Tuesday, October 14, 2014

Kelebihan Menimba Ilmu

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN

Menghadiri majlis ilmu merupakan amalan yang dituntut oleh semua agama. Menuntut ilmu bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, bahkan ia juga berguna dalam pembentukan negara. Menghadiri majlis ilmu boleh dilakukan dengan berbagai cara sebagai contoh menghadiri kuliah maghrib di Masjid. Rasulullah s.a.w bersabda:

 "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Daripada hadith ini, penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.Selain itu, menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu. Berikut merupakan ringkasan kuliah maghrib di Kolej Kediaman Perwira. Harap ia bermanfaat untuk kita semua.




ADMIN : Perkara diatas sesuai dengan falsafah kumpulan kami iaitu "Dengan Ilmu Kita Melangkah"


JOM TERJAH STORY INI PULA :


Tuesday, October 07, 2014

Cara mengatasi masalah kerja berkumpulan


kerja berkumpulan

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH.


Masalah kerja berkumpulan? Siapa yang tak pernah menghadapi masalah ini? Rata-rata kita semua pernah mengalami masalah ini khususnya di alam Universiti dan di alam pekerjaan. Kerja berkumpulan selalunya akan menjadi masalah utama untuk setiap pelajar/pekerja. Kebanyakan kerja berkumpulan ini dilakukan disaat akhir. Aku sendiri pun tak tahu kenapa sesetengah pelajar "berlagak pandai" dan suka sangat melakukan sesuatu kerja disaat akhir. Kerja disaat akhir akan membuat HASIL kerja kita tak seperti yang kita harapkan. Hasil kerja tersebut mungkin tidak se"perfect" yang kita diinginkan. Dengan adanya perancangan yang betul, kerja akan lebih mudah dan tidak menggangu aktiviti harian kita. 

"CARA MENGATASI MASALAH KERJA BERKUMPULAN"

Cara yang sesuai digunakan mengikut pengalaman aku untuk mengatasi masalah ini ialah "Jadi Ketua". Mungkin orang akan cakap yang kita ni Gila Kuasa, tapi jika anda fikirkan balik, bolehkah sesebuah kerja itu dilakukan tanpa seorang ketua?. Kebanyakan pelajar hanya akan melakukan kerja jika disuruh. Dengan adanya kuasa menjadi ketua kumpulan, anda seharusnya menjadi penggerak sesuatu kerja tersebut. Jadi kerja berkumpulan itu berjalan dengan lancar dengan kebijaksanaan ketua.

Setelah menjadi ketua, anda kena lah menyediakan satu kertas kosong dan kalendar. Bincang dan buat perancangan dalam melakukan proses kerja. Buat jadual pelan tindakan dan anggaran masa yang perlu untuk semua "sub-task". Adalah menjadi kebaikan jika anda mengajak rakan-rakan yang berada dalam kumpulan untuk berbincang. Setelah perbincangan tersebut selesai, dapatkan pendapat daripada boss/pensyarah mengenai hasil kerja yang kita lakukan. Yela, kadang-kala, sesetengah pelajar/pekerja akan "syok sendiri". 

Setelah itu, tentukan tarikh yang sesuai untuk menulis hasil kerja tersebut. Elakkan daripada berbincang di whasapp atau sms. Kalau boleh, bersemuka la dengan ahli kumpulan yang lain. Kongsikan maklumat hasil kerja anda di facebook. Create satu group rasiah agar orang lain tak ceroboh/copy hasil kerja anda. 

ADMIN : Harap membantu anda semua menangani masalah kerja/projek berkumpulan. Selamat berjaya.

Hasil pembelajaran daripada Dr. Afandi Bin Ahmad (Pensyarah UTHM FKEE)

6 ongoing CPUV Nuffnang dalam seminggu


Alhamdulillah, terima kasih kepada Mr. Nuffanang kerana memberi rezeki di hari raya ini. So kepada rakan-rakan yang melawat blog ni, sudi-sudi la click iklan yang tertera. Thanks :)