Saturday, October 20, 2012

Hukum Mengajak isteri Menonton Filem Lucah


Lesbian wedding


Soalan : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ. SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS. INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN. APA PENDAPAT USTAZ?

 JAWAPAN : Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;

 Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda, Ertinya; “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain” Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

 Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana disiplin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

 Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

 Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

 Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

 Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

Friday, October 19, 2012

CARA NAK POPULARKAN BLOG ANDA


Semakin meriah dunia blog Malaysia dan semakin ramai blogger baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ramai blogger yang dulunya biasa tapi sekarang dah jadi Top Blogger Malaysia. Ada rakan blogger yang dah jadi lebih popular dari artis dan lebih popular dari ahli politik. Ada blogger yang dah jadi usahawan online yang berjaya dan ada juga blogger yang dah jadi Yang Berhormat (YB).


Blogger sudah menjadi orang penting sehingga sering dijemput di majlis-majlis tertentu seperti pelancaran produk baru, majlis pemimpin bertemu rakyat dan berbagai majlis yang lain. Kejayaan seperti ini tidak datang sekelip mata. Kebanyakan Rakan Blogger yang terkenal ini bekerja keras siang dan malam untuk menguruskan blog mereka dengan berbagai strategi dan promosi yang dibuat. Selalunya Rakan Blogger yang berjaya ini pasti ada kelainan yang dibawa dengan daya kreativiti yang berbeza dari Rakan Blogger yang lain.



Ada juga Rakan Blogger yang tak kisah kalau tidak terkenal di kalangan Blogger Malaysia tetapi yang penting popular di Google, Yahoo dan Bing serta search engine yang lain.

Nak jadi popular di search engine antara yang perlu dibuat adalah mendaftarkan blog kita di direktori seach engine. Sudahkah Rakan Blogger mendaftar blog anda di

Google Webmaster
Yahoo Webmaster
Bing Webmaster
Baidu Webmaster
Search Engine

Kalau belum daftar klik link tersebut dan daftar segera tapi jangan lupa verify dan buat setting sekali. Kalau setakat daftar je tak jadi apa. Jangan lupa daftar sekali di Google Analytics ni pun banyak faedah untuk kita mengenali dan mengetahui prestasi blog sendiri serta mengetahui blog mana yang paling banyak membantu kejayaan blog kita melalui sumbangan trafik yang berterus diberi kepada blog kita.


Tuesday, October 16, 2012

Bila Paderi Terpaksa Membuka Rahsia




Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’: 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’
(Al-An’am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’
(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’
(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan

terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’
(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’
(Al-Anbiya’:69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga

orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua’lam

Perkara yang Memalukan wanita Di Malam Pertama


Malam pertama adalah detik yang paling mendebarkan dalam hidup sesorang gadis yang baru melangsungkan perkahwinan.Apatah lagi,jika perkahwinan tersebut diatur keluarga dan bukan atas dasar cinta.Pastinya,dia berasa begitu canggung dan malu lebih-lebih lagi apabila hanya berdua bersama pasangan di kamar beradu.Tambah membuatkan dada bergetar hebat apabila secara tiba-tiba menerima sentuhan luar biasa sebelum adegan seterusnya berlangsung.

Tanpa sebarang ilmu apatah lagi pengalaman ‘bersama’ perasaan ngeri pasti menyelubungi diri.Meskipun begitu,anda tidak boleh dari berhadapan dengan situasi berkenaan.Apa yang penting jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.Perkara berikut mungkin secara tidak snegaja akan berlaku.Bagaimanapun, cuba sebaik mungkin untuk menghalangnya daripada berlaku.Untuk pengetahuan anda,berikut adalah empat perkara memalukan yang biasa dilakukan oleh wanita sewaktu ‘bercinta’.


1.Bau Miss V Yang Tidak Menyenangkan

Anda pastinya pernah mendengar kata-kata lucu tentang alat kelamin berbau seperti ikan.Secara tidak langsung,anda turut bertanya kepada diri sendiri adakah Miss V anda berbau seperti itu? Apa yang pasti,meskipun tubuh sihat,namun masih mengeluarkan bau.Bau tersebut adalah hormon pheromenes anda.Percaya atau tidak,hormon tersebutlah yang menjadikan anda menarik dimata pasangan.


Menurut Pakar Psikoterapi yang juga merupakan penulis The Unofficial Guide to Dating Again,Dr.Tina Tessina,bau vagina akan semakin kuat apabila berlaku jangkitan kulat.Bagaimanapun sekiranya anda menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit,tiada apa yang perlu dibimbangkan.Malah,pasangan yang berhubungan intim bersama anda akan terbiasa dengan aroma semulajadi ini bahkan tidak mustahil jika ia juga mampu membuatkan pasanagan untuk turn on ‘bersama’ anda.


2.Takut/Geli Saat Diransang

Saat pertama kali disentuh pasangan,perasaan takut kepada kesakitan dan khuatir vagina tidak mampu menampung ukuran saiz penis ketika ereksi begitu menggerunkan.Rasa sakit sewaktu berhubungan intim biasanya terjadi disebabkan vagina wanita masih terlalu ketat untuk menerima penetrasi.Sebaiknya jangan memalukan diri sendiri dengan jeritan kecil atau tangisan anda.

Dalam situasi lain,rangsangan dari pasangan turut membuatkan wanita berasa geli dan mebuatkan wanita ketawa terkekek-kekek.Menurut penulis buku berjudul Because It Feels Good:A Women’s Guide to Sexual Pleasure and Satisfaction,Dr.Debby Herbenick,jangan biarkan situasi memalukan seperti ini terjadi.Ini kerana ia bakal membuatkan mood bercinta pasangan anda surut secara tiba-tiba.Sekiranya berasa geli,jangan malu untuk meminta kepada pasangan untuk memberi sentuhan lembut berbanding sentuhan ringan yang mampu memicu perasaan geli.

3.Buang ‘Gas’ Saat Berhubungan Intim

Perlakuan ini memang sangat memalukan.Bagaimanapun,berdasarkan kajian rata-rata wanita membuang ‘gas’ sebanyak 14 kali sehari.Menurut Dr Tina Tessina,wanita boleh membuang gas,sendawa atau ‘kentut vagina’ yang berlaku saat udara terperangkap di dalam vagina selamanya berlangsungnya hubungan intim.


Untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku,anda boleh mengambil inisiatif dengan mengelakkan makanan yang menagandungi gas sebelum ‘bercinta’ atau mengambil ubat anti gas.Bagi mengawal keadaan,tidak salah kiranya anda berusaha mencipta suasana lucu dan pastinya si dia akan ketawa.Secara tidak langsung,hubungan anda berdua semakin dekat.


4.Lampu Dimatikan

Tidur dalam keadaan lampu terpasang atau tidak bergantung pada keselesaan setiap individu.Sekiranya anda lebih selesa berhubungan intim di dalam gelap,anda sebenarnya tidak sendirian.Ini kerana realitinya wanita kurang berkeyakinan saat pasangan melihatnya dalam keadaan tanpa seurat benang.


Bagaimanapun,apa yang melucukan menutur Dr.Debby Herbenick,kebanyakkan lelaki sebenarnya lebih gemar melihat pasangan tampil dalam keadaan tidak berbaju sehingga jelas memperlihatkan strech mark,selulit atau sebagainya di hadapan mereka.Tambahan pula,daya imaginasi mereka cukup hebat lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkaitan tubuh wanita dan gaya hubungan intim.


Sebenarnya,berhubungan intim dalam keadaan lampu dimatikan bisa menurunkan kepuasan lelaki dalam ‘bercinta’.Bagi yang tidak biasa,cubalah manfaatkan cahaya lilin atau sebuah lampu tidur di kamar beradu anda.Dalam hal ini,cubalah untuk tidak memalukan diri anda sendiri dengan pengetahuan cetek mengenai kegemaran pasangan sewaktu ‘bercinta’.


P.S : NI UNTUK ILMU SAHAJA, SAPA YANG FIKIR BUKAN-BUKAN SILA KELUAR DARI BLOG INI . THANKS HAHA

Friday, October 05, 2012

Apa Itu Switching


Switching

  • Switching merupakan suatu sistem kontrol penggantian, pengalihan, pengubahan atau pemindahan secara elektronik.teknik switching ini sendiri digunakan biasanya untuk memaksimalkan penggunaan bandwith suatu saluran komuniskasi, baik data maupun suara. Jika nantinya proses saluran tersebut tidak diatur melalui switching, maka data/suara akan terus dikirimkan walaupun sudah tidak terpakai lagi. Hal ini mungkin akan sangat berbahaya terutama bagi saluran berbayar.

  • Dalam proses switching itu sendiri, ada beberapa prinsip.
  • Transmisi data atau informasi jarak jauh biasanya dilakukan melalui beberapa switching node yang saling berhubungan sehingga membentuk suatu jaringan switching atau jaringan komunikasi switched.
  • Setiap node yang terdapat dalam jaringan switching bekerja tanpa memperhatikan isi data atau informasi yang ditransimikan. Data ditransmisikan melalui suatu rute yang ditentukan oleh proses switching di setiap node yang dilalui.
Paket Switching

  • Paket switching ini adalah pengembangan dari sirkuit switching.
  • Paket switching merupakan suatu teknik komunikasi data yang terjadi pada protokol WAN dimana data ditransmisikan ke dalam paket-paket data dan apabila terdapat suatu data atau massage panjang dan melebihi kapasitas transmisi akan dipotong menjadi barisan-barisan paket yang kecil. Setiap paket untuk dikirim terdiri dari data user dan infor control. info control sendiri merupakan suatu info pada paket data dan berisi alamat tujuan dimana paket tersbut dapat ditransfer melalui jaringan untuk mencapai tujuan.
  • Di dalam paket switching data akan dikonfersi kebentuk data rate yang mana dua buah station berbeda data rate nya dapat saling berhubungan dan tukar informasi. apabila traffik suatu jaringan mulai padat akan dilakukan pemblokiran pada paket/call yang akan diterima, jiak beban menurun maka call akan diizinkan masuk.
  • Dari 2 cara cara switching tersebut, litar switching bekerja dengan baik pada komunikasi berupa telpon/suara kerana sebahagian waktu dipakai untuk satu pihak, seperti  telephon antara 2 orang yang bergantian berbicara.
  • Akan tetapi pada perhubungan maupun komunikasi data waktu yang dipakai banyak terbuang, sehingga metode ini kurang pas diterapkan pada komunikasi data. Oleh itu pada paket switching lebih pas untuk komunikasi data.