat tu sedap mata memandang sekaligus boleh terhindar daripada lelaki-lelaki buas. haha Seterusnya belum akhil baligh, kiranya masih budak-budak lah. Belum sampai syarat sah bagi budak-budak. Semoga bermanfaat :))

Sumber Twitter
 
ZULASRI : Yang tidak cukup syarat tu, semoga Allah berikan hidayah. Aku doakan korang :))

 JOM TERJAH STORY NI PULA : 
  1. Hukum mewarnakan rambut dalam Islam.
  2. Perbezaan cara sebat dalam islam dan sivil.
  3. Hukum Mengambil Gambar.
  4. Sebab Kita Solat Menghadap Kaabah.
  5. Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan.

MINGGU PEPERIKSAAN

ONE PAPER TO GO ! Setelah berminggu-minggu stress sebab final exam, akhirnya tinggal satu je lagi paper sebelum aku menamatkan semester 4 di Universiti. Setiap hari ada je orang packing barang untuk balik bercuti sementara aku masih fight untuk final exam. *Cedih. Sebenarnya, kalau ikut perancangan kelas aku, kami semua dah habis dah exam. Cuma aku je gedik tambah subjek, tu lah lambat balik. *padan muka. Hampir semua member dah balik, hostel pun makin sikit orang. Nak keluar makan pun tak dapat nak ajak member-member kelas sebab semua sudah selamat sampai rumah dan sempat je sebenarnya dorang semua menganjing aku duduk lama-lama kat sini. Well, sayang sangat kat UTHM kan. Susah nak tinggal. hahaha.. Nasib la ada juga member-member bowling yang masih kat sini dan sebenarnya memang tinggal sini, ada la juga teman nak jalan-jalan bagai.


ZULASRI : Masih adakah dekan buatku?

 


 JOM TERJAH STORY NI PULA : 
  1. Hukum mewarnakan rambut dalam Islam.
  2. Perbezaan cara sebat dalam islam dan sivil.
  3. Hukum Mengambil Gambar.
  4. Sebab Kita Solat Menghadap Kaabah.
  5. Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan.

Friday, June 17, 2016

Viral Dimedia Sosial : Old Street Commercial Centre 老街坊

Tempat makan Hipster bukan benda yang baru lagi disini. Kalau haritu aku makan kat Comic Cafe, harini aku dan member singgah ke Old Street Commercial Centre 老街坊 pula yang bertempat di Batu Pahat Johor. Tempat yang bertemakan Roof Top dan baru-baru ni menjadi viral dilaman sosial. Memandangkan tempat ni baru je buka, banyak pengunjung yang datang dan keadaan disini sedikit sesak. Tempat yang menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkunjung, dating dan meluangkan masa dengan keluarga. Aku sarankan, kalau nak datang sini baik datang awal atau bukan ketika cuti. Sebab tempat ni sesak dan PANAS. hahaha


 



ZULASRI : Pemandangan yang menarik dan comel..

 JOM TERJAH STORY NI PULA :


Tuesday, June 14, 2016

Baazar Ramadhan Di Bulan Puasa

Bila tiba bulan puasa, Baazar Ramadhan tak pernah tak ramai. Seawal pukul 4 petang orang dah berpusu-pusu datang baazar nak beli menu berbuka puasa. Bila datang baazar mesti tak tau nak beli apa. Banyak sangat pilihan sehingga sanggup pusing baazar tu 2-3 kali. Pernah sekali tu aku dan team boling Sabah ni baru habis training*TenpinBowling dan kitorang pergi ke baazar berjemaah. Dah sampai sana tak tau nak beli apa, then aku dengan member aku ni sibuklah pusing-pusing baazar. Serius banyak sangat pilihan sampai tak tau nak beli apa. Dah la sesak, jalan pulak sempit, lagi susah la proses pencarian makanan dilakukan. 

Jauh disudut hati ni ,kalau boleh semua benda aku nak. Time tu pulak ada banyak pilihan, nak je aku beli tu Sotong panggang, ayam percik dan kambing panggang. Itu menu wajib aku atleast sekali dalam sebulan bulan puasa ni. Banyak lagi sebenarnya menu yang best-best kat sana tapi ingat lagi time tu kat dompet ada RM10 je, cukup untuk beli satu makanan dan satu minuman.*Student mana nak ada duit sangat.haha Dalam kitorang sibuk pusing-pusing mencari makanan, sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.15PM *Sabah awal sikit berbuka time tu dan tidak lama selepas itu azan berkumandang dan yang teruknya satu benda pun aku tak beli lagi. Nasib la time tu kat depan aku tu ada jual minuman sejuk. Beli je terus minum *Berbuka secepatnya kan amalan baik..hihihi 

ZULASRI : Bulan ni berpuasa di negeri orang, kena la berjimat. Bulan puasa ni eloklah beli ikut keperluan je. :))

 

JOM Terjah Story ni Pula : 

Tuesday, June 07, 2016

Jawapan Muhammad Ali Kepada Donald Trump

Dalam sebuah sesi wawancara, Muhammad Ali ditanya soal apakah dirinya memiliki pengawal (bodyguard). Ali mengaku memiliki pengawal yang punya kekuatan luar biasa yang mampu melindunginya dan semua manusia. Donald Trump yang merupakan pengacara talkshow itu bertanya dengan serius kepada Ali,"Apakah Anda memiliki bodyguard?" Ali kemudian memejamkan matanya sambil menghitung dengan jari-jarinya."Satu, dua, tiga, empat.. tidak ada," jawab Ali disambut tawa penonton.




Kemudian Ali meneruskan jawapannya dengan penuh yakin.

"Saya ada satu bodyguard, Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar, Dia juga Maha Mengetahui. Kalau Dia ingin sesuatu, Dia hanya perlu menciptakannya. Pengikutnya patuh dan Dia tahu apa yang orang bicarakan. Dia tahu semua rahsia, bahkan apa yang ada di dalam hati kita. Dia adalah Tuhan, Allah. Dia adalah bodyguard saya, Dia juga bodyguard Anda," tegas Ali.

Ali, legenda tinju dunia meninggal pada 3 Jun 2016. Ali meninggal dunia di usia 74 tahun. Ia bertarung melawan penyakit Parkinson selama lebih 32 tahun.


ZULASRI : Perginya Seorang Lagenda Dunia. Al-Fatihah




JOM TERJAH STORY NI PULA :

Monday, June 06, 2016

SENAMAN BULAN PUASA

Bersenam dalam bulan puasa tidak semudah hari lain. Sesuaikan panduan berikut dengan objektif dan kemampuan diri sendiri.Puasa bukan penghalang untuk kita kekal aktif. Enti kali ni aku nak share sedikit info daripada abam sado kita KEVIN ZAHRI. Jom sama-sama baca apa panduan dan tips bulan puasa beliau.

1) Waktu terbaik bakar lemak?

Dalam 1jam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (iktu kemampuan individu), casual sports dll. Setelah berpuasa sehari dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.

Panduan: Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercunggap-cunggap.
Safety: Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, saya syorkan senaman ringan ini dilakukan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau public area. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa.

2) Senaman HIGH Intensity boleh?

Saya tidak galakkan anda lakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan berpuasa.
Penting! Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi. Please utamakan keselamatan diri.

Nota: Diet popular Intermittent Fasting atau IF benarkan HIIT atau senaman lain dalam keadaan berpuasa TAPI “puasa IF” dan “puasa Ramadhan” tidak sama kerana IF benarkan minum air (tidak berkalori) semasa “berpuasa”.

 

3) Jadi bila nak buat HIIT atau weight training?

Hanya selepas berbuka puasa. Kalau nak bersenam TERUS selepas berbuka? Stick to makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan banyak sangat dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2x, air suam, maybe 100Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam). Kalau anda berpuasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau weight training dalam 60-90min selepas berbuka.

4) Tak nak senam bulan puasa boleh?

Ok jugak tu. Saya sendiri biasa akan kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan ramadhan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan baiki segala wear-n-tear.

Ingat: World class athletes pun ada off-season jadi tak salah untuk shut-off from segala activity kecergasan dan fokus mungkin beri lebih tumpuan kepada amalan rohani bulan ramadhan.

5) Terawih tu boleh kira “senaman” tak?

Yes ia bakar kalori (mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid/surau) tapi objektif utama solat terawih tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan.
Tapi disamping pahala ia tetap bantu kesihatan jasmani dan rohani lagi-lagi kalau anda berjalan kaki ke masjid.

Bagi saya, ramadhan adalah bulan yang baik untuk fokus kepada aspek kehidupan yang lain (termasuk akhirat), eratkan silaturrahim dan kurangkan stres-stres kehidupan.

ZULASRI : Kekal akti dan sihat !


JOM TERJAH STORY NI PULA :

HARI PERTAMA SAHUR DAN BEPUASA

RAMADHAN TIBA RAMADHAN TIBA RAMADHAN TIBA ! MARHABAN YA RAMADHAN MARHABAN YA RAMADHAN !

Alhamdulillah, bulan kemulian tiba lagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang diberkati dan bulan yang penuh dengan amal. Semoga Ramadhan kali ni kita boleh memperbanyakkan amal dan ibadah kepada Allah S.W.T. Hari pertama berpuasa, sama seperti tahun lepas dimana aku berpuasa di perantauan tanpa keluarga dan hanya bertemankan sahabat-sahabat yang berjuang dalam menimba ilmu. Beza puasa kali ini ialah, roomate aku terdiri daripada golongan bukan Islam. Roomate aku ni yang gigih bangunkan aku untuk sahur pukul 4.00 pagi. Thanks roomate. Untuk makan ketika sahur pun susah inikan pula nak turun bawah untuk beli makanan. Sahur kali ini aku masak Maggi je dengan Kopiko LA Coffee.



Teringat kat rumah, mesti keluarga kat rumah ni menikmati makanan yang sedap-sedap sementara aku disini makan Maggi.*Cedih. Minggu ini merupakan study week bagi pelajar Degree UTHM. Banyak nak kena cover ni sebelum kerja. Time-time study week jugalah lecturer sibuk nak minta assignment bagai. Memang agak sibuk tambahan pula semester ini aku ada 5 paper final ! OMG OMG ! Semoga aku dipermudahkan dalam peperiksaan dan perjalanan aku di perantauan.

ZULASRI : Selamat Berpuasa semua !

Sunday, June 05, 2016

Jalan-jalan cari makan di COMIC CAFE

Cafe Hipster bukan lagi satu benda yang asing. Banyak cafe yang sudah memperkenalkan cafe-cafe yang awesome untuk menarik minat pelanggan terutamanya golongan remaja. Beberapa hari lepas, aku dan team bowling UTHM sempat makan di Comic Cafe yang bertempat di Batu Pahat. Sekitar 15 minit daripada UTHM. Banyak  makanan yang menarik yang disediakan dan lain daripada yang lain.

Apa yang menarik di cafe ini ialah suasana cafe ini dipenuhi dengan superhero-superhero yang terkenal. Dipendekkan cerita, tak tau pula time kami makan tu, ada sekumpulan superhero pun datang untuk makan disitu. Superhero Batu Pahat datang beb! Apa lagi, aku pun ambil kesempatanlah untuk bergambar dengan superhero-superhero ini. Kepada yang belum sampai sini, datang la ramai-ramai okay ! Tempat menarik dan harga pun berpatutan.  Sesiapa yang nak try datang sini, waktu operasi mereka ISNIN - JUMAAT bermula 4.00 PM - 2.00 AM dan SABTU - AHAD bermula 12.00 PM - 2.00 AM. Datang sini dan berjumpa dengan SUPERHERO anda !



Lokasi

No 5,Jalan Flora Utama 3, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat



ZULASRI : Berhenti makan untuk bergambar. hahaha 

JOM TERJAH STORY NI PULA :


Kursus Rekreasi Luar Tahap 1

Untuk melaksanakan satu program tu bukan mudah. Banyak halangan yang perlu dilalui sebelum berjaya. Tak sangka juga kami dapat melaksanakan kursus ini dengan bajet yang rendah. Terima kasih kepada rakan-rakan setugas yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Insyaallah kita semua akan dapat sijil kemahiran kursus rekreasi luar tahap 1.

Sebenarnya, untuk lulus dalam ujian ini, beberapa perkara yang perlu diuji. Antaranya ialah kemahiran dalam penggunaan kompas Orienteering, asas perkhemahan, asas masakan dan beberapa aktiviti lasak seperti uji keberanian ( Night Walk ), kayak , wall climbing dan macam-macam lagi. Seramai 65 orang pelajar yang mengikuti program ini. Diakhir program ini, pelajar akan diberi ujian bertulis dimana pelajar harus menjawab semua perkara yang telah dipelajari sepanjang program. Selain daripada ujian bertulis, ujian praktikal juga dilakukan dimana kami semua diuji cara ikatan tali yang betul. Hanya yang betul-betul mahir sahaja yang layak untuk mendapatkan sijil ini. Harap kita semua lepas lah ye.. hehehe


ZULASRI : Thanks kepada Mejar Syafiee dan Cik Shila atas tunjuk ajar :)

 
 
JOM TERJAH STORY NI JUGA : 

Kejohanan MASUM 2016

Alhamdulillah selesai juga kejohanan MASUM 2016 yang bertempat di Melaka International Bowling Centre. Tahniah buat pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kerana berjaya mendapat 1 perak dan 3 gangsa melalui acara Singles ( Faridz ) ,Mixed double ( Faridz dan Nabila ), Team Lelaki dan Team Perempuan. Banyak pengalaman yang kita hadapi sebelum kita memenangi kejohanan ini. Keep it up guys !




ZULASRI : Next MASUM pasti boleh dapat lagi. Keep training guys :)


 
JOM TERJAH STORY INI PULA :

Percutian Ke Pulau Manukan

Manukan (Pulau Manukan) adalah pulau yang  sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan antarabangsa. Ini adalah pulau kedua terbesar di sini dan Pulau Manukan terkenal dengan aktiviti snorkelling. Terdapat banyak kemudahan yang ada di Pulau Manukan contohnya Restoran dan Resort. Akan tetapi penjualan makanan akan ditutup jika restoran itu telah ditempah oleh syarikat lain. Ada baiknya kita membawa makanan sendiri di rumah. Lebih enak dan lebih jimat.

Ia hanya memakan masa sebanyak 15 minit dengan menaiki bot daripada Bandaraya Kota Kinabalu (KK). Harga untuk menyewa bot sekitar RM25-RM30 ( Pergi dan balik ). Selain air lautnya yang jernih, Pulau Manukan juga mempunyai pantai yang luas dan bersih.  Untuk memasuki Pulau ini, pelawat diminta untuk membayar mengikut kadar bayaran dibawah.



Terdapat banyak aktiviti yang telah disediakan oleh Taman-Taman Sabah kepada pengunjung yang melawat Pulau ni. Antaranya adalah snorkelling, Parasailing, Jet Ski dan banyak lagi. Kadar bayaran untuk setiap aktiviti adalah seperti dibawah


Sepanjang cuti ni, Pulau Manukan antara tempat yang wajib aku kunjungi, selain boleh menenangkan hati dan minda, ia juga dapat membuatkan aku lupa assigment yang bertimbun. Hahahaha





ZULASRI : Banyak gambar yang akan di UPDATE kemudian :)