PELANCARAN FREE WIFI 30 OGOS 2015



Dengan wujudnya Smartphone, komputer riba yang berteknologi tinggi dan banyak peranti lain, segala maklumat boleh dilayari dengan adanya kemudahan Internet. Semua benda boleh diketahui dengan adanya Internet ataupun Mr. Google. Tapi, untuk melayari internet bukanlah satu perkara yang mudah kerana perkhidmatan itu harus dibayar mengikut quota atau kelajuan masing-masing. Dan perkhidmatan ini juga bukanlah satu benda yang murah kerana pelajar khususnya harus mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk internet. Oleh sebab itu, pelajar atau orang awam lebih gemar untuk lepak di kedai yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Lain pula di negeri Johor. Kerajaan negeri Johor telah menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk penduduknyaa. Tarikh pelancaran ini adalah pada 30 Ogos 2015. Terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi mempunyai kemudahan wifi dan kemudahan ini akan ditambah tempatnya secara berperingkat. Untung menjadi rakyat Johor.




ADMIN : Untung jadi sebahagian daripada pelajar Johor.




Jom Terjah STORY ini juga :




No comments:

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah