Rutin pagi untuk kelihatan bergaya

By Zulasri Ashaari - November 19, 2013


Untuk memulakan hari yang indah dan berjalan lancar bukan sekadar mengenakan pakaian yang berjenama tetapi memerlukan anda menjalankan beberapa rutin pagi. Semestinya rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin.


Yang duduk tu aku bersama Fadila




Semburan pewangi istimewa

Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau'trademark' bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda. Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran,cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.



Hidangan kafein

Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru. Lagi bagus kalau minum green tea sebab ia mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan kita.



Jangan lupa pencuci muka

Biar 'mandi kambing' sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi 2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam. Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.



Bawa bekal lebih selamat


Menghasilkan sarapan atau tengahari tidaklah mengambil masa yang lama. Kebaikan yang anda peroleh apabila membawa bekalan adalah dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.



100 kali 'push up'

Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman 'push up'setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicepyang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.


Pencukuran yang baik


Wanita lebih gemar wajah yang bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat jambang memberi rupa yang menarik tetapi fikirkan semula kerana wajah bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.






Jangan lupa krim mata

Mungkin anda menganggap ia kerja wanita untuk sering menyapu krim sekitar mata sebelum keluar rumah. Sebagai lelaki, anda juga tidak terkecuali kerana mata merupakan bahagian pertama yang dilihat dan untuk mengetahui tanda-tanda penuaan. Menekap sedikit krim mata setiap pagi membantu melembapkan sekitar mata yang kering dan mengurangkan kedutan. Kandungan seperti retinol (vitamin A) membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus.



Bersihkan gigi

Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.



Jangan tinggalkan sarapan

Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinari terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran. JIka anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.



Ramai antara kita yang baru bangun pagi hanya mandi dan bersiap tanpa mengetahui rutin-rutin di atas sebenarnya membantu menjadikan anda lelaki yang paling bergaya !

Sumber : diolah melalui majalah maskulin

Admin : Psstt ! Nak bergaya tu tak susah asalkan ada kemahuan dan usaha :))




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah