Bergaya dengan Tie dye

By Zulasri Ashaari - November 17, 2013





Penampilan kasual bersama denim yang penuh santai dengan memilih fesyen tie dye atau lebih dikenali sebagai ikat celup kini sudah lama ditonjolkan. Sesekali mengimbau kembali kegemilangan fesyen bohemian di hujung minggu pun menarik juga!

SEJARAH
Mengikut catatan sejarah, corak kain teknik ikat celup ini sudah pun diketahui wujud sejak 2000 tahun di Mesir lagi. Malah, negara China dan Jepun juga memulakan corak kain ini pada abad ke-7. Di Tanah Melayu pula, kain bercorak ini diperkenal sejak abad ke-15 Masihi pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an corak ikat celup telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu namun lebih dikenali sebagai batik pelangi.

TEKNIK
Berbeza dengan batik, fesyen tie diemenghasilkan corak yang tidak tersusun. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin sebaliknya hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilkan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi. Terdapat empat jenis ikatan yang boleh diaplikasi untuk corak ikat celup ini. Antaranya adalah jahitan, ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek, lipatan dan ikatan serta simpulan.

FESYEN
Hari ini, semakin banyak butik dan pereka memilih corak tie dye dalam penghasilan pakaian seperti baju T, cardigan, seluar mahupun gaun panjang. Jika dulu corak tie dyediminati golongan bawahan dan golongan tua, kini fesyen tie dye berkembang menjadi busana kasual yang diminati oleh semua masyarakat kerana menampilkan corak atau motif warna yang menarik. Antara corak yang biasa dibuat adalah motif jelujur, tribal, bulatan, bunga , kupu-kupu, spiral , polkadot , wajik dan sebagainya. Selebriti yang pernah menggayakan fesyen tie dye adalah Justin Bieber,Kenya West, Rihanna dan ramai lagi.

Jika anda mahu lebih kreatif, anda boleh lakukannya sendiri. Bukan saja mengikut 'selera' warna dan corak sendiri tetapi lebih murah. Ia lebih menarik apabila dipadankan dengan seluar jeans lusuh anda!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah