Kursus Rekreasi Luar Tahap 1

By Zulasri Ashaari - June 05, 2016

Untuk melaksanakan satu program tu bukan mudah. Banyak halangan yang perlu dilalui sebelum berjaya. Tak sangka juga kami dapat melaksanakan kursus ini dengan bajet yang rendah. Terima kasih kepada rakan-rakan setugas yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Insyaallah kita semua akan dapat sijil kemahiran kursus rekreasi luar tahap 1.

Sebenarnya, untuk lulus dalam ujian ini, beberapa perkara yang perlu diuji. Antaranya ialah kemahiran dalam penggunaan kompas Orienteering, asas perkhemahan, asas masakan dan beberapa aktiviti lasak seperti uji keberanian ( Night Walk ), kayak , wall climbing dan macam-macam lagi. Seramai 65 orang pelajar yang mengikuti program ini. Diakhir program ini, pelajar akan diberi ujian bertulis dimana pelajar harus menjawab semua perkara yang telah dipelajari sepanjang program. Selain daripada ujian bertulis, ujian praktikal juga dilakukan dimana kami semua diuji cara ikatan tali yang betul. Hanya yang betul-betul mahir sahaja yang layak untuk mendapatkan sijil ini. Harap kita semua lepas lah ye.. hehehe


ZULASRI : Thanks kepada Mejar Syafiee dan Cik Shila atas tunjuk ajar :)


JOM TERJAH STORY NI JUGA : 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah