Wednesday, January 22, 2014

Cara kemaskini BR1M









Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 2.0 sebelum ini.


  •  Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada mohon baru atau kemaskini


  •  Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan


  •  Pilih untuk mengemaskini data seperti :-


             a. No telefon rumah
             b. No telefon bimbit
             c. Pekerjaan
             d. Maklumat bank
             e. Alamat e-mel
             f. Alamat surat menyurat terkini


  •  Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog box" untuk pengesahan


  •  Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar


  • Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini


  •  Sedia untuk cetak


  •  Selesai

Tuesday, January 07, 2014

Semakan Status Bantuan Rakyat 1Malaysia



Thanks kepada rakan-rakan yang email aku untuk bertanya " Cara menyemak status BR1M". Akhirnya bantuan rakyat 1malaysia 3.0 yang dinanti-nanti ratusan ribu rakyat malaysia sudah pun tiba,dan ini kali yang ketiga atau pun maksud kata lain BR1M versi 3.0.

Cara semak permohonan bantuan rakyat 1malaysia 3.0 boleh dibuat melalui 4 cara seperti di bawah ini. 


  • CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara pos.dengan cara pos,penerima akan mendapat surat dari pejabat pos yang berkandungkan status permohonan sama ada lulus atau pun gagal.jika lulus,penerima akan diberitahu tempat dimana penerima akan menebus baucer tersebut. 



  • CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara call.cara ini anda boleh terus menghubungi pejabat lembaga hasil dalam negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716.talian ini dijangka akan dibuka awal januari 2014 dan hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat. 



  •  CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara email.anda hanya perlu menghantar email ke br1m2@treasury.gov.my.untuk bertanya melalui email,sila pastikan anda memberikan identiti penuh anda bagi memudahkan pihak berkenaan menyemak status permohonan BR1M 3.0 anda. 



  •  CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 :Anda hanya perlu masuk ke laman ini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk menyemak status permohonan secara online.di laman itu juga anda boleh buat permohonan BR1M 3.0 online. 


Tahniah kepada yang lulus dan kepada yang gagal,sila buat rayuan dengan segera kerana semakin lewat maka semakin tipis peluang anda mendapat bantuan ini. 
UPDATE! Setiap permohonan yang lulus,wang bantuan akan terus disalurkan ke akaun bank penerima.Status kelayakan lulus BR1M 2014 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2014.Cara buat rayuan akan kami kongsikan kemudian,bagi yang gagal dalam permohonan BR1M 3.0. 

ADMIN : Harap kita semua dapat lah ye. hihi

PANAS : Cara Daftar Online BR1M 3.0 dan Download Borang Permohonan
PANAS : Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014


Cara mengambil SPM semula






Untuk mendapat kerja di institusi kerajaan dengan kelayakan SPM sekarang ni amat sukar. Banyak persaingan berlaku diantara pelajar lain. Semakin ramai pelajar Malaysia semakin pandai dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Baru-baru ini, aku mendapat email daripada seorang sahabat blog yang mempertanyakan bagaimana untuk mengambil SPM semula. Okay, sebelum kita ingin mengambil peperiksaan ulangan, kita hendaklah berpegang dengan syarat yang diberikan oleh Kementerian.


Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


  • Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

atau


  • Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.

atau

  • Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.

atau

  • Mereka yang telah mencapai umur 19 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.


Mereka yang tidak memenuhi mana-mana satu syarat menduduki peperiksaan tersebut di atas tetapi dapat memberi alasan yang munasabah boleh memohon kelulusan untuk mengambil peperiksaan daripada Pengarah Peperiksaan, selewat-lewatnya akhir Januari tahun peperiksaan. Ini termasuk pegawai kerajaan yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu untuk pengesahan jawatan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat mendapatkan ijazah.

Syarat Pemilihan Mata Pelajaran:

Calon hendaklah merujuk Kumpulan mata pelajaran dalam buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 dan memastikan mata pelajaran yang dipilih tidak bertembung waktu peperiksaannya. Jika bertembung, calon dikehendaki mendaftar hanya satu mata pelajaran dan menggugurkan mata pelajaran lain yang bertembung dengannya.
Calon yang mengambil Peperiksaan SPM kali pertama wajib mendaftar mata pelajaran berikut:-

1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam atau 1225 Pendidikan Moral
1249 Sejarah
1449 Matematik
1511 Sains

Calon juga boleh menambah mata pelajaran lain seperti yang ditawarkan buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 serta tertakluk kepada syarat mata pelajaran berkenaan dan perkara 1.
Maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

HOT !!! - KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA PENDAFTARAN ULANG SPM 2017


Laman Web Malaysia Digodam







Setiap kali tahun baru, kita pasti ada azam tersendiri. Ingin kehidupan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Tapi yang tak memuaskan hati kita rakyat Malaysia ni, harga semakin melonjak naik. Siapa yang patut disalahkan? adakah pihak atasan mahupun sistem ekonomi semasa ? Baru-baru ini, ada sesetengah pihak yang membantah kenaikan harga barang dengan menggondam website kerajaan. Dalam erti kata lain "Hack" !

Mereka yang menggunakan nama samaran "Aku & Pemuda Kacak, Sang Kelembai dan bukan Alexender" melakukan defacement pada beberapa senarai besar laman web yang mengunakan domain dot my (.my) .

Senarai Laman Web Yang Digodam:

www.resotech.com.my/31.html
www.myswim.my/31.html
www.cerahkl.com/31.html
www.protechsecurity.com.my/31.html
www.skyhost.com.my/31.html
www.stamford.edu.my/31.html
www.digitalprint.com.my/31.html
www.multitrons.com.my/31.html
www.brainy.com.my/31.html
http://superweb.my/31.html
http://newsletter.my/31.html
http://stamford.edu.my/31.html
http://digitalprint.com.my/31.html
http://www.skyhost.com.my/31.html
http://mybricks2u.com/31.html
http://protechsecurity.com.my/31.html
http://cerahkl.com/31.html
http://www.myswim.my/31.html
http://www.resotech.com.my/31.html
http://www.brainy.com.my/31.html
http://www.multitrons.com.my/31.html
http://www.lagenz.com.my/31.html
http://www.myems.com.my/31.html
http://www.multiplebag.com/31.html
www.abadiheights.com.my/31.html
www.abt.com.my/31.html
www.allindusparts.com/31.html
www.amazingshipping.com/31.html
www.artpro.com.my/31.html
www.asastera.com/31.html

Defacement yang ditampal gambar bermesej kan bantahan terhadap beberapa isu kenaikan harga barang yang membebankan pengguna juga diselitkan lagu latar " janji Di Capati " yang dimuat naik di youtube.


ADMIN : Tak tahu lah kehidupan masa akan datang. Yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin !

Wednesday, January 01, 2014

Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara



Keputusan PISA Memalukan Malaysia apabila Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Penilaian Programme for International Students Assessment menunjukkan Malaysia menduduki Tangga kedua tercorot di Asia Tenggara. Malaysia berada di kedudukan ke empat dari 5 buah negara Asia Tenggara yang dinilai dalam PISA iaitu Singapura, Vietnam dan Thailand dan Indonesia. 






Apa itu PISA

PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Organisation for Economic Corporation and Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.


Apakah yang dinilai dalam PISA

Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu


  • Membaca
  • Matematik
  • Sains


Kenapa Mutu Pendidikan Sekolah Malaysia Tercorot

Mutu sistem pendidikan sekolah Malaysia kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Setelah keputusan PISA didapati amat Memalukan Malaysia. Kementerian Pendidikan (KPM) segera melakukan postmortem dan menyenaraikan Faktor Penyebab Kenapa Keputusan PISA Malaysia Tercorot:


Sikap Murid

Ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab.


Format Soalan PISA

Soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual.


Keutamaan Guru

Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi.


Keputusan PISA Memalukan Malaysia

Daripada Faktor-faktor Kegagalan yang dikeluarkan oleh MOE, Apa yang HT boleh simpulkan, Selain menyalahkan Format Soalan yang dikeluarkan PISA, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyalahkan Sikap Murid dan Guru di Malaysia. Rujuk Penerangan Rasmi KPM yang diambil dari Laman Kementerian Pendidikan, Click: Status Pencapaian Malaysia dalam PISA. Jika pandangan ini salah, harap dapat diperbetulkan.





Sikap Guru dan Murid Punca Kegagalan

Benarkah Sikap Guru dan Murid menjadi Punca Kegagalan Sistem Pendidikan di Malaysia. Layakkah Kelemahan-kelemahan ini disalahkan kepada guru atau murid. Bukankah mereka adalah sebahagian dari Budaya Pendidikan yang dibentuk melalui Dasar-Dasar oleh Kementerian Pendidikan itu sendiri.


Menurut pandangan Saudara Rafizi Ramli, Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari Budaya Pendidikan yang dibentuk melalui Dasar-Dasar KPM sendiri.


Sistem Peperiksaan dan Budaya Membodek

Mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza. Selain itu Sistem Imbuhan atau Naik pangkat dalam Institusi Pendidikan Malaysia telah membuka ruang kepada Budaya Membodek.


Kegagalan Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan Berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Guru-guru pula dibebankan dengan Tugasan Mengisi Borang dan Kerja-kerja Birokrasi yang lain sehingga Murid-murid Terabai dan mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman. Extra: Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi 2014


Tidak Yakin pada Kemampuan Sendiri

Tidak Yakin pada Kemampuan Negara Sendiri dan sanggup Menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan Idea Menaiktaraf Sistem Pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.

Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta


Luahan HT sebagai warga pendidik dengan rendah diri menyeru supaya pihak bertanggungjawab mengambil sikap terbuka dan menerima hakikat apa yang berlaku dalam Dunia Pendidikan Malaysia hari ini. Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta.

Sepertimana kami, para guru yang menurut perintah dan akur pada arahan dari pihak atasan. Kami memberikan seluruh jiwa dan terus bergerak kehadapan walaupun Telaga Buta jelas di depan mata. Walaupun Keputusan PISA Memalukan Malaysia, kami Warga pendidik yakin pada Pihak Kementerian. Setelah kami terpelosok di dalam Telaga Buta itu, patutkah murid dan kami dipersalahkan pula.



Sumber: Keputusan PISA Memalukan Malaysia By Hootoh Tudia