Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan

By Zulasri Ashaari - July 21, 2012



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA 

Hari kedua kita berpuasa, apa khabar Follower-Follower ku yang tersayang? Sihat ? Harap korang sihat je lah ye , Klo yang sakit tu pun , kalau dah tak tahan nak puasa Berbuka je lah. Tp jangan berbuka depan orang yang berpuasa tau. Nanti ada nanti kna Pelempang..Haha. Ok, Pagi ni, Mr.Dracula dapat Request dari salah seorang rakan yang meminta saya untuk menerangkan serba sedikit berkenaan " Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan " . Memang payah nak ingat balik benda ni. Almaklumlah , Mr. Dracula belajar benda ni pada semester 1 lagi di Politeknik Kota Kinabalu. Tapi takpa, demi rakan-rakan yang tercinta, Mr. Dracula mencari balik buku yang telah sekian lama tak disentuh itu.


Sistem-Sistem Pendawaian

Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.Ia nya juga dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan

Definisi pendawaian Domestik

  • Pendawaian yang dilakukan di rumah - rumah dan premis kediaman

Definisi Pendawaian Industri

  • Pendawaian yang dilakukan di kilang-kilang atau perindustrian
  • pendawaian domestik menggunakan kabel yang mempunyai 2 lapisan penebat dan pendawaian industri mempunyai 1 lapisan penebat kerana kabel pendawaiannya telah dilindungi oleh conduit atau trunking
  • Mengikur IEE, terdapat 20 jenis pendawaian. Dan pendawaian yang sering digunakan ialah :
a. Pendawaian tersembunyi
b. Pembuluh 
c. pendawaian permukaan
d. sesalur pendawaian bawah tanah

SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
( Concealed wiring system )

Boleh dibahagi kepada dua jenis

  • sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat
  • sistem pendawaian pembuluh tersembunyi
Sistem pendawaian Tersembunyi Hanya dibenarkan membawa voltan rendah.


Salah satu sistem pendawaian tersembunyi

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN

  • Voltan yang digunakan ialah voltan terlampau rendah.
  • Hanya punca-punca lampu dan kuasa sahaja dibenarkan di dalam sistem ini.
  • Boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau diatas lapik kayu pada dinding batu atau konkrit.
  • Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK)



Contoh sistem pendawaian permukaan

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Thanx.. easy untuk sy memahaminya dgn lebih terperinci..

    ReplyDelete
  2. Boleh kasi tau saya apa yg sngt penting dlm elektrik ni ? Saya baru semester 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam elektrik ni, apa yang paling penting adalah minat. Kalau kita mempunyai minat dalam bidang elektrik, Insyaallah akan dipermudahkan. Kedua keselamatan, seperti yg kita sudah sedia maklum, elektrik merupakan satu benda yg berbahaya dan memerlukan ilmu yg cukup untuk handle benda ni. So memandangkan adik masih sem 1, adik akan diajar asas elektrik dahulu. Jangan risau. Semoga berjaya :)

      Delete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah