Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Video Kanak-Kanak 2 tahun disuruh hisap Dadah

Semalam (22 Januari 2015) sekali lagi kita dikejutkan dengan berita budak yang berumur 2 tahun disuruh untuk mengisap dadah jenis syabu. Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak dipercayai berusia dua tahun itu disuruh menghisap dadah tersebut oleh dua individu.Malah, mereka juga menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap untuk kali yang kedua setelah batuk.
Dalam pada itu, pelbagai pihak turut mengkritik tindakan itu membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak tersebut. Ada sesetengah pihak mengatakan, video tersebut diambil dari negara seberang iaitu Indonesia. Tetapi ia boleh jadi juga jika yang menyuruh budak tersebut adalah pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja siasatan daripada PDRM Malaysia.
Pada pandangan aku sendiri, agak mustahil jika Ibubapa budak itu yang menyuruh Hisap dadah. Mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan itu. Perkara ini boleh menyebabkan kesihatan budak itu t…

Gambar Mangsa QZ8501 Tersebar

Beberapa hari lepas, Kita dikejutkan dengan penyebaran gambar mangsa Airasia QZ8501 di laman sesawang Facebook. Penyebaran gambar itu kononnya dilakukan oleh pihak media Vietnam seterusnya disebarkan oleh blogger-blogger di Malaysia untuk mendapat hit yang banyak. 
Sungguhpun aku ingin melihat situasi mayat itu ditemui, tetapi kita kena fikir juga perasaan keluarga mangsa. Jika kita berada ditempat keluarga mangsa, suka kah kita lihat aib keluarga kita disebarkan diseluruh dunia? Mesti tidak kan? Tapi lain pula yang terjadi, blogger kita sibuk share benda-benda yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum. Walaupun benda tu sudah tersebar, kita sebagai blogger tidaklah patut menolong lagi portal tersebut untuk menyebarkan gambar itu. Ingatlah wahai sahabat, kamu nampak hebat dimata manusia kerana Allah tidak menunjukkan aib kamu.
 Selagi kita pandai menjaga aib orang, Insyaallah Allah akan menjaga aib kita. Begitu juga lah kesnya dengan penyanyi Zamani. Walaupun beliau bersalah, tapi p…

Blogger Suka Mencuri Entri Orang Lain

Semenjak menyambungi alam pembelajaran ni, masa yang diperuntukkan untuk blogging semakin sedikit. Sebagai seorang penulis blog separuh masa apabila menyambung pengajian, pelajaran adalah yang harus dititik beratkan. Maka kerja sebagai penulis harus diberhentikan sementara waktu. Tapi ini bukan bermakna aku tidak akan menulis langsung. Tetapi mungkin aku tidak akan dapat update blog selalu.


Jujur saya katakan apabila mula berhenti menulis dalam satu jangka masa yang agak lama , seorang penulis blog seperti saya perlukan satu suntikan motivasi untuk terus menulis. Untuk memotivasikan diri ini, aku akan menulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang aku miliki. Sungguhpun pembaca tidak berminat dengan isi kandungannya, sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada menulis tanpa pengetahuan dan hala tuju.
Dan antara yang paling bagus yang dicadangkan daripada salah seorang pemilik Malaysia Best Blog 2015. Blogger harus pandai mencuri entri orang lain. Walaupun ayat ini menyuruh anda un…

Pengalaman menaiki kapal terbang AirAsia AK5120

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga pembelajaranku untuk semester 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Banyak dugaan yang diterima sepanjang berada di negeri orang. Kini tibalah masanya untuk aku balik ke negeri asal aku di Sabah ! Rindu dengan keluarga dan tempat-tempat menarik di Sabah. Kalau di Batu Pahat tak banyak sangat tempat untuk dijelajah.

Alhamdulillah, selamat juga aku sampai di Kota Kinabalu 2 hari lepas. 1st time pergi KLIA2. Bukan main besar lagi lapangan terbang tu kan. Macam-macam yang boleh dibeli disana dengan harga yang berpatutan. Kapal terbang yang aku naik AK5120 dari KLIA2 ke Kota Kinabalu. Selama ni naik kapal terbang macam naik bas je. Tak lah takut sangat. Tapi semenjak timbul nya isu MH370, MH17 dan baru-baru ni pula QZ8501, memang pucat juga la nak naik kapal terbang. Tapi nak buat macam mana? dah itu je pengangkutan yang ada. Takkan nak naik sampan ke KK kot. Hahaha
Kali ni, pengalaman naik kapal terbang berbeza sikit. Disepanjang penerbangan ke KK ,…

Air Asia QZ8501