Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Seminar Dan Peluang Kerjaya Di Sektor Kerajaan

HELLO ! HELLO ! HELLO !

Hari ni aku nak kongsi sedikit maklumat bagi mereka-mereka yang belum lagi bekerja dan mahu mencari kerja,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Seminar SPA Outreach : Tips Dan Panduan Mamasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2014. Seminar ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Asessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam. Orang-orang muda cakap " sharing is caring " kan ? Aku share ni pun sebab aku sangat sayangkan korang ! hehehe.




BIL.NEGERITEMPATTARIKHTARIKH TUTUP PENYERTAAN1.Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur;
Putrajaya dan
SelangorDewan Temuduga,
Aras 6, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya04 Januari 2014
(Sabtu) 02 Januari 2014
(Khamis) 11 Januari 2014
(Sabtu) 09 Januari 2014
(Khamis) 18 Januari 2014
(Sabtu) 16 Januari 2014
(Khamis) 25 Januari 2014
(…

Apa itu Selfie ?

Mengaku saja jika anda pernah 'selfie' sepanjang tahun ini. 'Selfie' merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Tahukah anda bahawa 'selfie' bermula dengan potret raja dan permaisuri terutama di Eropah?




Tingkahlaku 'selfie' yang mula popular tahun ini sebenarnya telah lama bermula sejak aktifnya MySpace sehinggalah ke laman sosial yang lain. Sesiapa saja boleh mengambil 'selfie' bermula daripada ahli politik sehinggalah selebriti. Oh ya, mungkin ramai yang tertanya-tanya penggunaan simbol '#'  iaitu merupakan hashtag yang digunakan untuk tag kata kunci dan perkataan di dalam media sosial seperti Twitter atau Instagram.

Sekitar 2006, MySpace merupakan laman sosial terbesar di dunia yang membolehkan anda mempamerkan gambar. Tahun 2009, Facebook telah ambil alih pandangan orang ramai ke Facebook dengan reka letak gambar profil yang lebih berkualiti. Pada tahun 2010 pula…

7 KEDAHSYATAN AYAT KURSI

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala hingga solat yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sholat fardhu,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menganugerahkandia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan men…

Tragedi 26 DISEMBER

Hello ! Hello! Hello !

Hari ini bersamaan 26 disember 2013, aku dengan segala hormatnya akan share satu info yang semakin hangat diperkatakan oleh rakan-rakan Facebook kita. Apa lagi kalau bukan pasal tarikh "26 Disember". Hari ini bersamaan 26 Disember tepat pukul 11.22 p.m Alhamdulillah belum ada kejadian buruk yang menimpa negeri dibawah bayu ini.

 Tadi tengah hari, matahari memancar dengan begitu terik dan sememangnya sangat panas. Berpeluh ketiak. Haha . Tapi pada pukul 3 petang tadi, hujan sangat kuat dan tidak berhenti sehingga kini. Hujan tersebut sekejap lebat, kejap renyai-renyai dan kadang-kadang berhenti. Tapi situasi begitu sudah biasa berlaku disini. Tarikh 26 disember, kononnya banyak berlaku malapetaka. Betul ke? Ataupun hanya kebetulan semata-mata. Ada yang kaitkan dengan alam ghaib lah, sumpahan lah. Bagi aku, itu semua hanya kebetulan semata-mata. Allah memberi bencana kepada kita supaya kita sedar akan kekuasaan Allah. Apa yang pasti, Allah tidak akan mem…

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2014

MAKAN BOLA ! TIDUR BOLA ! DEMAM BOLA !

Itu lah yang akan berlaku kepada peminat bola sepak seedunia. Kalau dulu Africa yang jadi tuan rumah, tahun ni giliran Brazil pula yang akan mengurus temasya sukan terbesar didunia ini. Anda pasti tak sabar-sabar menanti perlawanan yang hebat ini. Ini adalah jadual Piala Dunia, Jangan lupa save tau ! Lihat jadual perlawanan pasukan yang anda minati. Selamat BerBola semua ! 


ADMIN : Tidur lah puas-puas, lepas ni kita bangun sampai pagi ! haha



Tips Pelihara Penglihatan Sihat

Walaupun anda seorang yang berkaca mata akibat masalah penglihatan tetapi jangan biarkan 'kuasa' rabun terus meningkat dan mengganggu kebebasan anda. Tip kali ini serba sedikit boleh membantu anda lari dari terus memakai kaca mata yang tebal lagi hodoh! Yes ! saya dulu memakai cermin mata, tetapi sekarang saya memakai kanta lekap. Sukar untuk saya melakukan banyak aktiviti jika memakai cermin mata.





Makanan seimbang. 
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk mata anda. Makan banyak sayur dan buah-buahan bukan saja baik untuk tumbesaran tubuh badan dan kulit tetapi mampu membantu melindungi masalah mata seperti katarak dan AMD. Lobak merah antara sumber makanan terbaik untuk penjagaan mata.


Pakai kaca mata hitam. 
Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Apabila berada di luar atau sedang melakukan aktiviti di bawah cuaca panas, pastikan kaca mata anda mempunyai sinar UV ynag boleh menghalang cahaya matahari …

Cara Daftar Online BR1M 3.0 dan Download Borang Permohonan

Syarat – syarat Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0


Keluarga (RM650)

Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan Rakyat Malaysia


Keluarga (RM450)

pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulanRakyat Malaysia Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.


Individu (RM300)

 Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.Rakyat MalaysiaBerumur 21 tahun ke atas.Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :

Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah.Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama).Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau …

Bagaimana Cara Untuk Mengesan Kamera CCTV Yang Tersembunyi?

Dapat info ni dari rakan. Aku harap dengan info ini, kita akan lebih berhati-hati okay? Aku ingin kongsikan tips untuk kesan CCTV tanpa wayar (wireless) yang tersembunyi terutamanya dalam tandas perempuan. 
Sekarang ni semakin berleluasa kes orang pasang CCTV tersembunyi di dalam tandas. Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan pasang di tempat yang tidak sepatutnya. Aku telah dapat tips ni daripada Pegawai Forensik bahagian video & audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%. 




Cara untuk kesan CCTV tersembunyi
 Sebelum masuk tandas. Sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth. Turn ON bluetooth & 'search device' yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari 'device', anda cuba 'send' gambar @ 'lagu' kepada kawan anda. Kemudian kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak 'device' yang ada di dalam biliktu. Jika anda jumpa &#…

Malaysia akan Bankrap 9 tahun lagi ?

Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS…

Awas ! Akibat membawa Telefon Tidur

Kita tahu penggunaan telefon bimbit sangat penting di zaman sekarang kerana telefon bimbit selain berSMS, ia juga boleh dijadikan ALARM untuk mengejutkan kita di pagi hari nanti.




Adakah anda tahu kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada berada pada badan anda atau di bawah bantal anda? Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Di sini saya nak berkongsi sedikit tentang hal ini. Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di pituitary gland. Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, keduduk…

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.



Penerima BR1M yang sudah mendaftar tidak perlu mendaftar lagi tetapi mesti mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Pemohon baru boleh mendaftar secara online atau manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh diperolehi di cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my

MACAM BEST JE, MACAM BEST JE :D

Masalah Pekerjaan Di Malaysia

"Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun di rantau Asia Tenggara." Bila sesebuah negara itu sedang dalam proses ke arah sebuah negara yang lebih maju maka mustahil negara itu mengalami kesukaran dalam membekalkan peluang pekerjaan terhadap rakyatnya.Adakah peluang itu memang tidak ada atau anda sahaja yang tidak merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu? Pada pendapat saya peluang pekerjaan di Malaysia masih terbuka luas dengan banyak sektor baru yang sedang dibangunkan.Kalaulah kekurangan peluang pekerjaan berlaku di Malaysia kenapa kita memerlukan lebih 3 juta pekerja asing di semua sektor pekerjaan di negara kita?




Aku sebenarnya baru sahaja tamat pengajian di Politeknik Kota Kinabalu Mei lepas. Sepanjang cuti, aku habiskan masa dengan menolong kedua ibubapa ku mengurus perniagaan mereka. Beberapa hari lepas, ibubapa ku mula bertanya pasal pekerjaan ku. Aku sebenarnya binggung sama ada mahu kerja atau sambung belajar. Memang ada keinginan untuk ke…

Malang Tidak Berbau.

"Nasi sudah menjadi bubur". Itu lah antara pepatah melayu yang paling terkenal di negara kita. Pepatah tersebut bermaksud kejadian yang sudah lepas tak perlu kita sesali.
Semalam aku baru sahaja kehilangan dompet. kejadian itu berlaku ketika aku selesai bowling dan berehat disebuah kerusi urut sementara menunggu adik aku selesai menonton wayang. Kecuaian aku ini menyebabkan aku kehilangan wang ringgit,dokumen penting dan lain-lain lagi. Sebenarnya aku menyimpan dompet itu disisi kerusi urut itu. Tidak pula aku sedar yang aku tertinggal dompet aku itu. Aku terus balik rumah tanpa menyedari akan dompet itu.



Aku hanya sedari dompet aku hilang keesokan harinya. habis satu rumah aku selongkar tapi tak juga jumpa. Aku hanya mampu bersabar dan mengganggap benda ni sudah ditentukan oleh Allah. Nasi sudah menjadi bubur, itu lah pepatah yang sesuai untuk aku. Benda ini tidak akan terjadi kalau aku terus menyimpan dompet itu didalam beg. Apa yang mampu aku lakukan disini hanya lah sabar …

8 Rasa Sakit Yang Tak Boleh Diabaikan!

Setiap kali tubuh badan jatuh sakit, ubat dan rehat sering menjadi pilihan untuk pulih. Sedangkan, berjumpa dengan doktor adalah lebih penting kerana lapan rasa sakit di bawah mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang teruk.



Sakit dada

Jika anda baru berusia 25 tahun tetapi kerap merasa sakit yang mencucuk pada dada, ini berkemungkinan anda berisiko berdepan dengan penyakit jantung. Jangan ambil mudah jika anda pernah merasa sakit pada lengan, abdomen, leher dan rahang. Apabila anda merasa sakit pada dada, ia menyukarkan anda untuk bergerak, menyukarkan anda bernafas serta badan lesu.



Abdomen dan sakit belakang

Sakit yang perit di bahagian abdomen dan belakang badan seolah-olah seperti ada 'serangan ombak' memberi isyarat sakit batu karang pada ginjal. Ia lebih ketara apabila anda mempunyai simptom muntah, demam, pening kepala atau terdapat darah pada air kencing. Segeralah berjumpa doktor apabila melibatkan darah.



Sakit pada testis

Kesakitan pada testis memberi isyarat kepada k…