Friday, February 20, 2015

SELAMAT DATANG KE UTHM

 


Alhamdulillah, bermula lagi semester baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Berbagai cabaran dan rintangan yang telah dilalui sepanjang berada di semester lepas. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang cemerlang dalam peperiksaan semester lalu, bagi yang tak berapa baik, teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Banyak sebenarnya rakan-rakan cemerlang yang sudi membantu anda. Jangan risau. Minggu lepas, Intake Febuari baru sahaja memasuki alam Universiti di UTHM. Tahniah diucapkan kepada junior sekalian. Belajar la baik-baik. Ingat Ibubapa yang menghabiskan banyak duit hanya untuk melihat kita berjaya. Jangan sia-sia kan usaha itu. Buktikan kepada mereka yang anda juga boleh berjaya dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat datang ke UTHM dan selamat menyambut tahun baru cina.

ADMIN : Alhamdulillah, tua-tua pun masih dapat ang pow..hehehe



Jom TERJAH Story ni pula :



Sunday, February 08, 2015

Cara Atasi masalah Internet Limited Access Wifi

Sepanjang cuti semester ni, aku menghabiskan masa dengan menonton video di Youtube. Dan adakalanya internet wifi di rumah aku ni tiba-tiba "Limited Access". Ini menyukarkan aku untuk turun kebawa dan restart moderm. Masalah ini berlaku kerana IP address kita bertembung/mengalami ganguan. Aku pun tak pasti gangguan seperti apa tetapi disini aku akan tunjukkan cara untuk mengelak wifi kita mempunyai masalah internet limited access.


1. UBAH IP ADDRESS 

Ikut urutan dibawa dengan betul

Control Panel > All Control Panel Items > Network and Sharing Center



Kemudian, tekan connections, dan akan muncul site yg seterusnya.





Kemudian tekan Properties dan pilih  internet protocol version 4 (TCP/IPv4).



Kemudian isi IP Addressnya sesuai dengan provider yang boleh gunakan. Kalau nak ikut aku punya pun okay je. kalau tak nak anda boleh cari IP Address yg lebih gempak di Google.  Kemudian klik OK.




2. Stop Bonjour Service

Cara yang kedua ini adalah dengan SETUP bonjour service. Caranya adalah :

Klik start menu > Accessories > Run 

Kemudian klik "services.msc" (tanpa tanda""). Carilah "bonjour service" jika ada,klik dua kali pada bonjour service tersebut pilih "stop" dan ubah startup type menjadi "disable" klik OK.





3. Reset IP Address

Yang ketiga dengan mereset IP. Silahkan buka Command Prompt dengan cara :

Start menu > Accessories > Command Prompt

dan kemudian taip "netsh int ip reset C:\resetlog.txt" (tanpa tanda "") dan tekan enter.



Kalau dah selesai, restart komputer. Selesai.

ADMIN : HARAP MEMBANTU :)



Jom Terjah Story Ni Pula : 










Sunday, February 01, 2015

CARA PINDAH TEMPAT PEPERIKSAAN MUET


Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pelajar yang ingin memohon masuk program Medicine perlu mendapat Band 5, program undang-undang (Law) di UITM and UM perlu Band 4.

Ujian ini diadakan 3 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup.

Menjadi satu masalah buat pelajar yang belajar jauh dari rumah untuk mengambil ujian terutamanya ujian lisan kerana untuk sesi mac, ujian lisan biasanya dilakukan ketika musim cuti semester. Tak perlu risau, anda hanya perlu ikut langkah mudah ini,

Cara tukar tempat peperiksaan MUET :


  • Tunggu sehingga slip peperiksaan MUET keluar. Selalunya bulan 1 untuk sesi mac
  • Download borang C2 DISINI
  • Isi borang tersebut dan dapatkan COP daripada sekolah atau Pusat Akademik Universiti.
  • Hantar borang tersebut di pejabat MPM beserta slip peperiksaan dan wang pos RM25. Kalau malas sangat nak berurusan dengan wang pos, hantar cash je. Tapi risiko sendiri kalau permohonan tidak diluluskan.
  • Tunggu permohonan anda diluluskan. Selalunya dalam dua minggu dah boleh tengok DISINI.


ADMIN : Selalunya yang minta tukar tempat ni budak sabah yang belajar di semenanjung. Harap membantu :)


JOM TERJAH Story ni pula :