MINGGU PERTAMA SEMESTER

Fuh ! Masuk hari ini dah 3 hari rupanya aku belajar untuk semester baru ni. Seperti biasa la, minggu pertama merupakan minggu Insert/delete subjek. Jadi peratus untuk kelas ada tu memang rendah. Di minggu pertama ni, pensyarah selalunya akan terangkan serba sedikit mengenai subjek tu je. Dan biasanya juga kelas akan dibatalkan ( ni yang ditunggu-tunggu hihi ). Baiklah, Semester ni jadual agak padat sikit. Banyak subjek nak diambil semata-mata nak habiskan pengajian awal. Takkan nak mereput sorang-sorang kat UTHM ni. Semester ni ambil 20 jam kredit je dimana kebanyakan subjek tu more kepada praktikal dan teori sikit-sikit. Bab teori ni memang tido je la kan jawabnya kat kelas. Tak pun main phone hehehe...


Gambar kat atas tu adalah amali pertama yang kami buat secara individu. Subjek ni dikenali sebagi Kawalan Motor. Tak tau sangat pasal subjek ni sebab ni pertama kali kendalikan benda ni. Dan selepas ni akan ada banyak lagi amali mengenai kawalan motor ni. Susah sangat nak faham sebab tak pernah ada basic mengenai benda ni. Harap dalam 2-3 minggu lagi aku faham la konsepnya. Susah juga balik-balik menjadi orang yang terakhir siap untuk amali ni. Malu kot.. hahaha


ZULASRI : Azam baru untuk semester baru ialah, nak menjadi lebih baik daripada semester lepas. Fight Fight. XOXOXO 

 

 JOM TERJAH STORY NI PULA : 
  1. Hukum mewarnakan rambut dalam Islam.
  2. Perbezaan cara sebat dalam islam dan sivil.
  3. Hukum Mengambil Gambar.
  4. Sebab Kita Solat Menghadap Kaabah.
  5. Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan.



3 comments:

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah