Desa Cattle Farm Kundasang Sabah

By Zulasri Ashaari - July 02, 2014


Desa adalah satu rangkaian tempatan yang dimiliki oleh negeri Sabah dibawa bayu. Ladang ini terletak di sepanjang jalan untuk ke Mesilau Nature Park / Golf Resort. Anda akan dapat melihat pintu masuk Desa Farm dan papan tanda besar di sebelah kiri. Kami mengambil masa kurang daripada 5 minit memandu di jalan kerikil ke pintu masuk Desa Cattle Farm ini.


Pelawat tempatan dikehendaki membayar RM4 / USD1.20, Manakala pelancong asing pula  RM10 / USD3.20 untuk melawat ladang Desa Farm Kundasang ini.




Pelawat boleh melihat proses memerah susu yang bermula pada 3 petang.Terdapat juga kandang anak lembu dibuka kepada pelawat. Anda boleh membayar satu ringgit untuk seikat rumput dan RM 2 untuk sebotol susu. Disini, anda akan dapat melihat kemanjaan anak-anak lembu dan kambing ketika anda memberi makanan.


Disana pengunjung boleh membeli buah tangan dari Desa Farm contohnya Susu segar dan key-chain. Selain itu, anda juga boleh menikmati keenakan ice-cream yang sangat segar dan sedap.












  




























Alamat: Dalam perjalanan ke DESA FARM Mesilau, Kundasang 

Koordinat GPS Decimal (latitud, longitud): 6,013877, 116,593519 

Nombor Telefon: +6088-889562 

Dibuka setiap hari dari 8:00-05:00 (makan tengahari dari 12:00-1:00) 

Semak Fan Page Facebook mereka untuk maklumat lanjut.

KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK GAMBAR MENARIK -----> FLICKR


Stay Tune untuk lebih banyak info yang menarik !

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah