Monday, March 31, 2014

Perbezaan Diantara DCV & DCmA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pertama sekali aku ingin meminta maaf kepada Mr.Razin kerana lambat menjawab persoalan yang telah diberikan. Aku tak perasan pun comment tersebut. Maaf sekali lagi. Okay, berbalik kepada soalan yang diberikan seperti gambar dibawa.


JAWAPAN :

DCV - Mempunyai Satu polarity sahaja sama ada ia positif ataupun Negatif. Ia juga mempunyai nilai yang tetap.

Perbezaan Diantara DCV & DCmA, Simple ! DCV tu voltan manakala DCmA tu arus. Dan satu lagi, voltan tu ialah daya yang mengerakkan cas-cas elektrik manakala arus ialah cas-cas elektrik yg bergerak

Harap persoalan diatas sudah terjawab. Sekian


Sunday, March 30, 2014

Milo Breakfast Day 1 Borneo Kota Kinabalu

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA

TERKENAL dengan produk minuman sejak 60 tahun lalu, jenama minuman Milo sentiasa mendidik serta memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan fizikal dan keperluan makanan berkhasiat untuk seluruh rakyat Malaysia. Milo telah melaksanakan Gerakan Sarapan Milo di seluruh negara bagi menyampai serta memperkukuhkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi. Dan pada hari ini, Milo telah datang ke 1 Borneo Hypermall dengan pelbagai pameran serta permainan untuk rakyat Sabah khususnya masyarakat disekitar Kota Kinabalu. 



KLIK SINI untuk melihat lebih gambar ---------> Flickr

ADMIN : Teringat iklan milo dulu, "minum milo anda semangat juara ! membantu anda mencapai cita ! haha :p



Saturday, March 29, 2014

Kota Kinabalu WWF Earth Hour 60+ Festival

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA

Tahu kah anda setiap sabtu terakhir di bulan Mac adalah Hari Bumi Sedunia? Setiap hari sabtu terakhir di bulan Mac, Masyarakat diseluruh pelosok dunia akan menyambut Earth Hour dimana seluruh rumah,kedai atau tempat yang banyak menggunakan tenaga elektrik akan mematikan lampu atau peralatan elektrik pada pukul 8.30 malam. Di Kota Kinabalu Sabah, tahun ni mereka membuat program tersebut di Pantai Tanjung Aru dimana turut disertai oleh pelajar sekolah diseluruh Sabah serta IPTA/IPTS yang terlibat untuk menjayakan program ini.  Sambutannya agak meriah dimana terdapat beberapa persembahan dari artis jemputan serta Jemputan beberapa VIP seperti Presiden WWF Malaysia serta Datuk Bandar Kota Kinabalu.




Klik Sini untuk LEBIH gambar --------> Flickr

ADMIN : Kita kenalah selalu kurangkan penggunaan tenaga elektrik, bukan Earth hour ja. xD

Monday, March 24, 2014

Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu


Syukur Alhamdulillah, Akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Kota Kinabalu dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Perhubungan. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibubapa,pensyarah Politeknik serta rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu saya selama berada di Politeknik. Tidak Lupa juga ribuan terima kasih buat P.A kami, Puan.Norzilawati kerana menjaga dan mendidik kami selama berada disini. Kepada rakan-rakan Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan, Saya doakan kamu semua berjaya dalam kerjaya kamu. Saya akan merindui kamu semua. 



Saturday, March 15, 2014

Pesawat MH370 dirampas

Sepang: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, Sabtu lalu, hampir terurai apabila pesawat itu didakwa dirampas oleh seseorang berpengalaman luas dalam penerbangan.

Malah, pasukan penyiasat yang menjejaki pesawat penumpang B777-200ER itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan berlaku rampasan dan kini melihat sama ada seorang daripada anak kapal, termasuk juruterbang pesawat berkenaan, terbabit dalam insiden itu. 
Ini berikutan kemampuan luar biasa individu berkenaan yang tahu mengelak radar biasa dan belajar cara berbuat demikian bagi mengelak perbuatannya dikesan pihak berkuasa. 

Teori kemungkinan berkenaan yang pada mulanya banyak dilaporkan media Barat, terutama Amerika Syarikat, diperkukuhkan lagi apabila kerajaan semalam mengesahkan pesawat tidak dikenali dikesan radar utama menyimpang dari laluan penerbangan asal adalah MH370.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat berkenaan, pihak berkuasa mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat.

Monday, March 10, 2014

Hukum Memakan Balut [Telur yang Mengandung Anak Ayam yang Mati]





Soalan:

Balut adalah telur itik atau ayam yang telah dibuahi yang didalamnya terkandung janin yang hampir sempurna. Telur ini direbus dan dimakan di cangkangnya. Umumnya orang di Filipina percaya bahwa telur tersebut mengandung protein tinggi dan bermanfaat untuk jantung. Makanan ini dijual di pasar-pasar Filipina dan juga di jalan-jalan. Apa hukum memakan telur semacam ini?



Jawapan:

Segala puji hanya bagi Allah Ta’ala.
Deskripsi telur semacam ini yang ada pada beberapa website adalah sebagai berikut:

“Perkembangan anak ayam biasaya menghabiskan waktu sebanyak 28 hari. Namun Balut adalah telur yang telah dierami selama 18 hari saja sampai mereka benar-benar memiliki janin dengan skeleton [kerangka] yang masih sederhana.

Ketika telur telah berusia 16-20 hari, maka telur-telur tersebut siap untuk dibawa ke pasar dimana telur-telur tersebut akan direbus untuk ribuan pelanggan yang menikmati makanan ini. Ini tergantung dari ukuran telur. Telur terbaik adalah yang berusia 18 hari. Para penjual mencuci telur menggunakan spons lalu ketika telah benar-benar bersih , mereka meletakannya di panci dan direbus.”

Memakan telur yang mengandung janin yang belum sempurna, hukumnya adalah haram karena itu termasuk memakan bangkai [sesuatu yang mati tanpa disembelih sesuai syariat-ed]. Memakan bangkai telah pasti keharamannya dalam syariat islam.

Para Ulama dari Lajnah Daa-imah Lil Ifta- telah ditanya seputar hukum memakan telur seperti ini dan mereka memfatwakan haramnya.

Mereka ditanya:

Ketika kami mengunjungi Filipina, kami perhatikan bahwa orang-orang di negeri tersebut umumnya memakan sebuah hidangan yang mereka sebut Balut. Ini merupakan telur ayam yang di tempatkan dalam inkubator sampai  berkembang membentuk anak ayam kecil dengan semua anggota-anggota tubuhnya. Tiga hari sebelum telur itu ditetaskan mereka memasak telur tersebut dalam air sampai matang lalu mereka memecahkan cangkang telur tersebut dan memakan anak ayam yang terdapat didalamnya.Mohon berikan fatwa kepada kami berkenaan hukum memakan makanan ini.

Lajnah Da-imah menjawab:

Seperti yang disebutkan, anak ayam ini dikira sebagai bangkai dan tidak dibolehkan untuk memakannya kerana telah terbentuk anak ayam didalam telur tersebut dan larangan memakan bangkai telah diketahui  secara pasti dan dikenal luas dalam islam [Ma'lum minaddin Bidharurah-ed].

Tertanda, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Alu Syaikh, Syaikh ‘Abdullah bin Al-Ghadyaan, Syaikh Shalih Al-Fauzan dan Syaikh Bakr Abu Zaid

{Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa-imah: 22/305}

Wallahua’lam.

Sunday, March 09, 2014

Laporan kimia minyak MH370





Kuala Lumpur: Laporan kimia mengenai tumpahan minyak yang ditemui di perairan timur Kelantan dijangka siap petang ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Amdan Kurish berkata, tumpahan minyak sepanjang dua kilometer di kawasan perairan yang terletak kira-kira 185 kilometer dari perairan timur Kelantan itu sudah diambil dan diserahkan untuk analisis.
Menurutnya, pihaknya masih menunggu laporan analisis berkenaan dan dijangka siap selewat-lewatnya petang ini. - AFP

Belum buktikan pesawat dirampas




Sepang: Teori pesawat MAS dirampas ketika dalam perjalanan ke Beijing masih belum dapat dibuktikan dan siasatan pihak berkuasa melihat semua aspek termasuk perkara ini, kata Ketua Koordinator Operasi Mencari dan Menyelamat MH370, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Menurut beliau, pihak berkuasa memerlukan bukti kukuh berhubung perkara itu dan tumpuan utama adalah untuk mengesan semula pesawat.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan terperinci berhubung dua penumpang yang menaiki pesawat penerbangan MH370 menggunakan pasport curi warga Itali dan Austria.
Azharuddin berkata, kes itu dikendalikan pasukan penyiasat khas terdiri pakar bidang berkenaan yang turut menganalisis rakaman video penumpang dikenal pasti.

“Selepas mendapat butiran laporan itu, kami akan maklumkan kepada pihak media,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lima penumpang yang tidak menaiki pesawat itu, katakanya, MAS menggunakan sistem Annexe 17 di mana beg penumpang akan mereka dikeluarkan dari pesawat.

“Beg itu juga sudah diperiksa dan pihak kami mendapati ia tidak membawa sebarang barang terlarang,” katanya.

Saturday, March 08, 2014

Kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik



Sepang: Siasatan operasi dan menyelamat insiden kehilangan pesawat MH370 Boeing 777-200 memasuki fasa baru kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, radius pencarian terpaksa diperluaskan lagi berdasarkan kemungkinan terbaru itu.
Bagaimana beliau hanya berkata teori itu masih di peringkat perbincangan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Hishammuddin turut mengesahkan sedang menyiasat empat identiti penumpang yang disyaki menaiki pesawat guna pasport milik individu lain.
Katanya, beliau juga sedang berbincang dengan agensi risikan dalam negara dan antarabangsa termasuk Unit Anti Pengganas negara terbabit bagi melancarkan siasatan bersama.
"Pihak Biro Risikan Persekutuan (FBI) juga sudah dihubungi dan berada di negara ini bagi tujuan ini," katanya.

Ditanya sama ada terdapat rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung pergerakan empat identiti penumpang yang menggunakan pasport milik individu lain itu, katanya, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada MAS.

Buat masa ini pihaknya belum dapat mengesahkan lagi identiti penumpang yang disiasat itu.

Selain itu, ditanya insiden sama ada berkaitan rampasan pesawat oleh pengganas, beliau belum dapat mengesahkan maklumat itu namun melihat perkara berkenaan daripada segala sudut dan sebarang kemungkinan.

"Passport Curi Mungkin Digunakan" - The Guardian




KUALA LUMPUR: Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal , kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.

Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.

Pasport Maraldi dilaporkan  telah dicuri tahun lepas.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media pada hari Sabtu juga mengesahkan lelaki tersebut (nama tidak didedahkan) kini berada di Austria.

Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Koze


Operasi mencari diteruskan 7 pagi




Sepang: Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH 370 diteruskan secara bersepadu mulai jam 7 pagi tadi dengan tumpuan di kawasan lebih luas terutama di sekitar lokasi terakhir pesawat hilang dari radar.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini (jam 9 pagi) tiada sebarang penemuan petunjuk atau bangkai pesawat di lokasi berkenaan.
"Operasi pagi ini menggunakan tiga pesawat milik pasukan keselamatan negara," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Ditanya samada kapal selam akan digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan, Azharuddin berkata, pasukan menyelamat belum bercadang untuk menggunakan aset berkenaan buat masa ini.

Isu dua pasport penumpang MH370 didapati dicuri?




Sepang: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum dapat mengesahkan tumpahan minyak berhampiran perairan Vietnam mempunyai kaitan dengan pesawat MAS MH370 Boeing 777-200 yang hilang, awal pagi semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, laporan itu hanya dikeluarkan media Vietnam tetapi tiada pengesahan mana-mana pihak.
"Memang ada dilaporkan dalam media tetapi belum disahkan," katanya sambil memberitahu namun siasatan berhubung perkara itu dijalankan.

Dalam sidang media pagi ini, beliau turut menyatakan operasi diteruskan semula jam 7 pagi tadi menggunakan tiga pesawat.


Setakat ini operasi sepanjang malam semalam, katanya, tidak ada apa yang dapat dilaporkan, tiada yang dijumpai oleh pasukan yang berada di perairan sebelah Laut Cina Selatan atau tempat di mana dilaporkan pesawat hilang daripada radar.


"Seperti yang diberitahu, kita sudah meluaskan kawasan pencarian sehingga bahagian Timur Semenanjung Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai ketepatan sebenar pesawat itu hilang dari radar kerana MAS pada mulanya mengeluarkan kenyataan pada jam 2.40 pagi, katanya, waktu sebenar pesawat gagal dihubungi adalah jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak DCA perlu memastikan maklumat itu terlebih dahulu dengan negara jiran iaitu Vietnam dan Singapura.

"Kita perlu sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

"Itulah sebab mengapa perlu mengambil sedikit masa.

Mengenai isu dua pasport penumpang didapati dicuri, katanya, siasatan dijalankan berhubung perkara itu.

Beliau turut ditanya mengenai dakwaan pesawat itu pernah terbabit nahas pada 2010 di China dan adakah ia kemungkinan penyebab insiden Sabtu lalu, katanya, siasatan akan dijalankan segenap aspek.

Azharuddin juga tidak mengesahkan dakwaan itu sebaliknya menyatakan siasatan juga menjurus ke arah itu.

"Ini antara aspek siasatan yang sedang kita jalankan. Saya tak boleh mengesahkan sekarang kerana sedang disiasat.

Wartawan: Adakah dokumen pesawat itu disiasat?

Azharuddin: Itu antara aspek yang disiasat. Kita ada semua rekod dari MAS tetapi siasatan sedang berjalan.

Wartawan: Berkenaan penemuan tumpahan minyak di perairan itu?

Azharuddin: Itu belum disahkan lagi, memang ada dilaporkan dalam media tetapi belum disahkan.

Beliau turut menjawab adakah operasi menggunakan kapal selam, katanya, setakat ini ia belum digunakan.

Katanya, operasi malam tadi hanya menggunakan kapal laut namun hari ini tiga pesawat turut digunakan.

Beliau turut menjelaskan data pesawat sememangnya dihantar mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) setiap masa dan tiada sebarang tanda tidak normal sebelum kejadian itu.

Sementara itu, mengenai keluarga penumpang yang menjadi mangsa, pihak MAS sudah mengambil langkah sewajarnya tanpa mengira warga negara.

Mengenai soalan kononnya pihak polis antarabangsa (INTERPOL), dua pasport tidak diperiksa, beliau membidas wartawan asing itu supaya mengesahkan dari mana maklumat itu diterima tetapi gagal dijawab wartawan asing terbabit.

Senarai Penumpang MH370





Kehilangan MH370 jadi tumpuan dunia




KUALA LUMPUR: Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza.

Pesawat 777-200 itu, yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia.
Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh.

Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam.


Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang.


MAS berkata hari ini penerbangan MH370, perkongsian kod bersama China Southern Airlines, yang terputus hubungan komunikasi di Laut China Selatan, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.



Syarikat penerbangan itu mengumumkan pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut yang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Boeing dalam satu kenyataan dari Seattle berkata ia menubuhkan satu pasukan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat kehilangan pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat yang hilang itu merupakan satu daripada 15 pesawat Boeing 777-200s MAS.

Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan perkhidmatannya.

Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000. - Bernama

MH370 : Tompok minyak dikesan





KUALA LUMPUR: Tentera Udara Vietnam dilaporkan mengesan dua tompok minyak disyaki daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.

Tompokan seluas antara 10 kilometer dan 15 kilometer itu dikesan di perairan di selatan Vietnam, menurut pihak berkuasa negara itu.
Walaupun tiada pengesahan ia daripada pesawat MAS, tompokan minyak kelihatan hampir sama seperti minyak daripada pesawat yang hilang. - AP

MH370 : 15 kaunselor JKM bersama keluarga penumpang




Sepang: Seramai 15 kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditempatkan di sebuah hotel di Putrajaya untuk memberi kaunseling kepada ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370.

Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, perkhidmatan kaunseling akan disediakan dalam tempoh 24 jam secara bergilir-gilir.
"Kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, dan kita berada bersama ahli keluarga untuk menenangkan mereka," katanya.

Operasi mencari MH370 diteruskan malam ini



SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum mendapat apa-apa pengesahan daripada pihak Vietnam mengenai dakwaan penemuan tumpahan minyak di perairan negara itu malam tadi.

Ketua Pengarahnya Datuk Azharudin Abdul Rahman berkata, setakat 9.30 malam ini, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat dan petunjuk baru mengenai penemuan pesawat MH370 itu.
Beliau berkata, pihaknya ada menghubungi pihak Vietnam untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu namun, sehingga kini belum ada reaksi dan maklum balas.

"Maklumat terbaru yang kami terima, pesawat berkenaan hilang dari radar udara di antara sempadan perairan Malaysia dan Vietnam.


"Carian awal di kawasan itu bermula pagi tadi gagal menemui apa-apa petunjuk dan sebarang bangkai pesawat sebelum skop carian diperluas ke seluruh perairan Malaysia dan sempadan perairan Vietnam-Malaysia," katanya pada sidang media sebentar tadi.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima berita mengenai seorang warga Itali yang kehilangan pasport dan didapati menaiki penerbangan itu walaupun beliau kini selamat berada di Bangkok, Thailand.

"Kami belum dapat sahkan laporan itu malah, sedang memeriksa laporan itu dengan kedutaan berkaitan untuk pengesahan lanjut.

"Laporan itu perlu disahkan terlebih dahulu," katanya.

Katanya, buat masa ini, pihaknya belum memohon bantuan dari Thailand dan Indonesia untuk kerjasama operasi mencari dan menyelamat.

Aziz berkata, operasi tetap berjalan seperti biasa biarpun pada waktu malam menggunakan aset udara dan laut.

Menurutnya, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai sebarang penemuan terkini.

Sumber : Harian Metro

Isyarat terakhir MH370 di tengah laut

HANOI (Vietnam): Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan.

Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham Hien berkata, isyarat itu dikesan di 120 batu nautika di barat daya wilayah Ca Mau.

Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam Lai Xuan Thanh berkata, pesawat itu sedang terbang di kawasan laut dan dalam perjalanan memasuki ruang udara Vietnam tetapi pegawai kawalan udara tidak menerima sebarang perhubungan selepas kali terakhir dikesan.

Sementara itu, Vietnam yang bekerjasama dengan Malaysia dan China turut melancarkan gerakan mencari pesawat pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.


Pesawat itu dilaporkan tidak mengeluarkan isyarat kecemasan atau sebarang tanda amaran kesulitan. - AGENSI

Sumber : Harian Metro

Wednesday, March 05, 2014

Kenapa BR1M belum masuk?

Assalammualaikum & Salam Perpaduan sahabat yang dikasihi sekalian


Mesti happy ni kan sebab BR1M sudah masuk? Gunakan Br1M tu dengan sebaik mungkin ya. Almaklumlah, harga barang makin naik sekali gus menyebabkan kos sara hidup kita ni semakin tinggi. Mana nak bayar rumah,kereta,yuran sekolah dan lain-lain lagi. Aku faham semua tu sebab aku sendiri bukan dikalangan orang yang berada ( kaya ).

Didalam kegembiraan orang yang dapat BR1M, terdapat juga sekumpulan rakyat Malaysia yang masih belum mendapatkan bantuan tersebut sehingga kehari ini.Termasuklah aku sendiri. Tahun ni aku nak masuk 22 Tahun. Sepatutnya aku layak untuk mendapat BR1M untuk individu bujang. Hasil daripada kajian melalui blog orang lain dan bertanya sendiri ke Pejabat LHDN, aku telah mendapat beberapa info untuk dikongsikan bersama.

Sebab BR1M belum  masuk


  • Maklumat yang telah diberi melalui Online sedang disiasat kesahihan dokumen tersebut. 
  • BR1M anda masih dalam proses ( Paling lewat 17 mac 2014 )
  • Masalah sistem
  • Maklumat tidak diperolehi
Sesiapa yang belum mendapat BR1M melalui Bank, kemungkinan bantuan anda masih dalam proses. Dan proses tersebut akan berakhir 17 Mac ini. Sesiapa yang masih belum mendapat bantuan tersebut pada 17 mac, anda boleh membuat rayuan. Rayuan akan di update kemudian. Untuk memastikan status kelayakan anda, boleh lah datang sendiri ke pejabat LHDN yang berdekatan anda.

ADMIN : Kita hanya nak menuntut Hak kita.