Friday, December 28, 2012

Anak Kucing Dimasukkan di dalam balang kaca



Makin hari manusia makin pelik dan makin bodoh. Ingatkan dunia makin maju, pemikiran manusia nie boleh la maju ke hadapan tapi sebaliknya pulak yang jadi. Makin maju, makin bangang. Nilai moral dah takdak dalam diri. Ini yang berlaku pada dunia luar sana. Kekejaman yang berlaku kepada kucing hidup-hidup. Ya Allah. Kesiannya aku tengok. :-(


Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.


Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.




Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.


Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand. Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!





Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Betapa seksanya kucing dalam botol tue. Nak gerak tak boleh, nak berbunyi pon tak boleh. Comel-comel kot kucing-kucing nie. Memang xdak sivik orang yang buat macam nie. Memang bodoh tahap tinggi sekali. Takdak yang lagi bodoh melainkan orang yang buat nie.


P/S : Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Adakah anda rela melihat kucing didera, dianiaya kejam seperti ini?? Hebohkan!

Gambar Kahwin Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat Sah Bergelar Suami Leuniey

Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Leuniey telah menerima mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

























Friday, December 07, 2012

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Bertudung Merah






Dato’ Siti Nurhaliza semalam telah memakai tudung untuk aktiviti melelong 2 pasang tudung rekaan miliknya yang direka oleh Fareeda. Ini adala sempena malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk 2 buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia yang akan diadakan pada 30 Januari nanti.

Syafiq Ridhwan Pemain Boling No 1 Dunia


ZR nak mengucapka setinggi-tinggi tahniah kepada Syafiq Ridhwan Di atas kemenangan beliau  menjadi pemain pertama Malaysia yang memenangi World Cup Ten-Pin Bowling. Seronok Tengok Idol Menang ! 

MALAYSIA BOLEH !

Wednesday, December 05, 2012

5 Mitos pemakanan yang anda perlu tahu



Hari-hari saya menerima petanyaan melalui twitter tentang pelbagai mitos-mitos makan dan tabiat kehidupan.Jom kita selesaikan mitos-mitos tersebut once and for all ….

1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.

Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.

2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?

Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.

3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.

Jawapan: Yes and no.

Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.

No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.
4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!

Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbading keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.

5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.

Ingat: Gemuk atau tidak BUKAN bergantung kepada nasi lemak, roti canai, suplemen, ayam, itik, sayur etc … ia bergantung kepada gadungan pilihan-pilihan anda.

Paling penting: Pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian dan BIJAK dalam memilih makanan (minuman) yang sesuai dengan keperluan anda itu. Kalau tak pandai lagi, dapatkan eBook saya Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu yang mengajar anda langkah demi langkah.
Selamat berjaya!

By : Kevin

Najwa Latif Bergaduh Dengan Ayah ? Derhaka ke ?


Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya.
Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif.

Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu.

Mendengar rintih hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan keyakinan penulis dialah bapa remaja popular itu. Latif pada mulanya meminta cerita ini ditulis dalam bentuk gosip, tetapi kami berpendapat lebih baik penjelasan sebenarnya yang dipaparkan.

Setelah berbincang, dia akur. Bukan berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.

Katanya, sudah lama dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar bentuk hubungan bersama anak yang dikatakan keruh.

Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu.
“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.

sumber

Tuesday, December 04, 2012

Gambar Kad Pengenalan Tomok


Walaupun gambar ni dah lama , tapi ada juga diantara korang yang belum penah tengok kan ? 


Facebook Kena hack

Assalammualaikum

Facebook anda pernah kena hack tak ? Anda tahu tak siapa yang bertanggungjawab untuk melakukan semua ini ? Adakah ia nya ter hack oleh orang lain ? atau sengaja nak hack diri sendiri untuk mencari publisiti ? 

Cara elak Facebook Anda kena hack :

1. Jangan sesekali meminjam kan HP yg FB nya dalam keadaan online

2. Pastikan Password Email dan FB anda tidak sama.

3. Buat password yang sukar untuk dijangka

4. Jangan Lupa logout

Pada hari ini , kawan saya sudah kena Hack .. hahaha Siapa kah yang bertanggungjawab ???



SIAPA ZULASRI RAGIMAN 






Zulasri Ragiman ialah seorang blogger sepenuh masa (buat masa ini) yang berumur 22 tahun pada tahun 2014 . Berasal dari Sabah, Negeri Di Bawa Bayu dan kini menyambung pengajian di peringkat Degree dalam bidang Pendidikan. Zulasri juga ialah seorang atlet tenpin bowling untuk pasukan Sabah. Jika dahulu Zulasri hanya menjadikan aktiviti tersebut sebagai hobi dan suka-suka, kini Zulasri semakin serius jika diberi peluang untuk mewakili sabah lagi.

Zulasri Ragiman juga seorang blogger yang serius terhadap blog beliau, lantasan itu trafik dan blog post terbaru akan dilakukan serta dipantau sekurang-kurangnya sekali sehari. Blog post yang bermaksud untuk mempromosi juga tidak percuma. Sebarang info email kepada ehbloger@yahoo.com

IDENTITI BLOG


Blog ini sebenarnya bermula sejak tahun 2010 lagi. Pada mulanya , blog ini di tubuhkan hanyalah untuk menceritakan kehidupan saya yang sangat bosan sahaja . Kiranya macam sebuah diari lah kononnya . Tetapi blog ini tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja. Pada mulanya , Blog ini sentiasa bertukar-tukar dari segi nama seolah-olah saya ini tidak mempunyai identiti langsung. Akan tetapi , pada tahun 2012 , secara rasmi nya Ehbloger.blogspot.com merupakan identiti rasmi bagi blog ini . Blog ini banyak memaparkan cerita mengenai kehidupan pelik masyarakat dunia serta berkongsi berita semasa. Tidak lupa juga , blog ini merupakan tempat saya berkongsi kehidupan ( kiranya personal life lah ) untuk tatapan bersama.

Engineer Malaya Revenge is well established Social Media & Web in Malaysia.

Web: www.ehbloger.blogspt.com | Twitter: @zulasriragiman

Twitter               : https://twitter.com/ZulAsriRagiman
Blogger              : http://ehbloger.blogspot.com/
Instagram           : http://instagram.com/ohohzulasri

Monday, December 03, 2012

Tandas Yang Membuatkan Lelaki Tak Keluar

\

Kepada lelaki-lelaki sekalian , korang suka tak kalau tandas awam yang ada kat shopping complex semua macam ini ? 

Saturday, December 01, 2012

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu



Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?




Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Sumber