Jalan-jalan cari makan di COMIC CAFE

By Zulasri Ashaari - June 05, 2016

Cafe Hipster bukan lagi satu benda yang asing. Banyak cafe yang sudah memperkenalkan cafe-cafe yang awesome untuk menarik minat pelanggan terutamanya golongan remaja. Beberapa hari lepas, aku dan team bowling UTHM sempat makan di Comic Cafe yang bertempat di Batu Pahat. Sekitar 15 minit daripada UTHM. Banyak  makanan yang menarik yang disediakan dan lain daripada yang lain.

Apa yang menarik di cafe ini ialah suasana cafe ini dipenuhi dengan superhero-superhero yang terkenal. Dipendekkan cerita, tak tau pula time kami makan tu, ada sekumpulan superhero pun datang untuk makan disitu. Superhero Batu Pahat datang beb! Apa lagi, aku pun ambil kesempatanlah untuk bergambar dengan superhero-superhero ini. Kepada yang belum sampai sini, datang la ramai-ramai okay ! Tempat menarik dan harga pun berpatutan.  Sesiapa yang nak try datang sini, waktu operasi mereka ISNIN - JUMAAT bermula 4.00 PM - 2.00 AM dan SABTU - AHAD bermula 12.00 PM - 2.00 AM. Datang sini dan berjumpa dengan SUPERHERO anda !



Lokasi

No 5,Jalan Flora Utama 3, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat



ZULASRI : Berhenti makan untuk bergambar. hahaha 

JOM TERJAH STORY NI PULA :



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah