Bagi yang datang ke Sabah, Tak sah kalau tak makan Mee Tuaran.Mee Tuaran merupakan hidangan terkenal di Sabah. Mee Tuaran dibuat khas dari adunan kuning telur dan tepung, yang memberikan aroma telur apabila goreng. Menggoreng mee tuaran ini biasanya mengambil masa kira-kira 5-10 minit dalam api yang tinggi yang meninggalkan tekstur kerak keemasan di bahagian bawah mi. Sayur-sayuran tempatan seperti sawi ditambah kedalam semasa menggoreng. Sebelum dihidangkan, mee Tuaran biasanya dihias dengan hirisan Telur gulung dan hirisan ayam/daging/seafood ( bergantung dengan permintaan pelanggan ). Sesetengah Mee Tuaran di sekitar Sabah tidak Halal. Mereka akan menggantikan hirisan ayam/daging/seafood kepada lembu pendek. Jadi dapatkan panduan sebelum makan. Dan tidak semestinya Mee Tuaran hanya dijual di Tuaran. Sekitar Kota Kinabalu pun berlambak sebenarnya. Disekitar Kota Kinabalu,ada banyak peniaga yang menjual Mee Tuara yang halal. Antaranya di Restoran Thien-Thien,Gaya Street dan Grace PoinT,Sembulan.
ADMIN : Rugi datang Sabah kalau tak rasa keistimewaan Mee Tuaran.
6 comments
Oh.. tak tahu ada mee tuaran. Lama dah x ke sabah
ReplyDeleteada ! sangat sedap...tapi kna cari restoran yg halal la yer..hehe sbb majoriti mee tuaran x halal sbb ada campuran hirisan chasaw. :)
Deletedia macam maggi ke? baru 1st time dengar ni
ReplyDeleteeh tak la..dia mmg khas mee buatan sendiri..home made gitu..hehe
DeleteNampaknye kene carik resepi utk menu berbuka hari ni..terliur plak tengok. Alahai..
ReplyDeletehehehhe..cari jgn tak cari k.hehe kalau xdapat dtg sni..sya bawa makan :3
DeleteKritikan Seorang Engineer Bertauliah