Apa itu Selfie ?

By Zulasri Ashaari - December 29, 2013




Mengaku saja jika anda pernah 'selfie' sepanjang tahun ini. 'Selfie' merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Tahukah anda bahawa 'selfie' bermula dengan potret raja dan permaisuri terutama di Eropah?




Tingkahlaku 'selfie' yang mula popular tahun ini sebenarnya telah lama bermula sejak aktifnya MySpace sehinggalah ke laman sosial yang lain. Sesiapa saja boleh mengambil 'selfie' bermula daripada ahli politik sehinggalah selebriti. Oh ya, mungkin ramai yang tertanya-tanya penggunaan simbol '#'  iaitu merupakan hashtag yang digunakan untuk tag kata kunci dan perkataan di dalam media sosial seperti Twitter atau Instagram.

Sekitar 2006, MySpace merupakan laman sosial terbesar di dunia yang membolehkan anda mempamerkan gambar. Tahun 2009, Facebook telah ambil alih pandangan orang ramai ke Facebook dengan reka letak gambar profil yang lebih berkualiti. Pada tahun 2010 pula, Apple melancarkan iPhone 4 dengan kamera depan yang memudahkan pengguna mengambil dan mengawal gambar sendiri. Setahun kemudian, Instagram melancarkan 'hashtag' dan lebih banyak 'filter 'untuk membenarkan pengguna mengedit gambar. Pada tahun 2013, perkataan 'selfie' secara rasmi dimasukkan ke dalam Kamus English Oxford dan diumumkan sebagai "word of the year"!

Tahun ini, #selfie mula popular meskipun penggunaan #selfie pertama kali muncul di Flickr pada tahun 2004 namun mengambil masa yang lama untuk dikenali orang ramai. Enjin pencarian Google menunjukkan penggunaan #selfie bermula pada lewat 2012. Bermula Januari 2013, jumlah perkataan #selfie saja adalah sebanyak 34,924,648 manakala #selfies sebanyak 3,692,570 dan diikuti #selfiesunday adalah 2,025,077.

Mungkinkah ada lagi fenomena baru selain 'selfie' pada tahun hadapan? Pesanan kami, menonjolkan diri itu tidak salah asalkan tidak menjatuhkan maruah anda dengan berpenampilan yang tidak betul dan 'ber-selfie' biarlah bertempat!

ADMIN : Follow instagram saya jika tidak keberatan ! thanks :) KLIK SINI

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Me jarang ber-selfie. Only ber-selfie if ada kids yang homei loteii. Ngihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,..ye ke?? waaa jarang ada pompuan yg tak suka selfie hihihihi :D

      Delete
  2. ada je selfie tapi tak pernah mention #selfie eheh

    ReplyDelete
  3. Awek2s selalu nak selfie dgn saya. Kenapa ye...

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah