Kali ni kita menjejakkan kaki di negeri Melaka pula. Syukur Alhamdulillah, Politeknik KK sponsor kami lagi jalan-jalan di Negeri Melaka ni. Banyak sebenarnya tempat menarik dinegeri bersejarah ini. Tapi kali ni aku nak share cerita pasal Gereja St. Paul dulu okay? Gereja St. Paul ni sebenarnya sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.Di bawah gereja ini terdapat Kota A Famosa. Gereja St. Paul merupakan salah satu daya tarikan pelancong di negeri Melaka ini. Tempat ni memang sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong asing dan masyarakat tempatan. Setakat ni tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat tempat ini. So tempat ni kira umum lah, sesiapa pun boleh datang kesini. Tapi ingat ! jangan buat macam-macam kat tempat ni tau. Sayangi Warisan kita.
ADMIN : Melaka Bandar Bersejarah
2 comments
Tak pernah lg gi melaka wpun dah 21tahun kat dunia. Hahaaha..
ReplyDeleteyeke ? naah, lepas ni kena pergi tau..hihihi
DeleteKritikan Seorang Engineer Bertauliah