Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Program Pemantauan Pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Setelah sekian lama jadi pelajar nakal yang tak reti-reti nak pakai formal, akhirnya terpakai juga baju formal yang hampir nak berhabuk. Dah senior la katakan, mana nak pakai formal dah. Pakai jeans dan t-shirt je masuk kelas. Mampos dengan tatacara pemakaian. Hahaha Memandangkan pegawai KPM nak datang harini, abam pun bersusah payah la nak seterika baju pepagi dan berpakaian formal. Agak janggal juga sebenarnya nak pakai macam ni. Tapi nak buat macam mana, bakal cikgu lah katakan. hehehe
Alhamdulillah, melalui pemantauan ini, dapatlah kami tahu serba sedikit mengenai isu-isu semasa mengenai pendidikan dinegara kita. Bukan mudah sebenarnya untuk jadi pendidik. KPM mengeluarkan banyak duit untuk memastikan kualiti pendidikan kita setaraf dengan negara-negara maju. Kita seharusnya bersyukur, walaupun negara kita dilanda ekonomi yang teruk, tetapi sistem pendidikan kita masih dijaga. Yelah kan, kalau bukan pendidikan bagaimana kita nak jadi negara maju kan? ye dok? 

ZULASRI : Abang lanje …

Program Road Tour De Parit Kings Dapat Pujian Daripada Datuk Aziz Bin Kaprawi

Alhamdulillah, program Road Tour De Parit Kings & Unity Run 2016 berjalan dengan lancar walaupun hujan. Terima kasih YB Datuk Aziz Kaprawi,Timbalan Menteri Pengangkutan dan Prof. Madya Dr Asri Bin Selamat, Tim.Naib Canselor UTHM kerana sudi datang serta memeriahkan lagi acara pada pagi ini! Tidak lupa kepada MT dan AJK pelaksana yang menghabiskan byk masa untuk program ni. You guys memang TERBAIK ! Tanpa korang semua, program ni tak havoc. Tahniah !! Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar yang mengambil pengurusan koko FPTV 2016 dimana program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Jelita Batu Pahat. Selain itu juga, program ini dijalankan serentak dengan MAKNA Run dan United Run. Alhamdulillah, jumlah penyertaan melebihi 1000 orang dimana program ini dijalankan di sekitar UTHM dan Parit Raja. Walaupun cuaca tidak mengizinkan ketika itu, program tetap diteruskan walaupun hati ni dah cuak nak jawab apa kat TNC. Hahaha.



ZULASRI : Sesi pembelajaran luar kelas :)


Jom Te…