Kundasang War Memorial Park, Ranau

By Zulasri Ashaari - July 15, 2014




Selesai membeli-belah di Pasar Ranau, diperjalan seterusnya anda harus pergi ke Kundasang War Memorial Park,Ranau. Masa yang diambil untuk sampai kesini dari pasar tersebut kira-kira 15 Minit.Bergantung dengan cara pemanduanlah. Yuran RM3.00 akan dikenakan untuk rakyat Malaysia. Ingat nak masuk free? haha jangan harap. ahahaha. 

Banyak info sebenarnya anda akan nampak disana. Selain menikmati keindahan taman, anda juga boleh belajar serba sedikit mengenai sejarah negeri Sabah ini. Memang tak rugi la datang.

Kundasang War Memorial Park adalah salah satu taman peringatan yang telah dibina di Sabah untuk memperingati tragedi, penderitaan dan kematian kuasa-kuasa bersekutu semasa Perang Dunia II. Taman ini dibina untuk mengingati kematian askar British, Australia dan New Zealand serta penduduk Borneo lain semasa perarakan Kematian mengerikan dari Sandakan ke Ranau pada tahun 1945 apabila Borneo Utara dibawa jajahan Imperial Jepun. 




MORE PICTURE : FLICKR


                               



Kundasang War Memorial Park dibina oleh New Zealand pada tahun 1962 dan taman ini menyerupai sebuah kubu di atas bukit. Walau bagaimanapun, ianya dibiarkan begitu sahaja sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, kerja-kerja pemulihan telah dimulakan semula. Di dalam kubu tersebut, terdapat tiga taman-taman bersambung yang dijadikan seni taman dengan tema ketiga-tiga negara yang berbeza untuk mengingati wira mereka yang hidup atau terkorban semasa tragis 'Sandakan Death March'. Taman-taman ini dinamakan Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo. Dalam Taman Australia, paku pakis dan rumput turf akan menyambut pengunjung. Taman Inggerisini hampir menyerupai sebuah taman fesyen British lama dengan bunga ros mekar indah dan boleh dilihat dengan pelbagai warna yang berbeza. Dalam Taman Borneo, pelbagai tumbuhan asli Sabah termasuk banyak orkid liar dan jarang boleh dilihat di sini. Jika anda bernasib baik anda boleh melihat orkid selipar Rothschild mekar di sini. 

ADMIN : Buat apa nak pergi jauh-jauh kalau Malaysia pun belum habis pusing :3




  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. wah
    ada rezeki nak pergi sana lah nanti
    cuma ayat last admin tu...mengapa nak pergi jauh-jauh...
    sebab bila kita melawat sesuatu negara dan kita akan dapat nilai bagaimana pencapaian negara kita berbanding negara luar..
    bila kita melawat negara yang mundur...ia secara tidak langsung akan membuat kita bersyukur jadi rakyat Malaysia...
    dan bila kita melawat negara yang maju...ia akan menjadikan kita lebih semangat dan produktif untuk menjadikan negara kita Malaysia juga turut maju setanding negara2 maju lain...
    ini hanya pandangan saya :)

    ReplyDelete
  2. lama dah tak kesana... maju dah ke pekan kundasang tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu2 je la chegu..hehehe Yg penting pemandangan indah nya masih sama :3

      Delete
  3. Salam kenal...Wanie singgah dan follow sini..Saya xpernah sampai ke sana lagi.. :D

    ReplyDelete
  4. Salam kenal juga dari mummy.. Boleh masukkan dalam senarai tempat untuk dilawati ni..


    Selamat berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, hehe harap mummy enjoy la melawat sabah nanti.. thanks

      Delete
  5. Saya dah lama tak ke Memoriak Park ni, tapi selalu juga pergi kalau cuti. Memang tak jemu-jemu masuk, kadang-kadang ada yang buat shooting perkahwinan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, last time zul pg sana pun ada org buat photoshoot sana..hehehe siap dengan gaun pengantin yg menyerlah lagi xD

      Delete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah