Thursday, July 31, 2014

Gereja St. Paul Melaka




Kali ni kita menjejakkan kaki di negeri Melaka pula. Syukur Alhamdulillah, Politeknik KK sponsor kami lagi jalan-jalan di Negeri Melaka ni. Banyak sebenarnya tempat menarik dinegeri bersejarah ini. Tapi kali ni aku nak share cerita pasal Gereja St. Paul dulu okay? Gereja St. Paul ni sebenarnya sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.Di bawah gereja ini terdapat Kota A Famosa. Gereja St. Paul merupakan salah satu daya tarikan pelancong di negeri Melaka ini. Tempat ni memang sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong asing dan masyarakat tempatan. Setakat ni tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat tempat ini. So tempat ni kira umum lah, sesiapa pun boleh datang kesini. Tapi ingat ! jangan buat macam-macam kat tempat ni tau. Sayangi Warisan kita. 

ADMIN : Melaka Bandar Bersejarah



Wednesday, July 30, 2014

Kota A Famosa Melaka


Kalau haritu dah kenalkan dengan Gereja St.Paul,kali ni aku nak share pasal jirannya pula.Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa merujuk kepada ] "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

ADMIN : Melaka Bandar Bersejarah




Tuesday, July 29, 2014

Kenali Nuffnang



Alhamdulillah, baru-baru ni Nuffnang dah beri kesempatan kepada blog Zul untuk mendapat CPUV dari Oreo Transformers walaupun baru seminggu dua start menggunakan Nuffnang.Apa itu Nuffnang sebenarnya?? Mari kita mengenali Encik Nuffnang terlebih dahulu. Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.Pelantar dalam talian Nuffnang membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.Pasukan-pasukan di setiap pejabat Nuffnang giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para blogger Nuffnang. Di antara para pengiklan Nuffnang ialah Citibank, Nokia, Sony, Procter & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi!Selain pengiklanan berasaskan blog, kami juga membina reputasi kami dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain. So kepada rakan-rakan blog yang belum daftar Nuffnang tu cepat-cepatlah daftar. Mana tau nasib korang bertambah baik kan??

ADMIN : Nuffnang salah satu cara untuk mendapat fulus dengan berblogging.



Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Engineer Malaya Revenge




Alhamdulillah, Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tiba juga Hari Raya Aidilfitri. Seminggu sebelum raya,Zul sibuk sikit. Mana nak cat rumah, mana nak buat kuih raya, mana nak prepare duit raya. Pokoknya memang busy lah. Jadi dikesempatan ini, Zul ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sanak saudara yang mengenali diri ini serta rakan-rakan blog yang dikasihi sekalian. Ampun dan maaf dipinta jika Zul terkasar bahasa,tak terjawab soalan anda,tersalah bagi info dan macam-macam lagi. Kalau ada yang tak puas hati lagi, anda boleh hubungi Zul je Ok? Kita selesaikan sama-sama. Sesungguhnya Zul juga hanyalah insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan. Tak lupa juga halalkan makan minum Zul. Kalau ada Hutang tu, PM Zul cepat-cepat. Nanti kalau dah dapat duit raya Zul balas ok?.hehehe. Apa cerita hari raya korang? kongsikan kisah anda dengan Zul. Nak juga tau..hehe.




ADMIN : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! MAAF ZAHIR DAN BATIN


Wednesday, July 23, 2014

Cara Hilangkan tarikh pada post

Baru je tadi Zul belajar cara untuk hilangkan tarikh pada post. Mungkin ramai dah tahu pasal benda ni, tapi takpa. Zul ajar ni untuk yang tak tahu ja ye?. hehe

Caranya senang je:

1) Sign in akaun blogger

2) Dashboard > Design > Page Element > seterusnya ikuti tutorial bergambar di bawah



3)Kemudian klik save.

Selamat mencuba! 

Tuesday, July 22, 2014

Iftar bersama Ex-Student Sanzac 2005-2009

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T program berbuka puasa bersama kawan sekolah menengah dulu berjalan dengan lancar. Meskipun tidak semua yang hadir, tapi ia susah mencukupi bagi Zul kerana hampir 4 tahun kami tidak berjumpa. Besar dah kawan-kawan Zul semua. Masih segar diingatan Zul macam mana karenah mereka semua ketika masih dibangku sekolah. Sekarang mereka sudah semakin matang dan tahu mana yang bagus dan tidak. Alhamdulillah, terasa begitu cepat masa berlalu. Program ni di jalankan di Grace Point,Sembulan tepat pukul 5.30 petang. Mula-mula tu agak segan sikit nak berbual dengan mereka kerana sesetengah budak sekolah dulu ni pun bukan Zul kenal. Memang sesi memperkenalkan diri la disini sebab baru Zul perasan yang mereka yang lain ni wujud kat sekolah dulu.hehehe


Lihat Sini untuk lebih gambar ------> Flickr

ZULASRI : Bertuah sangat dapat berkenalan dengan kamu semua ! semoga persahabatan kita terus terjalin hingga akhir hayat. Amin

Thursday, July 17, 2014

Pertama kali dapat CPUV dari Nuffnang : Oreo Transformers


Baru buka Nuffnang tadi, terkejut pula tengok yang ehbloger.blogspot.com ni dapat CPUV daripada Oreo Transformers. Terkejut juga Zul tadi sebab Zul baru je daftar Nuffnang 2 minggu lepas. Dalam jangka masa yang singkat pihak Nuffnang memberi rezeki pula dibulan ramadhan yang mulia ini. Syukur sangat. Thanks Mr.Nuffnang. Baru-baru ni, Oreo mempromosikan filem yang ditunggu-tunggu di seruluh dunia ini iaitu Transformers. Siapa yang belum tengok Zul nasihatkan pergilah ke panggung wayang yang terdekat kerana movie ni memang syok sangat. Sepanjang 2jam45minit Zul menikmati Movie ni. Oreo adalah nama dagang dari sejenis biskut yang diproduksi oleh Nabisco, pertama kali pada 1912. Terdiri dari dua biskut coklat dengan krim putih di tengahnya. Salah satu cara terkenal untuk memakan Oreo ini adalah dengan mencelupkannya ke dalam susu.Selain itu Oreo juga digunakan untuk bahan baku untuk makanan lain, misalnya milkshake dan air krim. teringat time kecil-kecil dulu, asal mama beli oreo Zul mesti minta susu segar juga. Hahaha mau juga ikut macam dalam TV. Ni antara iklan yang dikeluarkan oleh Oreo. 

                                 

ADMIN : Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.oreotransformers4.com/

VIDEO Lokasi MH17 Terhempas : Keadaan Mangsa yang Menyedihkan




KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. 
Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata,  Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. 
"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi. 
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh. 
"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. 
Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. 
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News 

13 GAMBAR KES KAPAL MH17 TERHEMPAS

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. 
Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata,  Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. 
"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi. 
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh. 
"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. 
Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. 
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News 














KES MH17 : 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi



KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. 
Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata,  Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. 
"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi. 
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh. 
"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. 
Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. 
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News 


Perdana Menteri Malaysia terkejut dengan berita MH17


Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.
Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi. 




Pesawat Penumpang Malaysia MH17 Terhempas di Sempadan Rusia Dipercayai Ditembak



Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.
Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi. 

UPDATE

11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki
11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri -                           Reuters
12 : 04p.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP
12 : 07p.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter


ADMIN : Stay tune for more info


VIDEO AWAL MH17 TERHEMPAS

Pesawat MAS (MH17) yang membawa 295 penumpang yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan pada awalnya sebelum dilaporkan terhempas. ‪#‎PrayForMH17‬

"MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini." - Reuters
.
"Russian newswire service Interfax is reporting that a Malaysian passenger plane carrying 295 people was shot down with a Buk ground-to-air missile over Ukraine near the Russian border. The Associated Press cites an advisor to Ukraine's Interior Minister as the source. The advisor, Anton Gerashchenko, posted more accusations on Facebook, saying that the strike was carried out by Ukrainian rebels.
He also posted a minute-long video of what supposedly is the smoking wreckage of the plane. The flight, Malaysia Airlines 17, was en route from Amsterdam to Kuala Lumpur. According to the AP, Malaysia Airlines has confirmed that it lost contact with a plane over Ukranian airspace, but the cause is still officially unknown". - The Verge





ADMIN: Satu lagi berita yang menggemparkan Malaysia melibatkan MAS. Nantikan perkembangan penuh nanti.

LAGI KES KAPAL HILANG : MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE


Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. Harap tiada apa yang buruk berlaku kepada penumpang MH17. 



ADMIN : bad year for Malaysian aviation.


Tuesday, July 15, 2014

Kundasang War Memorial Park, Ranau




Selesai membeli-belah di Pasar Ranau, diperjalan seterusnya anda harus pergi ke Kundasang War Memorial Park,Ranau. Masa yang diambil untuk sampai kesini dari pasar tersebut kira-kira 15 Minit.Bergantung dengan cara pemanduanlah. Yuran RM3.00 akan dikenakan untuk rakyat Malaysia. Ingat nak masuk free? haha jangan harap. ahahaha. 

Banyak info sebenarnya anda akan nampak disana. Selain menikmati keindahan taman, anda juga boleh belajar serba sedikit mengenai sejarah negeri Sabah ini. Memang tak rugi la datang.

Kundasang War Memorial Park adalah salah satu taman peringatan yang telah dibina di Sabah untuk memperingati tragedi, penderitaan dan kematian kuasa-kuasa bersekutu semasa Perang Dunia II. Taman ini dibina untuk mengingati kematian askar British, Australia dan New Zealand serta penduduk Borneo lain semasa perarakan Kematian mengerikan dari Sandakan ke Ranau pada tahun 1945 apabila Borneo Utara dibawa jajahan Imperial Jepun. 




MORE PICTURE : FLICKR


                               



Kundasang War Memorial Park dibina oleh New Zealand pada tahun 1962 dan taman ini menyerupai sebuah kubu di atas bukit. Walau bagaimanapun, ianya dibiarkan begitu sahaja sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, kerja-kerja pemulihan telah dimulakan semula. Di dalam kubu tersebut, terdapat tiga taman-taman bersambung yang dijadikan seni taman dengan tema ketiga-tiga negara yang berbeza untuk mengingati wira mereka yang hidup atau terkorban semasa tragis 'Sandakan Death March'. Taman-taman ini dinamakan Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo. Dalam Taman Australia, paku pakis dan rumput turf akan menyambut pengunjung. Taman Inggerisini hampir menyerupai sebuah taman fesyen British lama dengan bunga ros mekar indah dan boleh dilihat dengan pelbagai warna yang berbeza. Dalam Taman Borneo, pelbagai tumbuhan asli Sabah termasuk banyak orkid liar dan jarang boleh dilihat di sini. Jika anda bernasib baik anda boleh melihat orkid selipar Rothschild mekar di sini. 

ADMIN : Buat apa nak pergi jauh-jauh kalau Malaysia pun belum habis pusing :3




Sunday, July 13, 2014

Lelaki Boleh Ponteng Puasa




Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam dan wajib untuk semua umat Islam. Jika kaum wanita mempunyai alasan munasabah untuk tidak dibenarkan berpuasa, lelaki juga boleh dikecuali. Tapi, baca entri ini terlebih dahulu supaya anda tidak mengambil kesempatan ponteng puasa!

Pertama sekali, lelaki-lelaki dibenarkan tidak berpuasa jika sedang sakit tetapi mempunyai harapan untuk sembuh dan bagi yang musafir saja. Ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran, menerusi surah al-Baqarah (20), 184:

"Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, wajiblah dia menggantikannya pada hari-hari yang lain."

Selain itu, jika anda mempunyai penyakit yang mendatangkan mudarat yang besar, kesakitan yang teruk dan bimbang akan mati sekiranya tetap meneruskan berpuasa, maka waktu itu anda wajib berbuka. Tetapi wajib diganti selepas itu pada hari-hari lain.

Anda juga tidak wajib berpuasa jika disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa wajib terhadap orang yang mampu melakukannya. Namun, golongan ini wajib membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin.

Dikecualikan juga berpuasa tetapi wajib membayar fidyah jika anda tergolong dari pekerja buruh seperti bekerja di tempat yang melibatkan kepanasan api. Misalnya bekerja di industri batu arang, penempaan kaca atau besi, buruh buat jalan raya atau pekerja binaan yang bekerja dari pagi hingga petang.

Secara ringkas, puasa adalah wajib tetapi kelonggarannya ditentukan oleh Allah S.W.T dengan tafsiran keadaan tertentu. Apa pun, semuanya perlu diganti sama ada ganti pada hari lain atau membayar fidyah.

Jangan pula selepas membaca entri ini, ramai menganggap diri sebagai pekerja buruh, musafir dan pesakit kronik gara-gara tidak sempat bangun sahur pagi tadi!

Jalan sini juga :


Thursday, July 10, 2014

Siapa Sebenarnya Adoft Hitler ?

Baru-baru ni, nama Adoft Hitler sangat terkenal di sosial media mahu Facebook,Twitter dan Instagram. Siapa Sebenarnya Adolf Hitler? Mungkin ramai yang tidak mengenalinya. 


Tekan link dibawa untuk Info Lanjut . 



ADMIN : Selepas serangan Yahudi terhadap Gaza. Ungkapan Adoft Hitler semakin terkenal di sosial media.


Tuesday, July 08, 2014

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak

klik banner
Untuk makluman bakal peserta : -

55 orang terawal join giveaway 12jam ini...bakal dapat kad raya free dari cik akak..
Apa tunggu lagi...rebutlah peluang keemasan ini...

Dan rebutlah juga peluang....untuk dapatkan SATU HADIAH MISTERI dari cik akak.

Tarikh tutup penyertaan : 09 Julai 2014 - Jam 2.00 pagi.

Peringatan : Penyertaan lebih dari jam 2.00 pagi [09.07.2014] tidak akan dilayan oleh pihak penganjur

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner


  • 10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
  • Cara pemilihan melalui Random.org 
  • Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014
ADMIN : Jom ramai-ramai join Segmen ni. Tak rugi pun. Kalau rezeki, dapat juga kad raya dari Cik Dayang :)

Mee Tuaran Yang Halal


Bagi yang datang ke Sabah, Tak sah kalau tak makan Mee Tuaran.Mee Tuaran merupakan hidangan terkenal di Sabah. Mee Tuaran dibuat khas dari adunan kuning telur dan tepung, yang memberikan aroma telur apabila goreng. Menggoreng mee tuaran ini biasanya mengambil masa kira-kira 5-10 minit dalam api yang tinggi yang meninggalkan tekstur kerak keemasan di bahagian bawah mi. Sayur-sayuran tempatan seperti sawi ditambah kedalam semasa menggoreng. Sebelum dihidangkan, mee Tuaran biasanya dihias dengan hirisan Telur gulung dan hirisan ayam/daging/seafood ( bergantung dengan permintaan pelanggan ). Sesetengah Mee Tuaran di sekitar Sabah tidak Halal. Mereka akan menggantikan hirisan ayam/daging/seafood kepada lembu pendek. Jadi dapatkan panduan sebelum makan. Dan tidak semestinya Mee Tuaran hanya dijual di Tuaran. Sekitar Kota Kinabalu pun berlambak sebenarnya. Disekitar Kota Kinabalu,ada banyak peniaga yang menjual Mee Tuara yang halal. Antaranya di Restoran Thien-Thien,Gaya Street dan Grace PoinT,Sembulan

ADMIN : Rugi datang Sabah kalau tak rasa keistimewaan Mee Tuaran.


Monday, July 07, 2014

Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com


Di Musim raya ni pasti ramai kawan-kawan blogger yang akan kirim kad raya,dan kali ni giliran irrayyan.com pula. Memang best kalau dapat kad raya daripada rakan-rakan blogger ni. Selain berkenalan, kita juga boleh merapatkan hubungan diantara blogger. GOODJOB !! Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 



Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Malam-malam buta ni ternampak pula segmen " Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80 ". Hadiah yang diberi pun agak lumayan. Dengan ini Zul pun nak cuba nasib la. Siapa tau rezeki di pagi raya kan? Okay sapa nak join ni, anda boleh klik banner yang telah disediakan. Orang kata rezeki kena share-share kan? Goodluck !




TIPS MEMBELI KASUT

Kasut merupakan benda yang paling penting dalam bergaya. Tanpa pemilihan kasut yang sesuai, penggayaan akan nampak lebih lucu. Setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing. Apa yang penting ketika membeli kasut, ia kena memenuhi segala aspek yg kita mahu seperti harga,kualiti dan tahap keselesaan kasut itu. Hari ini Zul akan kongsikan sedikit tips membeli kasut. Apa lagi sekarang ni raya dah nak dekat. hehehe.



TIPS MEMBELI KASUT

1. Beli kasut pada waktu siang atau petang untuk mendapatkan ukuran kasut yang tepat dan selesa.


2. Berdiri tegak dan cuba berjalan-jalan untuk memastikan kasut yang dibeli selesa.


3. Pastikan anda memakai kedua-dua kasut ketika mencuba.


4. Elak terburu-buru membeli kasut dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.


5. Jangan mencuba kasut ketika sedang duduk sambil mencuba sebelah kasut saja.


6. Elak membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan saiz semata-mata kerana saiz kasut berbeza mengikut jenama kasut.


7.  Elak memilih kasut yang dirasakan muat-muat saja kerana ia mungkin akan timbul masalah lain seperti melecet.

Lihat juga ini : Ramai Wanita Pilih Kasut Pembunuh ( Bahaya kasut Tumit Tinggi )

Tips membeli kasut , tips kasut , kasut , tips , cara beli kasut , cara memilih kasut.