Semakin hari dunia fesyen semakin mengembang mala lelaki juga tidak ketinggalan dalam berfesyen. Adakalanya aku nampak sesetengah orang ter over dalam berfesyen dan tidak sedar yang pakaian yg dipakainya itu sebenarnya nampak pelik. Disini aku ada beberapa tips untuk orang yang baru sahaja ingin memulakan diri dalam dunia fesyen. Aku ni bukan lah tahu sangat dalam dunia ni. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu macam mana nak bezakan yang cantik dan buruk.
- Setelah anda faham dengan jenis potongan badan sendiri, anda akan mula memakai pakaian dengan potongan rekaan yang paling sesuai dan selesa dengan tubuh anda. Semestinya tiada siapa yang akan kelihatan anggun atau segak dengan memakai pakaian ( contohnya: jaket, gaun, seluar dan sebagainya) yang terlalu ketat atau longgar.
- Untuk ke pejabat, adalah tidak salah jika anda gemar memakai pakaian-pakaian dalam rekaan yang serupa (contohnya: Sut dengan tali leher, baju kurung atau kebaya, jaket dan skirt) dalam rona warna yang seakan sama (senada). Apapun, pastikan anda memakai rekaan tersebut dalam variasi tekstur serta rekacorak yang berlainan dalam jangkamasa seminggu anda bekerja. Sememangnya kebanyakan individu yang berpengaruh punyai gaya individu yang unik dan tersendiri (signature looks)
- Lapan puluh peratus daripada gaya adalah dengan mempunyai pakaian yang sesuai untuk pelbagai acara dan majlis. Sejak kebelakangan ini kod berpakaian adalah lebih terbuka dan fleksibel, tetapi perlu diingat bahawa masih ada etika berpakaian yang perlu diikuti oleh kita semua. Contohnya: Apabila anda kurang pasti tentang etika pakaian formal – sama ada anda akan menghadiri mesyuarat perniagaan (business meeting) atau parti koktel (cocktail party), jalan yang paling selamat adalah untuk anda perlu memakai tali leher untuk ke majlis tersebut.
- Jangan cuba untuk berpakaian atau bergaya seperti seorang bintang filem, kerana sedarilah bahawa sebahagian besar daripada kita adalah bukan pelakon. Jangan fikir bahawa pakaian yang segak dan hebat digayakan oleh Brad Pitt atau Johnny Depp, Adam Levine atau Justin Timberlake, akan kelihatan hebat juga apabila digayakan oleh anda (kerana ia mungkin akan kelihatan sebaliknya). Sememangnya anda boleh bereksperimen dengan tren, tetapi jangan hanya contohnya: bertopi kerana hanya mahu meniru gaya celebriti tertentu. Cuba cari identiti sendiri.
- Apabila anda mahu mengayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda mlihat ia secara keseluruhan (the whole look). Jaket, kemeja, tali leher, seluar atau skirt dan kasut anda mungkin berkualiti dan daripada jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan diantara satu sama lain? Berpakaian penuh gaya (stylish) dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan (overall effect).
- Sesuatu yang klasik dianggap atau menjadi klasik oleh kerana sesuatu sebab atau alasan. Berbeza dengan rekaan pakaian wanita pakaian lelaki tidak terlalu berubah sepanjang seratus tahun sebelum ini. Dan anda tidak perlu menjadi individu yang mengubah persepsi tersebut.
- Cuba bersikap ingin tahu (be inquisitive). Jika anda punyai teman rapat yang punyai gaya hebat dan anda kagumi. Jangan malu untuk bertanya dan mendapatkan panduan berpakaian serta gaya daripada mereka. Yang pasti jawapan mereka nanti akan meluaskan lagi perspektif anda terhadap fesyen.
- Jangan terlalu mencuba (don’t try too hard). Setiap orang boleh bergaya hebat, tetapi perlu diingat, yang paling penting adalah untuk kita bergaya bagi diri sendiri bukannya untuk orang lain.
- Gaya adalah sesuatu yang paling peribadi. Tiada siapa, yang sepatutnya memberitahu anda tentang bagaimana untuk berpakaian. Jika anda rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat anda itu dan bereksperimenlah dengan fesyen. Sememangnya setiap kita punyai gaya individu kita yang tersendiri. Tetapi kadangkala setiap daripada kita perlu untuk membuat sedikit perubahan pada gaya kita untuk kelihatan lebih menarik. Dan semestinya itulah yang hebatnya tentang fesyen-terdapat terlalu banyak pilihan, selagi kita bijak memilih.
- Apabila kita memperkatakan tentang tren fesyen lelaki, antara aspek yang paling penting adalah kemas, rapi dan kebersihan. Berambut panjang adalah tren yang sudah agak lama- sebaliknya cubalah gaya rambut potongan pendek ala David Beckham. Adam Levine atau pelbagai contoh ikon lain. Pastikan anda memotong nipis rambut atau bulu di wajah anda untuk lebih menyerlahkan wajah anda.
- Pakaian lelaki moden (modern menswear) adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya dan sikap pengguna lelaki (male consumer), telah mendorong mereka untuk mengambil langkah untuk mengelak daripada gaya yang terlalu selaras ataupun mengikut peraturan.
- Mematuhi manual undang-undang gaya secara total adalah sememangnya bukan kaedah untuk menjadi stylish (penuh gaya). Pakaian kontemporari lelaki, menyediakan lelaki peluang untuk meyerlahkan individualiti dan ia kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yang boleh dimiliki oleh semua.
- Akhir kata, lelaki tidak perlu lagi untuk menjadi bingung apabila memperkatakan tentang aliran fesyen terkini. Dengan mengambil inisiatif untuk bereksperimentasi, antaranya dengan memadankan pilihan rekaan pakaian dan aksesori yang selesa dipakai serta menarik pandangan mereka yang melihat, sememangnya lelaki juga boleh kelihatan hebat bergaya seperti kaum wanita pada tahun ini. Selamat mencuba!
Admin : psstt! Simple punya fesyen pun dah cukup . Tak perlu nak over untuk nampak vouge ! :))
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah