Thursday, November 28, 2013

Tips kurus

Baru tadi aku baca akhbar yang mengatakan tahap obesiti di Malaysia semakin merisaukan. Tahu kah anda, berat badan yang berlebihan merupakan punca utama pada penyakit kronik seperti serangan jantung, kanser dan kencing manis. Jadi tidak hairan lah sekarang ni ramai orang yang mempunyai masalah ini. Hari ini aku akan beri sedikit tips macam mana aku kurangkan berat badan ku ni. Harap ia boleh membantu lah yee



NIAT

Setiap perkara yang ingin kita lakukan, kita kena sertakan dengan niat dan keazaman. Sentiasa fikir positif dan yakin pada diri. Sekiranya anda betul-betul ingin menurunkan berat badan, anda kena ada keazaman yang kuat kerana proses ini tidak secepat yang anda sangka. Munkin ia akan memakan masa berbulan-bulan, mala bertahun.

DIET YANG BETUL

Diet adalah mengambil semua nutrisi seperti karbohidrat,lemak, protein,vitamin dan mineral. Ada sesetengah orang mengurangkan semua pengambilan seratnya. Sebenarnya itu bukan lah dirt yang betul sebab ia tidak membantu mala akan membuatkan anda jatuh sakit. Apa yang penting, makan ikut masa yang betul dan kawal kuantiti yang diambil.

ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT

Dulu cikgu aku pernah cakap, kita boleh minum benda ni. Tapi dengan jumlah yang sedikit. Ini kerana, jika anda mengambil dengan jumlah yang lebih dari apa yang diperlukan ia akan menjadi lemak pada tubuh anda. Selain itu, minuman ini juga mempunyai jumlah gula yang sangat banyak yang cukup untuk menambah berat badan anda.

PERBANYAKKAN AKTIVITI

Salah satu cara yang paling berkesan ialah melakukan banyak aktiviti seperti berbasikal, berenang, bersukan dan lain-lain lagi. Aktiviti yang aku selalu lakukan main bowling je lah. Siapa yang lapang tu boleh lah jumpa aku di CPS BOWL Sabah. 




BERSENAM

Selain aktiviti sihat, anda juga mesti jerap bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Dengan senaman yang konsisten dan efektif, anda boleh menambah pembakaran lemak yang ada pada tubuh anda. Untuk permulaan, anda boleh berjalan dengan lahu selama 20 minit. Dengan berjalan kaki, anda boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Senaman yang paling mudah, jogging sekurang-kurangnya 30minit tanpa henti. Insyaallah berkesan

Admin : Harap anda teruskan usaha anda untuk kekal sihat. 

Tuesday, November 19, 2013

Rutin pagi untuk kelihatan bergaya


Untuk memulakan hari yang indah dan berjalan lancar bukan sekadar mengenakan pakaian yang berjenama tetapi memerlukan anda menjalankan beberapa rutin pagi. Semestinya rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin.


Yang duduk tu aku bersama Fadila




Semburan pewangi istimewa

Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau'trademark' bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda. Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran,cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.



Hidangan kafein

Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru. Lagi bagus kalau minum green tea sebab ia mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan kita.



Jangan lupa pencuci muka

Biar 'mandi kambing' sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi 2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam. Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.



Bawa bekal lebih selamat


Menghasilkan sarapan atau tengahari tidaklah mengambil masa yang lama. Kebaikan yang anda peroleh apabila membawa bekalan adalah dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.



100 kali 'push up'

Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman 'push up'setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicepyang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.


Pencukuran yang baik


Wanita lebih gemar wajah yang bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat jambang memberi rupa yang menarik tetapi fikirkan semula kerana wajah bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.






Jangan lupa krim mata

Mungkin anda menganggap ia kerja wanita untuk sering menyapu krim sekitar mata sebelum keluar rumah. Sebagai lelaki, anda juga tidak terkecuali kerana mata merupakan bahagian pertama yang dilihat dan untuk mengetahui tanda-tanda penuaan. Menekap sedikit krim mata setiap pagi membantu melembapkan sekitar mata yang kering dan mengurangkan kedutan. Kandungan seperti retinol (vitamin A) membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus.



Bersihkan gigi

Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.



Jangan tinggalkan sarapan

Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinari terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran. JIka anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.



Ramai antara kita yang baru bangun pagi hanya mandi dan bersiap tanpa mengetahui rutin-rutin di atas sebenarnya membantu menjadikan anda lelaki yang paling bergaya !

Sumber : diolah melalui majalah maskulin

Admin : Psstt ! Nak bergaya tu tak susah asalkan ada kemahuan dan usaha :))




Remaja yang hilang di villa Nabila terjawab

Akhirnya remaja yang kononnya hilang di villa nabila itu terjawab apabila remaja terbabit ditemui di rumah flat rakannya sekitar jam 12.30 malam hasil maklumat daripada orang awam. Dan sebenarnya remaja terbabit tidak hilang tetapi memang berada di flat terbabit bersama rakan-rakannya. 


    Gambar diambil di internet

Admin :: budak-budak ni sedap-sedap je buat cerita untuk mendapatkan publisiti murahan

Sumber :: berita 1.30 (tv3)

Monday, November 18, 2013

Kisah disebalik villa Nabila

Baru-baru ni kita dikecohkan dengan misteri villa Nabila. Ada orang mendakwa 23 remaja hilang di dalam banglo tersebut. Pagi tadi, aku ada baca Harian Metro, pihak polis mengatakan hanya seorang sahaja remaja yang hilang dalam villa tersebut. 


       Gambar melalui internet

Kisah disebalik misteri villa nabila

Menurut cerita daripada penduduk dikawasan itu, rumah terbabit dimiliki oleh keluarga yang sangat kaya. Mereka mempunyai anak yang diberi nama Nabila. Semua harta yang dimiliki olehnya  diwariskan kepada Nabila. Ibu tiri Nabila yang tamak akan harta tersebut membunuh Nabila dan menanam mayatnya di sebalik dinding yang terdapat dalam banglo tersebut. Selepas pembunuhan itu, ibu tiri Nabila melarikan diri bersama harta yang telah dirampas olehnya. 

Selepas Misteri Kehilangan Seoang Remaja


Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi. 


Admin :: Pssstt ! Betul ke kisah tu benar-benar terjadi? Kejadian itu terus menjadi misteri

Sumber :: Surat khabar harian Metro

Sunday, November 17, 2013

Tips pemakaian

Semakin hari dunia fesyen semakin mengembang mala lelaki juga tidak ketinggalan dalam berfesyen. Adakalanya aku nampak sesetengah orang ter over dalam berfesyen dan tidak sedar yang pakaian yg dipakainya itu sebenarnya nampak pelik. Disini aku ada beberapa tips untuk orang yang baru sahaja ingin memulakan diri dalam dunia fesyen. Aku ni bukan lah tahu sangat dalam dunia ni. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu macam mana nak bezakan yang cantik dan buruk. 


Yang pakai jaket tu aku bersama Adam. 

  • Setelah anda faham dengan jenis potongan badan sendiri, anda akan mula memakai pakaian dengan potongan rekaan yang paling sesuai dan selesa dengan tubuh anda. Semestinya tiada siapa yang akan kelihatan anggun atau segak dengan memakai pakaian ( contohnya: jaket, gaun, seluar dan sebagainya) yang terlalu ketat atau longgar.
  • Untuk ke pejabat, adalah tidak salah jika anda gemar memakai pakaian-pakaian dalam rekaan yang serupa (contohnya: Sut dengan tali leher, baju kurung atau kebaya, jaket dan skirt) dalam rona warna yang seakan sama (senada). Apapun, pastikan anda memakai rekaan tersebut dalam variasi tekstur serta rekacorak yang berlainan dalam jangkamasa seminggu anda bekerja. Sememangnya kebanyakan individu yang berpengaruh punyai gaya individu yang unik dan tersendiri (signature looks)
  • Lapan puluh peratus daripada gaya adalah dengan mempunyai  pakaian yang sesuai untuk pelbagai acara dan majlis. Sejak kebelakangan ini kod berpakaian adalah lebih terbuka dan fleksibel, tetapi perlu diingat bahawa masih ada etika berpakaian yang perlu diikuti oleh kita semua. Contohnya: Apabila anda kurang pasti tentang etika pakaian formal – sama ada anda akan menghadiri mesyuarat perniagaan (business meeting) atau parti koktel (cocktail party),  jalan yang paling selamat adalah untuk anda perlu memakai tali leher untuk ke majlis tersebut.
  • Jangan cuba untuk berpakaian atau bergaya seperti seorang bintang filem, kerana sedarilah bahawa sebahagian besar daripada kita adalah bukan pelakon. Jangan fikir bahawa pakaian yang segak dan hebat digayakan oleh Brad Pitt atau Johnny Depp, Adam Levine atau Justin Timberlake, akan kelihatan hebat juga apabila digayakan oleh anda (kerana ia mungkin akan kelihatan sebaliknya). Sememangnya anda boleh bereksperimen dengan tren, tetapi jangan hanya contohnya: bertopi kerana hanya mahu meniru gaya celebriti tertentu. Cuba cari identiti sendiri.
  • Apabila anda mahu mengayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda mlihat ia secara keseluruhan (the whole look). Jaket, kemeja, tali leher, seluar atau skirt dan kasut anda mungkin berkualiti dan daripada jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan diantara satu sama lain? Berpakaian penuh gaya (stylish) dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan (overall effect).
  • Sesuatu yang klasik dianggap atau menjadi klasik oleh kerana sesuatu sebab atau alasan. Berbeza dengan rekaan pakaian wanita pakaian lelaki tidak terlalu berubah sepanjang seratus tahun sebelum ini. Dan anda tidak perlu menjadi individu yang mengubah persepsi tersebut.
  • Cuba bersikap ingin tahu (be inquisitive). Jika anda punyai teman rapat yang punyai gaya hebat dan anda kagumi. Jangan malu untuk bertanya dan mendapatkan panduan berpakaian serta gaya daripada mereka. Yang pasti jawapan mereka nanti akan meluaskan lagi perspektif anda terhadap fesyen.
  • Jangan terlalu mencuba (don’t try too hard). Setiap orang boleh bergaya hebat, tetapi perlu diingat, yang paling penting adalah untuk kita bergaya bagi diri sendiri bukannya untuk orang lain.
  • Gaya adalah sesuatu yang paling peribadi. Tiada siapa, yang sepatutnya memberitahu anda tentang bagaimana untuk berpakaian. Jika anda rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat anda itu dan bereksperimenlah dengan fesyen. Sememangnya setiap kita punyai gaya individu kita yang tersendiri. Tetapi kadangkala setiap daripada kita perlu untuk membuat sedikit perubahan pada gaya kita untuk kelihatan lebih menarik. Dan semestinya itulah yang hebatnya tentang fesyen-terdapat terlalu banyak pilihan, selagi kita bijak memilih.
  • Apabila kita memperkatakan tentang tren fesyen lelaki, antara aspek yang paling penting adalah kemas, rapi dan kebersihan. Berambut panjang adalah tren yang sudah agak lama- sebaliknya cubalah gaya rambut potongan pendek ala David Beckham. Adam Levine atau pelbagai contoh ikon lain. Pastikan anda memotong nipis rambut atau bulu di wajah anda untuk lebih menyerlahkan wajah anda.
  • Pakaian lelaki moden (modern menswear) adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya dan sikap pengguna lelaki (male consumer), telah mendorong mereka untuk mengambil langkah untuk mengelak daripada gaya yang terlalu selaras ataupun mengikut peraturan.
  • Mematuhi manual undang-undang gaya secara total adalah sememangnya bukan kaedah untuk menjadi stylish (penuh gaya). Pakaian kontemporari lelaki, menyediakan lelaki peluang untuk meyerlahkan individualiti dan ia kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yang boleh dimiliki oleh semua.
  • Akhir kata, lelaki tidak perlu lagi untuk menjadi bingung apabila memperkatakan tentang aliran fesyen terkini. Dengan mengambil inisiatif untuk bereksperimentasi, antaranya dengan memadankan pilihan rekaan pakaian dan aksesori yang selesa dipakai serta menarik pandangan mereka yang melihat, sememangnya lelaki juga boleh kelihatan hebat bergaya seperti kaum wanita pada tahun ini. Selamat mencuba!
Admin : psstt! Simple punya fesyen pun dah cukup . Tak perlu nak over untuk nampak vouge ! :))

Sarapan yang sesuai untuk si pen"diet"


Orang kata sesekali menjengah kedai-kedai makan kegemaran di pagi hari memang tidak ada salahnya. Cuma anda perlu pastikan menu yang dipilih mengikut keperluan pengambilan harian (RDA) iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut kadar usia, jantina dan tenaga. Jika anda berbadan kurus tidak semestinya anda bebas untuk makan dengan banyak ye. Ini dia lima menu berbahaya yang mungkin anda tidak sedar 'kebahayaannya.'

 

ROTI CANAI

Siapa tidak suka makan roti canai yang sedap, garing dan murah? Ramai yang lebih gemar memilih roti canai kerana cepat, ringkas dan mudah apabila dihidang mahupun dimakan. Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda bakar. Anda perlu menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Sanggupkah anda? Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak adalah kurang sedikit berbanding roti canai.

 

NASI LEMAK

Ia kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman tanpa pernah terfikir bahawa nasi lemak tanpa lauk saja adalah lebih kurang 390 kalori. Mana mungkin anda tidak menambah lauk seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Maka, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini tidak termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan porsi. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan ulam-ulaman sebagai sampingan.

 

KUIH MUIH

Sama ada manis atau tidak, sebiji kuih mempunyai saiz hidangan sebanyak 99g di mana kalorinya adalah 144. Sekurang-kurangnya, anda pasti mengambil lebih dari satu biji kuih bukan? Bagi anda yang gemarkan donut dengan aising atau coklat di atasnya, ia mengandungi lebih kurang 200 kalori. Jika anda memang sudah biasa bersarapan roti, boleh cuba roti wholemeal kerana kurang sikit kalorinya.

 

MI BERSANTAN

Apa saja hidangan mi yang berasaskan santan sebagai kuah memang menyelerakan. Tapi perlu tahu bahawa ia mengandungi lebih kurang 500 kalori satu hidangan. Jika anda tetap mahu memilih mi berkuah sebagai sarapan, apa salahnya anda gantikannya dengan hidangan seperti mi sup. Bukan saja kurang berlemak dan berminyak tetapi hanya 380 kalori.

 

TEH TARIK

Pastinya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih best untuk dinikmati. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Walaupun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Sadu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.

 

BURGER

Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger namanya! Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah. Saranan kami, anda boleh mencipta sendiri burger anda kerana anda tahu apa yang boleh dilakukan. Misalnya, menggunakan daging yang dikisar sendiri, perbanyakkan salad, kurang garam dan sebagainya.

 

Hakikatnya, ia terletak pada kepekaan anda dalam bab mencari menu. Anda bebas untuk makan apa sahaja asalkan hidangan adalah bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda ambil. Untuk memudahkan anda, anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah memilih sarapan yang paling selamat. Semoga berjaya! 

Bergaya dengan Tie dye



Penampilan kasual bersama denim yang penuh santai dengan memilih fesyen tie dye atau lebih dikenali sebagai ikat celup kini sudah lama ditonjolkan. Sesekali mengimbau kembali kegemilangan fesyen bohemian di hujung minggu pun menarik juga!

 

SEJARAH

Mengikut catatan sejarah, corak kain teknik ikat celup ini sudah pun diketahui wujud sejak 2000 tahun di Mesir lagi. Malah, negara China dan Jepun juga memulakan corak kain ini pada abad ke-7. Di Tanah Melayu pula, kain bercorak ini diperkenal sejak abad ke-15 Masihi pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an corak ikat celup telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu namun lebih dikenali sebagai batik pelangi.

 

TEKNIK

Berbeza dengan batik, fesyen tie diemenghasilkan corak yang tidak tersusun. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin sebaliknya hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilkan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi. Terdapat empat jenis ikatan yang boleh diaplikasi untuk corak ikat celup ini. Antaranya adalah jahitan, ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek, lipatan dan ikatan serta simpulan.

 

FESYEN

Hari ini, semakin banyak butik dan pereka memilih corak tie dye dalam penghasilan pakaian seperti baju T, cardigan, seluar mahupun gaun panjang. Jika dulu corak tie dyediminati golongan bawahan dan golongan tua, kini fesyen tie dye berkembang menjadi busana kasual yang diminati oleh semua masyarakat kerana menampilkan corak atau motif warna yang menarik. Antara corak yang biasa dibuat adalah motif jelujur, tribal, bulatan, bunga , kupu-kupu, spiral , polkadot , wajik dan sebagainya. Selebriti yang pernah menggayakan fesyen tie dye adalah Justin Bieber,Kenya West, Rihanna dan ramai lagi.

 

Jika anda mahu lebih kreatif, anda boleh lakukannya sendiri. Bukan saja mengikut 'selera' warna dan corak sendiri tetapi lebih murah. Ia lebih menarik apabila dipadankan dengan seluar jeans lusuh anda!

Friday, November 15, 2013

Kenali ipad mini baru



Kenali iPad Mini baru yang sudah mula memasuki pasaran 
| Versi terbaharu iPad Mini keluaran Apple mula memasuki pasaran kelmarin. Gajet mini itu merupakan versi iPad lebih kecil yang pertama menampilkan paparan resolusi tinggi yang dikenali sebagai retina. Ia turut dilengkapi cip jimat tenaga A7 dengan fungsi wayarles lebih pantas. Komputer tablet itu didatangkan dalam dua warna iaitu perak atau kelabu. Versi wayarles akan dijual pada harga bermula AS$399 (RM1,281) untuk model berkapasiti 16 gigabit manakala harga permulaan untuk model selular 16 gigabit pula ialah AS$529 (RM1,699). - AP

Admin :: agak-agak berapa orang rakyat malaysia yang nak beli benda ni?

Kebaikan bersenam

Assalammualaikum dan selamat pagi  semua !!!

Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update blog yang tak seberapa femes ni. Kamu semua apa khabar? Harap kamu sihat juga lah ya macam aku hoho ! 


Setelah sekian lama aku tak jogging, semalam merupakan hari pertama aku jogging dalam 3 bulan ni. Bandar kk ni balik-balik hujan. Jadi susah sikit mau jogging & last-last semakin malas sudah mau jogging ! 

Kebaikan bersenam

Tahu tak kamu,Dengan bersenam, darah akan cepat mengalir ke otak dan perasaan malas pun hilang serta merta. Kalau darah mengalir, insya Allah terus banyak idea kita untuk buat kerja. Jadi kesimpulannya, rajin-rajin bersenam, supaya cergas dan lemak pun terbuang.

Lagi satu, kebanyakan orang bersenam pun sebab nak sihat kan? Dan yang paking penting, boleh turunkan berat badan hihihi

Admin : psst !! Satu badan sakit-sakit time bangun ni