Monday, July 30, 2012

Lagu Raya Yang Lawak

Assalammualaikum Dan salam Ramadhan saya ucapkan.

Apa Khbar semua ? Harap korang sihat-sihat belaka je lah ya? Sementara menunggu berbuka puasa tu, jom tengok dulu video ni. Hahahaha lawak lah saya tengok. AYUU SUNGGUH !!

ENJOY -_-"


Friday, July 27, 2012

Aksi Siput Babi Berasmara ( 13 Gambar )


d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

d861

Koleksi Rumah Mewah Dato Siti Nurhaliza


Koleksi Gambar Rumah Banglo Mewah Siti Nurhaliza Di Empat Lokasi Yang Berbeza. Semua sudah maklum bahawa kekayaan Datuk Siti Nurhaliza Dan suaminya Datuk K membuatkan Siti mampu memiliki dan membeli hampir 4 buah rumah banglo di Malaysia. Jom lihat gambar rumah Siti Nurhaliza.



Rumah Siti Nurhaliza di Cameron Highland



Rumah asal Siti Nurhaliza di Pahang yang diubahsuai menjadi sebuah banglo mewah dan dihuni oleh ibunya ketika ini.





Rumah utama Datuk K dan Siti Nurhaliza yang terletak di kawasan penempatan elit di Bukit Antarabangsa. Rumah ini adalah antara kediaman termewah dikawasan tersebut dan boleh diumpamakan sebuah mahligai dan bukannya rumah biasa.



Rumah banglo Siti Nurhaliza di Cheras.

20+++ Mutiara Kata Dan Ayat-Ayat Motivasi Yang Cool


Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati?


Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia.
Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar. Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal.


Sunday, July 22, 2012

Perkhidmatan Header

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA SEMUA

Memandangkan Mr. Dracula baru je nak mengaktifkan diri dalam dunia blog ni, Mr. Dracula pun nak jugalah mencuba untuk memberikan perkhidmatan pembuatan Header untuk blog anda. Tempahan boleh di buat di sini

BAYARAN : RM10 ( Boleh dibayar melalui Top Up ).

    Mr.Dracula menggunakan FREEBIES yang telah diberikan secara percuma daripada blog lain untuk membuat header ( Thanks pada mereka yang memberikan FREEBIES ini )
  • Boleh juga menggunakan gambar anda seperti  header kat bawa ni.
CONTOH-CONTOH HEADER HASIL TANGAN MR.DRACULA








Simple je kan?? tempah lah sekarang.. Murah dah tuu :)









Ada Simbol Seks di Sejadah?





Subliminal message atau mesej bawah sadar merupakan signal atau pesanan yang terdapat dalam medium lain, yang dirancang untuk melewati di atas normal fikiran / persepsi manusia. Mesej itu sebenarnya tidak disedari/ diketahui, namun dalam situasi tertentu ia dapat mempengaruhi fikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistem nilai secara positif mahupun negatif. Istilah bawah sadar bererti “ beneath alimen “.

Subliminal berasal dari bahasa Latin, kata sub yang bererti di bawah, dan limen, yang bererti batasan/sempadan (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold).

Samaada secara sengaja atau tidak sengaja, ada gambar/imej yang menampakkan mesej berbaur seks pada gambar sejadah, karpet alas untuk solat di masjid-masjid. Sejadah jenis ini sudah tersebar ke masjid-masjid, namun sayang masyarakat/ jama’ah masjid tidak menyedari bahawa karpet/sejadah yang mereka guna setiap hari sebenarnya bergambar porno.


Mungkin sepintas itu kita tidak dapat melihat dengan jelas dan pastinya tidak menyedari yang sebenarnya gambar yang kita katakan sebuah pintu sekiranya diperhatikan betul-betul akan menyerupai (maaf) seperti organ kelamin lelaki. Cuba perhatikan kembali gambar sejadah atau karpet masjid! ini seperti sudah di desain dengan rapi oleh pihak pengilang.

Kesempurnaan Wudhuk


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA !

Dah buka posa ? Mestilah sudah kan..haha siapa juga mau berbuka lambat-lambat. Ok, hari ni nak kongsi tentang kesempurnaan wudhuk pula. Mungkin ada dikalangan anda ni dan tau kan? yalah, kan ramai orang bijak-bijak belaka kat Malaysia ni. hehe. Tp Mr.Dracula xkisah , Saya nak share juga untuk dapat pahala di bulan mulia ni. hehe



Hadith:
Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

(Muslim)


Huraian

Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya “Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta’ala”.

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak – 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. – 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. – 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

 Letak iklan semurah RM 5

Saturday, July 21, 2012

Mengapa Yahudi Terlalu Inginkan Baitulmaqdis?




Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula.

Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.
obama+dan+bush Mengapa Yahudi Terlalu Inginkan Baitulmaqdis?


Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold
illustration solomons temple Mengapa Yahudi Terlalu Inginkan Baitulmaqdis?
KLIK UNTUK GAMBAR YANG LEBIH BESAR
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.


Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

P/s : Hanya sekadar berkongsi kepada semua, sekiranya ada salah dan silap sila berikan teguran dan sebarkanlah untuk pengetahuan semua. Wallahhuallam.

HOT! Letak iklan anda semurah RM5

Mari Belajar Elektrik : Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA 

Hari kedua kita berpuasa, apa khabar Follower-Follower ku yang tersayang? Sihat ? Harap korang sihat je lah ye , Klo yang sakit tu pun , kalau dah tak tahan nak puasa Berbuka je lah. Tp jangan berbuka depan orang yang berpuasa tau. Nanti ada nanti kna Pelempang..Haha. Ok, Pagi ni, Mr.Dracula dapat Request dari salah seorang rakan yang meminta saya untuk menerangkan serba sedikit berkenaan " Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan " . Memang payah nak ingat balik benda ni. Almaklumlah , Mr. Dracula belajar benda ni pada semester 1 lagi di Politeknik Kota Kinabalu. Tapi takpa, demi rakan-rakan yang tercinta, Mr. Dracula mencari balik buku yang telah sekian lama tak disentuh itu.


Request daripada si Cantik rupawan " ms. Nuratiqah "




Sistem-Sistem Pendawaian
Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.Ia nya juga dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan

Definisi pendawaian Domestik
  • Pendawaian yang dilakukan di rumah - rumah dan premis kediaman

Definisi Pendawaian Industri

  • Pendawaian yang dilakukan di kilang-kilang atau perindustrian
  • pendawaian domestik menggunakan kabel yang mempunyai 2 lapisan penebat dan pendawaian industri mempunyai 1 lapisan penebat kerana kabel pendawaiannya telah dilindungi oleh conduit atau trunking
  • Mengikur IEE, terdapat 20 jenis pendawaian. Dan pendawaian yang sering digunakan ialah :
a. Pendawaian tersembunyi
b. Pembuluh 
c. pendawaian permukaan
d. sesalur pendawaian bawah tanah

SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
( Concealed wiring system )

Boleh dibahagi kepada dua jenis

  • sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat
  • sistem pendawaian pembuluh tersembunyi
Sistem pendawaian Tersembunyi Hanya dibenarkan membawa voltan rendah.


Salah satu sistem pendawaian tersembunyi

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN

  • Voltan yang digunakan ialah voltan terlampau rendah.
  • Hanya punca-punca lampu dan kuasa sahaja dibenarkan di dalam sistem ini.
  • Boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau diatas lapik kayu pada dinding batu atau konkrit.
  • Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK)



Contoh sistem pendawaian permukaan

Mari Belajar Elektrik : Sistem Digital vs Sistem Analog

Sistem Analog adalah suatu bentuk komunikasi elektronik yang merupakan proses penghantaran maklumat pada gelombang elektromaknetik, dan bersifat pembolehubah dan berterusan atau disebut juga dengan isyarat analog. Contohnya isyarat gambar pada televisyen, atau suara pada radio yang dihantar berterusan. Analog merupakan proses penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang. Misalnya ketika seseorang berkomunikasi dengan menggunakan telefon, maka suara yang dihantar melalui rangkaian telefon tersebut dilewatkan melalui gelombang. Dan kemudian, apabila gelombang-gelombang ini diterima, maka gelombang tersebutlah yang diterjemahkan semula ke dalam bentuk suara, sehingga si penerima boleh mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah lain dari komunikasi tersebut.


Sistem Digital merupakan hasil teknologi yang mengubah isyarat menjadi kombinasi urutan bilangan 0 dan 1 (disebut juga dengan binari) untuk proses maklumat yang mudah, cepat dan tepat. Isyarat tersebut disebut sebuah bit.
Istilah digital adalah menunjuk kepada jari-jari kaki dan tangan, yang telah digunakan selama ribuan tahun untuk menghitung dan menggambarkan data-data nombor. Teknologi digital pada dasarnya hanyalah sistem menghitung dengan cepat yang memproses semua bentuk maklumat sebagai nilai-nilai nombor. Sebelum terjadi perkembangan dari digital moden, hampir semua sistem menghitung dan komunikasi adalah analog. Teknologi analog pada dasarnya hanyalah alat yang sederhana dengan program yang tertentu sahaja seperti contohnya komputer analog. Komputer-komputer analog pada dasarnya adalah alat ukur. Mereka tanggap dalam mengukur kondsi-keadaan yang berubah-ubah. Komputer analog biasa dipasang dalam mesin-mesin untuk memberikan sebuah maklumat dan kawalan automatik.

Namun meski sangat berguna, semua komputer analog buatan manusia mempunyai kelemahan besar iaitu mereka tidak dapat mengukur dengan teliti. Masalahnya terletak pada kemampuan mereka untuk secara konsisten terus menerus merakam perubahan yang terus menerus berlaku. Pada setiap pengukuran , pastinya akan menimbulkan rasa ragu-ragu dengan ketepatannya.
Berbeza dengan komputer analog, komputer digital mampu melakukan ukuran yang jauh lebih tepat kerana komputer tersebut tidak melakukan sebarang keraguan-raguan dan cukup teliti dan cepat.

CONTOH ALAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM  ANALOG


Analog Multimeter


Alat mengira

CONTOH ALAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM DIGITAL

Conversion Calculator
CALCULATOR


DIGITAL MULTIMETER

Friday, July 20, 2012

TIPS BERTAHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA


Apa khabar para Followers ku yang tersayang ? Harap korang sihat-sihat belaka lah yee. Yang belum follow tu , Click button Follow cepat. hahaha Gurau je . Di kesempatan ini, MR.Dracula ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslim di Dunia . 1st day puasa ni mesti ada yang tak tahan lah , tak larat lah dan bermacam-macam alasan. Tapi itu semua kan dugaan, Kita tahan tu semua sampai terbenam matahari je pun. Cuba fikir kat Orang yang tak mampu nak makan walau sehari dan sanggup berlapar berhari-hari macam kat Palestin tu. ALAMAK, Cakap banyak pula saya ni, hari ni MR. Dracula nak SHARE Tips-tips untuk berpuasa di Bulan Ramadhan ini.

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

1) untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2) untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3) perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4) amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5) banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan


Harap TIPS ini berguna untuk anda semua. SELAMAT BERPUASA !!

Saturday, July 14, 2012

MARI BELAJAR ELEKTRIK :ARUS ULANG-ALIK





Hello Semua . Ok , korang pun tau kan , ni adalah entry kedua Mr. Dracula untuk Subjek elektrik nie.Semua ni Mr. Dracula kongsikan adalah untuk berkongsi ilmu Mr. Dracula di samping dapat meningkatkan lagi ingatan Mr. Dracula kepada subjek ni. Kira Refresh balik lah ni .. hehehe Mr. Dracula pun hanya lah manusia biasa yang tidak mampu untuk mengingati semua perkara. OKAY ! Toksah dok panjang lebar bercakap, hari ni kita belajar tentang ARUS Ulang-Alik ( AU ).

APA SEBENARNYA ARUS ULANG-ALIK NI ?


Arus ulang-alik (AC, juga AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya berulang-alik, tidak seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus AC adalah dalam bentuk gelombang sinus, memandangkan ia menghasilkan satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap. Walau bagaimanapun di sesetengah aplikasi pula bentuk gelombang yang berbeza digunakan, seperti bentuk gelombang segitiga ataupun gelombang segiempat sama.

Secara umumnya, AC merujuk kepada bentuk tenaga elektrik yang dihantar ke rumah dan premis perniagaan. Walau bagaimanapun, isyarat audio dan radio yang dibawa oleh wayar elektrik juga merupakan contoh arus ulang-alik. Dalam aplikasi tersebut, matlamat utama ialah memperoleh semula maklumat yang dikodkan (atau dimodulasi) ke isyarat AC


Pancahayaan bandar raya yang dilihat dalam bentuk pendedahan kekaburan pergerakan. Kelipan AC menyebabkan garisan menjadi berbintik dan bukannya membentuk garisan lurus.