Sunday, April 29, 2012

Mazhab Kristian yang 'mirip' Islam




Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang  menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). 

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. 

Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as. 

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.
Ajaran kristian Coptic yang sujud ketika sembahyang


Tekan  Untuk menambahkan Tabung Mr. Dracula 


-------------------------------------------------------------------------------------------------
TEKAN UNTUK LEBIH INFO




Wednesday, April 25, 2012

Cara Format Hardisk dengan Bootable Disk




Sering kali komputer kita mengalami kerusakan sistem pada hardisk komputer dan ingin menghapus atau format seluruh isi hardisk untuk install ulang. Pada Windows 95/98/ME/NT terdapat fasilitas untuk membuat bootable ke dalam disket. Kita juga dapat menggunakan CD Bootable untuk memformat seluruh partisi hardisk.
Sebelumnya pastikan BIOS pada motherboard disetting terlebih dahulu pada posisi pertama boot melalui disket atau CD ROM.

Langkah-langkah di bawah ini adalah Cara Format Hardisk dengan Bootable Disk untuk pengguna dengan MS-DOS 5.0 +, Windows 3.x, Windows 95, Windows 98, Windows ME, dan Windows NT 4.0.


  1. Tempatkan disket atau CD bootable atau di dalam komputer dan reboot untuk sampai ke DOS prompt. Dalam beberapa kasus, Anda mungkin perlu boot komputer dengan dukungan CD-ROM atau tekan tombol untuk boot dari disk.
  2. Pada format MS-DOS prompt ketik c: / s
  3. Komputer akan meminta Anda ""Are you sure you want to erase everything on drive c:"" jika anda ok dengan melakukan hal ini tekan "Y" untuk ya dan tekan enter.
  4. Setelah melakukan hal ini, komputer akan memulai proses format. Pada saat komputer melakukan format pastikan tidak ada kesalahan yang ditemukan.
  5. Setelah proses format selesai dengan sukses, di MS-DOS prompt ketik fdisk/ mbr dan tekan enter. Hal ini seharunya kembali ke MS-DOS prompt dengan pesan no. Langkah ini tidak diperlukan, tetapi dianjurkan.
  6. Setelah kembali ke MS-DOS prompt, reboot komputer dengan bootable disk masih dalam komputer.
  7. Setelah kembali ke MS-DOS prompt, masukkan disket atau CD Bootable baik untuk MS-DOS, Windows 3.x, Windows 95, atau CD untuk Windows 95, Windows 98 atau Windows NT dan klik link yang sesuai. KLIK SINI

Monday, April 23, 2012

Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban (Menarik!)


Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban | Bukan kita mahu mengubah ciptaan Allah, bukan juga kita mahu menolak ciptaan Allah. Tetapi ini adalah tips melambatkan tumbuhnya uban semata-mata. Jangan fikir uban hanya akan tumbuh pada lewat usia. Dek kerana faktor persekitaran, tekanan,pemakanan dan gaya hidup,ramai orang muda sekarang dah beruban rambutnya.

 


Ok,berikut ini diselitkan beberapa cara untuk melambatkan tumbuhnya uban. Rajin-rajinlah amalkan. Mungkin akan mengambil sedikit masa, namun insyallah hasilnya pasti memuaskan.

1. Usapkan campuran minyak kelapa dan air asam pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

2. Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu makan garam. Setelah suam / sejuk,sapu rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, lalu bilas dengan air sejuk tanpa syampu.

3. Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning. Jadi biasakan diri mengambil makanan yang mengandungi sumber tersebut.

4. Selain daripada vitamin A, vitamin B juga berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau bijirin, hati, yogurt, pisang dan lain-lain.

5. Mineral yang sesuai untuk rambut adalah zink,zat besi dan tembaga. Bahan ini banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran,biji-bijian dan makanan laut.

6. Protien penting untuk menjaga tekstur dan membuatkan rambut tampak sentiasa bersinar.Sumber ini terdapat dengan banyaknya dalam biji-bijian.Jadi,tunggu apa lagi ? Lebihkan biji-bijian dalam menu harian anda.

Ada uban tidak semestinya sudah dianggap tua, mungkin atas faktor yang lain seperti yang disebutkan di atas. Ada juga yang mengganggap dek kerana gemar terlalu berfikir. Mungkin juga sebab apabila terlalu banyak berfikir dab tidak mengawal emosi, maka berlakunya tekanan dalam diri.KLIK SINI

p.s : Tlg hulurkan sumbangan anda dengan 1 klik sahaja KLIK SINI

Hukum Menghisap Shisha (Mesti Baca!)


Hukum Menghisap Shisha | Jika rokok, adabeberapa majlis mufti negeri telah menfatwakan bahawa menghisap rokok itu adalah haram apabila diqiaskan merosakkan tubuh badan itu berdosa. Namun sejak kemunculan shisha sejak beberapa tahun dahulu, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat. Apakah hukum sebenar menghisap shisha. Jom kita dapatkan penjelasan di bawah ini.



Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas Mufti Arab Saudi,menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan firmannya lagi:

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya.

Selain itu, menurut pendapat pakar perubatan, menghisap shisha adalah 400 kali lebih bahaya dari menghisap rokok. Demikian ditegaskan oleh Pakar runding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Datuk Dr. Ramzisham Abdul Rahman. Menurut beliau, masa merokok jauh lebih pendek dari menghisap shisha yang kadangkala boleh menjangkau dua jam atau lebih. Wap panas yang disedut boleh memusnahkan cilia atau bulu-bulu roma dalam dada yang boleh menjadikan kita batuk dengan teruk. Ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada paru-paru dan jantung hingga membawa kepada penyakit kronik seperti kanser paru-paru atau kerosakan koronari jantung.

Menurut beliau, ini adalah berasaskan satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Tembakau di Britain pada 2010 mendapati menghisap shisha memberi risiko yang jauh lebih bahaya dari menghisap rokok tembakau. Kerana kandungan tembakau herba(bahan tambahan) di dalam shisha memiliki kecenderungan untuk menyimpan kandungan karbon monoksida empat hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding menghisap rokok tembakau.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

Wallahua’lam

 Maka jelaslah kini bahawa hukum menghisap shisha adalah haram berdasarkan dalil di atas dan ia disokong oleh bukti-bukti kajian sains. Artikel ini adalah ditulis oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad dan menyeru agar para penghisap shisha dapat meninggalkan amalan yang tidak baik ini.KLIK SINI

Adakah Mayat Yang Telah Diawet Dikira Najis?


Adakah Mayat Yang Telah Diawet Dikira Najis? | Sebagai orang Islam, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Hal ini kerana ada sesetengah perkara atau benda tersebut dianggap najis. Sama seperti kepada pelajar perubatan yang mempunyai pertanyaan mengenai mayat yang diawet. Persoalan mereka adalah adakah mayat yang telah diawet dikira najis. Bagi mendengar jawapan itu, jom kita baca huraian ustaz di bawah ini.



Soalan :

Assalamualaikum.

Saya ada satu soalan. Saya merupakan pelajar perubatan. Saya akan membedah mayat dua kali seminggu. Soalan saya adakah mayat yang telah diawetkan dengan bahan kimia dikira sebagai najis? Adakah bau (bahan kimia pada mayat) yang melekat di baju (bau sahaja) juga dianggap janis, kerana walaupun menggunakan pelindung pakaian (apron), tetapi bau masih melekat di baju.

Sekian, terima kasih.

Jawapan :

Mayat manusia adalah tidak najis walaupun ia seorang yang musyrik. Ini berdasarkan firman Allah SWT :

” Dan Kami (Allah) telah memuliaka anak Adam”. Adapun darah, najis, kencing dan sebagainya dari mausia itu adalah najis. Adapun ayat Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis. bermaksud akidah mereka yang bathil itu adalah najis. Adapun bau yang melekat di pakaian adalah dianggap tidak najis. klik sini

P.S : Jadi sudah jelas bahawa mayat manusia adalah merupakan tidak dikira sebagai najis walaupun mayat tersebut bukan seorang yang musyrik. Semoga jawapan ini dapat membantu anda. Insha Allah.

dengan 1 klik anda boleh menderma kepada Tabuk MR Dracula KLIK SINI UNTUK MENDERMA

TIPS Hala Tuju Selepas SPM



Jadi keputusan SPM keluar ? dan Rakan-rakan anda membuat perancangan?! Bagaimana pula dengan anda? A-level atau STPM? Universiti swasta atau awam? Apakah kursus Yang terbaik untuk anda? Perubatan, Komunikasi atau Perniagaan?

Keliru tentang apa pilihan anda selepas sekolah menengah? Jangan bimbang, anda tidak bersendirian! Jalan untuk masa depan anda boleh berliku-liku dan penuh denganpersimpangan yang berbeza, apa yang dengan banyak pilihan yang disediakan kepada anda sekarang.

KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI KEMANA HARUS ANDA TUJU

Sunday, April 22, 2012

Sebab Jasad Firaun Terpelihara Hingga Kini ( Gambar )




Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.



Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.



Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.






Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.



Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.



Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Nabi Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.





Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. KLIK SINI 

Kami Menyediakan Link Untuk Anda Download..
Download Link PDF E-Book (Klik Bawah) :
The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Password : tokwancrew

klik sini untuk menderma kepada MR DRACULA 

Wednesday, April 18, 2012

Ipad 2 Dan Ipod shuffel percuma untuk para Pelajar Malaysia

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SALAM 1MALAYSIA PARA BLOGGER YANG TERSAYANG SEKALIAN

Nampak tak tajuk kat atas tu ? Haa , ini khas untuk pelajar yangb blm sambung belajar lagi. Kenapa pulak untuk pelajar je ? Alah , yang sponsor ni pun nak jugak pelajar . Orang yang xnak belajar tu mereka xnak dah . hahahaha , cepat ! jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah ini , byk lg hadiah menanti anda . untuk maklumat lanjut , sila klik sini


Hadiah pertama

Kedua

Volkswagen yang Bergaya dan Canggih



Jika anda sentiasa ingin kelihatan bergaya dan praktikal, pastikan mata anda dikupas untuk ini.Kini Volkswagen bukan sahaja Murah tetapi kualiti kereta ini semakin canggih.

Terdapat teknologi baru dan gaya yang baru yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini .

Untuk melihat senarai harga pasaran , sila lihat di sini 






Penyertaan Ke Olympic London Untuk Blogger






Samsung mencari di seluruh dunia untuk ingin tahu, orang yang imaginatif dan bermotivasi untuk mengalami sekali dalam seumur hidup perjalanan ke London untuk Sukan Olimpik 2012!

Jika anda pilih, anda akan berpangkalan di London untuk acara sukan terbesar tahun ini!Tugas anda mencari wawasan terbaik di London untuk menawarkan semasa Sukan Olimpik dan berkongsi dengan dunia melalui video, gambar dan blog tentang hal itu.Anda akan menyediakan wawasan yang unik ke Sukan Olimpik kerana ia menguasaikehidupan di London sepanjang musim panas.

Sama ada anda seorang wartawan pelatih, penggemar blogger atau hanya seorang yang suka berkongsi cerita menarik di Facebook atau Twitter, anda boleh menjadiSamsung Global Blogger!

Hanya menghantar video yang pendek 30 saat diri dan mengapa anda layak untuk pergi ke London 2012 sekarang! Penyertaan berakhir pada 29hb April 2012.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini , sila isi borang kat sini ok ?

    

Sunday, April 15, 2012

Air dimasuki lalat boleh diminum




Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)

Hari terakhir segmen JOM TAMBAH FOLLOWERS BERSAMA MR DRACULA



HARI TERAKHIR SEGMEN INI !!!!

jOM Ramai-ramai memeriahkan lagi segmen ini ok? klik sini untuk join 


Lihat senarai Peserta : Klik Sini Dan Sini

Saturday, April 14, 2012

Tips selamat di lebuhraya




 

Sebelum memandu kenal pasti laluan yang akan diambil untuk mengelak daripada memandu dalam keadaan yang teragak-agak.
Tentukan terlebih dahulu kawasan rehat untuk berhenti berehat serta persimpangan yang perlu diikuti.Gunakan peta untuk merancang perjalanan anda.


Dapatkan rehat yang secukupnya 

- Makanan berat dan masa kerja yang panjang boleh mengakibatkan keletihan dan membawa kepada hilang tumpuan ketika memandu.
- Dapatkan tidur yang cukup pada sebelah siang sekiranya anda memilih untuk memandu pada sebelah malam.
- Elakkan daripada mengambil minuman atau ubat yang boleh mendatangkan kesan mabuk atau mengantuk. Selain itu, 
elakkan juga daripada menggambil makanan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang banyak bagi menggelakkan rasa mengantuk.


Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa, dan teragak-agak sebelum memandu.

- Ia juga boleh mendorong anda melanggar peraturan jalan raya seperti memandu terlalu laju, memandu dengan cara yang merbahaya dan lain-lain.
- Perasaan negetif ini boleh menjejaskan tumpuan ketika memandu.


Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Periksa bahagian-bahagian enjin seperti:
- Minyak Enjin
- Tali Kipas
- Bateri
- Air Bateri
- Periksa bahagian lampu utama seperti lampu isyarat, lampu hadapan, lampu brek dan lampu kecemasan
- Periksa tekanan angin tayar, tayar ganti, dan bunga tayar agar berfungsi dengan baik
- Periksa bahagian-bahagian brek supaya berfungsi dengan baik
- Periksa getah pengelap cermin.



Friday, April 13, 2012

Kenali Qarin didalam Diri kita


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

 

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم






Cara nak dapatkan gambar tanpa tekan right clik




Hai , xsangka pulak segmen : " Jom Tambah followers bersama Mr. Dracula" di sambut baik oleh rakan2 .
Thanks semua kerana sudi memeriahkan lagi segmen saya yang x seberapa ni. :)
Ada dikalangan blogger menutup " right clik " , so kalau2 nak buat segmen , rakan2 xdapat nak copy tu gambar contohnya camni




so hari ni , saya nak tunjuk ajar lah sikit bagaimana untuk mengambil gambar tersebut tanpa menekan right clik.


Senang je cuba ikut step by step okay ?

1. tekan image tu
2. dah tekan? alah tekan kuat2
3. pastu sambil tekan , cuba tarik ke tab
4 . xtaw mana tab ?, alah yg kat atas tu , kotak isi website tu 
5. Then cuba lah copy/ save image tersebut
6. siap :)


P.S : Kalau tak faham , sila tinggalkan pesanan anda . thanks

MARI BELAJAR BAHASA SABAH





BELAJAR BAHASA SABAH :

Penggunaan "BAH" yang betul :

"bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat Sabahan. Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah" mempunyai fungsi seperti berikut :

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya menjawab -Kamu pergilah dulu).

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.
Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat :
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kdai
sana."
Boy menjawab, "Bah."

BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai.
"Boy menjawab, "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat :

1. "ko orang KL bah kan?"
2. "sejuk bah ni air"
3. "awal lagi bah ni"

PENGGUNAAN PERKATAAN "BAH" YANG SALAH

Masyarakat Sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain dari Sabah.

Mari kita menghayati dan cuba kesan penggunaan perkataan "BAH" yang salah dalam ayat² ini :

1. "apa kabar bah?" -kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul Gak)

Oleh Itu Marilah Bersama² Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar :)




Baring Meniarap Di Benci Allah



Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

 “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam

Punca sakit jantung



Serangan jantung adalah merupakan punca utama yang menyebabkan kematian terutamanya kepada lelaki. Anda perlu mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang menghidapi penyakit jantung. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko daripada anda terdedah kepadanya. Mungkin selama ini apa yang anda amalkan didalam kehidupan seharian tanpa disedari adalah punca untuk menghidap penyakit ini. Antara faktor yang menjadi punca penyakit jantung adalah……

(1) Kesesakan

Mungkin sebelum ini anda tidak tahu bahawa kesesakan adalah punca untuk seseorang menghidapi penyakit jantung. Ia menyumbang sebanyak 8% daripada orang yang menghidap penyakit ini. Sekiranya anda selalu terdedah kepada kesesakan, cuba mencari jalan untuk mengelakkannya.
(2) Senaman dilakukan secara mendadak

Senaman sememangnya adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Tetapi, sekiranya ia dilakukan secara mendadak, ia akan meningkatkan risiko untuk anda menghidap penyakit jantung. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan secara mendadakmenyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini. Mungkin ia disebabkan ramai yang masih tidak tahu mengenainya. Lakukan senaman secara berperingkat.

(3) Pencemaran udara

Udara yang tercemar juga mampu menjadi punca untuk seseorang menghidap penyakit jantung. Walaupun ia adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal, tetapi anda boleh mencuba untuk mengelakkannya dengan mengurangkan aktiviti ke tempat-tempat yang pencemarannya agak tinggi seperti dibandar-bandar dan sebagainya.

(4) Emosi yang terganggu

Ketidakstabilan emosi seseorang juga boleh menjadi punca terhadap penyakit jantung. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosinya negatif menyumbang sebanyak lebih daripada 7% terhadap penyakit ini. Emosi yang tidak stabil akan meningkatkan kadar pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, dan kelekitan sel darah merah dan jika kesemunya digabungkan, ia akan menjadi punca penyakit jantung.

(5) Seks

Pasti agak mengejutkan anda mengapa seks turut menjadi faktor yang menyebabkan punca penyakit jantung. Risiko ini hanya akan dihadapi oleh seseorang yang jarang melakukan senaman. Ia kerana ketika seks, ia akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Sekiranya anda tidak mengamalkan senaman, kesan ini adalah sama seperti apabila anda melakukan senaman secara mendadak.

P/S : Sama2 kita ye elakkan diri dari terkena penyakit ni :) thanks

Thursday, April 12, 2012

Menghilangkan Lebam Mata


Petua 1 : Teh uncang yang telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali

Tuesday, April 10, 2012

Senarai Peserta " Segmen JOM Tambah Followers Bersama Mr Dracula "



Dah Join Segmen " Jom Tambah Followers Bersama Mr Dracula " ? Klo blm Sila klik Sini dan Sini Dan Join  segmen itu.. Thanks . 

PERHATIAN : Kepada Semua Peserta , Sila lah follow blog rakan2 yang join nie , selain Boleh berkenalan
                         kita juga boleh berkongsi ilmu , Betul Tak? hehehehe


10 Jurutera Yang Berjaya
10 Jurutera Yang Terpuji
10 Jurutera Comel
P/s : Kepada yang tiada tu sila PM sya ok ?

Panduan penjagaan bibir




 
  • Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi.
  • Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.
  • Elakkan menggit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.
  • Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.
  • Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.