Awas ! Akibat membawa Telefon Tidur

Kita tahu penggunaan telefon bimbit sangat penting di zaman sekarang kerana telefon bimbit selain berSMS, ia juga boleh dijadikan ALARM untuk mengejutkan kita di pagi hari nanti.




Adakah anda tahu kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada berada pada badan anda atau di bawah bantal anda? Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Di sini saya nak berkongsi sedikit tentang hal ini. Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di pituitary gland. Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah seperti penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.


Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza.. Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan.

Kita semua maklum bahawa apabila system imuniti tubuh badan lemah, berbagai-bagai penyakit boleh menghinggapi kita ibarat sebuah negara yang amat lemah pada sistem ketenteraan dan pertahanan, mudah sahaja diserang dan dipermain-mainkan oleh negara lain yang lebih kuat.

Oleh itu, saya juga menyarankan alternative perubatan bagi mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik melalui kulit, keluar melalui peluh.

Perlu diingat bahawa proses keseimbangan badan adalah sangat penting bagi seseorang, jadi batu permata adalah objek yang berfungsi membetulkan medan elektromagnet yang ada pada setiap tubuh manusia. Bilamana berlaku ketidakseimbangan medan elektromagnet ini, ia akan membuatkan tubuh mengalami kemerosotan sistem imuniti badan. Wallahu Taala A’lam.

Dipetik dan diolah daripada buku Batu Permata dan Nilai Perubatannya oleh Dr Hisyam Hashim.

2 comments:

  1. info yg berguna. jrg tdo ngan fon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih , bgs ! amalkan selalu.. bahaya kalau bawa hp tidur

      Delete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah