Malang Tidak Berbau.

By Zulasri Ashaari - December 18, 2013




"Nasi sudah menjadi bubur". Itu lah antara pepatah melayu yang paling terkenal di negara kita. Pepatah tersebut bermaksud kejadian yang sudah lepas tak perlu kita sesali.

Semalam aku baru sahaja kehilangan dompet. kejadian itu berlaku ketika aku selesai bowling dan berehat disebuah kerusi urut sementara menunggu adik aku selesai menonton wayang. Kecuaian aku ini menyebabkan aku kehilangan wang ringgit,dokumen penting dan lain-lain lagi. Sebenarnya aku menyimpan dompet itu disisi kerusi urut itu. Tidak pula aku sedar yang aku tertinggal dompet aku itu. Aku terus balik rumah tanpa menyedari akan dompet itu.




Aku hanya sedari dompet aku hilang keesokan harinya. habis satu rumah aku selongkar tapi tak juga jumpa. Aku hanya mampu bersabar dan mengganggap benda ni sudah ditentukan oleh Allah. Nasi sudah menjadi bubur, itu lah pepatah yang sesuai untuk aku. Benda ini tidak akan terjadi kalau aku terus menyimpan dompet itu didalam beg. Apa yang mampu aku lakukan disini hanya lah sabar dan belajar daripada kesilapan aku ini. Semoga kawan-kawan diluar sana tidak cuai. Jaga barang-barang anda ! Kalau orang itu jujur, dia pasti akan memulangkan harta ku itu. Semoga pintu hatinya dibuka oleh Allah. Amin


ZULASRI

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah