Friday, April 28, 2017

TRIP KE SAPURA HANGAR

Cuti pertengahan semester selama seminggu aku tak balik Sabah pun. Nak balik pun tiket mahal, jadi aku pun buat keputusan untuk stay kat hostel sahaja sepanjang cuti. Mybe nampak sangat terlalu picang ( bosan ) member aku ajak aku untuk stay kat rumah sewa dia kat Johor Bharu. Atleast takde la bosan sorang-sorang kat bilik. So that aku pun pergi lah JB dengan bas. 1st time beb naik bas ke JB hahaha. Murah je, RM10 daripada Parit Raja ke JB.

Dipendekkan cerita, aku stay rumah dia selama 4 hari, dan selama 4 hari tu juga member aku ada kelas kat Senai Airport. Budak Aero bai, jadi kelas pun kat Airport la, that means aku pun stay kat rumah je la. HAHAHAHA Kebetulan pula tuan rumah tu kerja kat Sapura Hangar. Sapura Hangar ni bersebelahan dengan kelas  member aku tu jerr, Then tuan rumah tu offer pulak aku untuk jalan-jalan kat hangar tu. Fuh ! Excited bai, mungkin tuan rumah tu nampak aku picang kot kat rumah, dia tak tahu aku bahagia menghabiskan masa dengan tidur. ahahaha. Thanks en. Zairish sebab benarkan aku pusing-pusing hangar. Nak masuk kena ada pas, en Zairish ni dah buat surat permohonan untuk aku masuk situ bagi tujuan melawat. Just bayar rm2.10 je untuk pas masuk. Hehehe




ZULASRI : Peluang jangan disia-sia kan. Buang perasaan malu tu. hisk
 


 
JOM TERJAH STORY NI JUGA :

Monday, April 03, 2017

Video Budak Sabah Sila Meninggal Viral

Hi Guys ! Tengah scroll-scroll Instagram, terjumpa pula satu video ni. Bukan main terhibur aku tengok video tu. So dipendekkan cerita, aku pun share la video tu kat twitter, then tau tak apa berlaku? Viral beb ! hahaha Dari pukul 8 malam sampai la sekarang orang tak berhenti retweet. Thanks sebab share benda tu. Hehehe harap korang terhibur. Yang paling awesome, Brader Luqman Podolski pun retweet beb ! hahaha Femes la budak tu lepas ni. Hahaha
Jom Follow TWITTER saya ! Sama-sama share benda best ni. Hehe







 

 Anyway jangan lupa follow
Instagram aku : Ohohzulasri
Twitter : Zulasriragiman


ZULASRI : Dah jadi artis nanti jangan lupa kita k. hahahahaha


                                                  

Jom Terjah Story Ni Pula :


Saturday, April 01, 2017

5 Tips Cuti Pertengahan Semester


My last wiring lab before semester break ! :)

Hello guys ! Our semester break begins ! OHHHYEEAAHH !!!

Bermula hari ini, hampir semua pelajar Universiti Awam Malaysia menikmati cuti pertengahan semester. Feeling excited nak jumpa family, hari rabu dah start sunyi persekitaran universiti. Tinggallah aku sorang-sorang kat bilik meratapi nasib yang tak boleh balik sebab tiket flight mahal nak mampos. Tu la dugaan budak-budak Borneo yang study kat Semenanjung Malaysia. Okay ni sedikit tips daripada budak yang tak balik cuti. huhuhu

1. SIAPKAN KERJA YANG TERGENDALA

 Niat sebenar nak relax-relax sepanjang cuti, tapi kerja berlambak pula. Haaaa ni la sebenarnya tujuan cuti semester. Untuk kita siapkan kerja yang tergendala. Menjadi student memang dah masak dengan assignment yang berlambak dan membukit. Jadi apa salahnya korbankan masa relax anda untuk siapkan kerja tu. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

2. STUDY 

Ni benda paling liat nak buat. Dah cuti nak study apa lagi kan? haha TAPI ! TAPI ! TAPI ! jangan lupa, ada sesetengah pensyarah akan buat segala test, pop kuiz dan macam-macam lagi selepas cuti pertengahan semester. Ni dinamakan senang-senang dahulu, susah-susah kemudian. Hahaha tapi tak senang pun sebab we still need to study right? haha

3. RANCANG PERJALANAN 

YES ! Rancang cuti anda sebaiknya. Jangan sebab dah seronok sangat cuti sampai lupa nak balik kampus. Hahaha Sebaiknya, beli tiket awal-awal nak balik kampus. Takut habis pula tiket sebab pelajar lain pun akan balik ke kampus masing-masing pada tarikh yang sama. Mostly la. Jadi, macam mana excited korang nak balik time cuti tu, macam tu juga la korang kena excited nak balik kampus. Hahahaha

4. LUANGKAN MASA DENGAN KELUARGA

Alasan yang selalu pelajar buat nak balik cuti ni sebab rindu kat keluarga. Jadi luangkan la masa sebaiknya dengan keluarga tercinta. Bukan keluar dengan kawan-kawan dan habiskan masa cuti keluar ngan pakwe/makwe. Family first !! hehe

5. AMBIL MASA UNTUK ALLAH

Kat kampus busy, so ambillah masa cuti ini untuk perbanyakkan lagi amal kepada Yang Maha Kuasa.


ZULASRI : Hope percutian anda semua okay je ! Hati-hati ketika berseronok k :)


 
JOM TERJAH STORY NI JUGA :