Friday, April 10, 2015

Bagaimana Tubuh Badan Kita Beroperasi?

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH

Ramai diantara kita tidak tahu bagaimana sistem badan kita beroperasi. Walaupun mempunyai tidur yang cukup tapi masih juga rasa mengantuk. Pelik bukan? Aku sendiri mempunyai masalah yang sama. Tidur bukan main awal lagi. Tapi masih juga menguap didalam kelas. Selepas membuat sedikit kajian, rupa-rupanya terdapat beberapa faktor kenapa tubuh badan kita lemah walaupun kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mungkin ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang. Hasil daripada kajian, maka terjawablah kenapa kita masih mengatuk walaupun cukup tidur. Berikut adalah masa proses tubuh badan kita bergerak aktif.

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am

Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)

5:00 am – 7:00 am

Usus Besar – Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
(beruntung yang amal bangun subuh)

7:00 am – 9:00 am

Perut – Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am

Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
(sesuai amal dhuha)

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm

Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm

Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi ‘tidur ayam’ seketika)

3:00 pm – 5:00 pm

Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

ADMIN : Harap dengan sedikit info ini kita dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.


JOM TERJAH JUGA STORY INI :




TIPS CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH

Cuti semester datang lagi. Ramai yang mula berkemas-kemas untuk balik ke tempat masing-masing. Terlalu teruja untuk bertemu keluarga tercinta setelah 2 bulan belajar di Universiti. Gunakan cuti pertengahan semester ini dengan sebaiknya. Sediakan tindakan atau pelan secara terperinci tentang apa yang ingin dilakukan pada masa cuti pertengahan semester ini misalnya pulang ke kampung, projek berkumpulan, tugasan individu, kemaskini nota dan lain-lain. Kerana ini sahaja peluang masa seminggu yang kita ada untuk menyusun semula strategi sebelum bersambung ke separuh masa kedua.Jika pulang ke rumah, manfaatkan masa untuk bantu mak, ayah dan keluarga. Bukan, sibuk jumpa kawan-kawan sampai lupa keluarga, bangun pagi lewat, petang keluar rumah, malam sibuk online FB dan main game atau keluar main futsal. Kalau ada rakan-rakan yang tak tahu apa nak buat cuti pertengahan semester ni, Jom ikut tips ini,

  • TOLONG MAK DIRUMAH

Sepanjang kita belajar, kita tak berpeluang untuk berbakti kepada Ibubapa kita. Jadikan cuti ini sebagai peluang untuk bersama keluarga dirumah.

  • MELAWAT TEMPAT YANG MENARIK
Diwaktu cuti inilah masa yang sesuai untuk kita berriadah bersama keluarga. Tak dapat diluar negara, dalam negeri pun okay. Banyak tempat-tempat yang menarik yang ada di Malaysia.

  • BERKUNJUNG KERUMAH SAUDARA-MARA
Kesibukan dikampus bukan penghalang untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan.

  • AMBIL KURSUS KAWIN
Waaa... Bukan main suka lagi korang ye kalau bab-bab kawin ni.. haha Tapi waktu cuti lah waktu yang sesuai untuk ambil kursus ni. Cepat atau lambat, anda kena ambil juga kursus ni.

  • MANTAPKAN BLOGGER
Ni antara benda yang paling best. Cuba naikkan bilangan View di Blog anda. Share idea-idea yang best. Insyaallah cuti korang tak akan bosan.



ADMIN : "Jika kita tidak merancang, bersedialah kita dengan seribu langkah pincang"


JOM TERJAH STORY NI PULA :