Kelebihan Menimba Ilmu

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN

Menghadiri majlis ilmu merupakan amalan yang dituntut oleh semua agama. Menuntut ilmu bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, bahkan ia juga berguna dalam pembentukan negara. Menghadiri majlis ilmu boleh dilakukan dengan berbagai cara sebagai contoh menghadiri kuliah maghrib di Masjid. Rasulullah s.a.w bersabda:

 "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Daripada hadith ini, penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.Selain itu, menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu. Berikut merupakan ringkasan kuliah maghrib di Kolej Kediaman Perwira. Harap ia bermanfaat untuk kita semua.




ADMIN : Perkara diatas sesuai dengan falsafah kumpulan kami iaitu "Dengan Ilmu Kita Melangkah"


JOM TERJAH STORY INI PULA :


2 comments:

  1. Mulianya orang yang menuntut ilmu. ^_^
    Sebab tu orang yang mati ketika menuntut ilmu dikira mati syahid. Wallahualam.

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah