Skip to main content

TIPS INTERVIEW BIASISWA

Semester baru dah bermula, maka banyaklah syarikat dan badan kerajaan menawarkan biasiswa untuk pelajar yang menuntut di IPTA/IPTS. Semalam kawan aku minta share tips interview untuk biasiswa KPM ( Kementeriaan Pendidikan Malaysia ) sebab Alhamdulillah aku diantara 7 orang bertuah yang ditaja oleh KPM untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dengan menggunakan semua pengalaman yang aku ada, aku akan share disini.


 

1. KENALI PENAJA

Benda ni sangat penting kerana selalunya penaja akan menanya serba sedikit mengenai syarikat mereka contohnya info mengenai syarikat mereka, pengurus dan lain-lain. Jadi adalah penting untuk kita tahu serba sedikit mengenai mereka. Kalau biasiswa kerajaan, anda harus ingat menteri-menteri yang ada di Malaysia. Contohnya bagi biasiswa KPM, anda kenalah mengenali siapa menteri pendidikan dan yang sewaktu dengannya. hehe

2. PEKA DENGAN ISU SEMASA

Benda ni juga salah satu soalan Favourite yang akan disoal oleh penaja. Disini, penaja ingin melihat sejauh mana tahap pemikiran dan pengetahuan anda mengenai isu semasa tersebut. Jadi seminggu sebelum interview tu banyakkanlah membaca ye. hehe Dulu aku kena tanya pasal GST. Mereka tanya apa pandangan anda mengenai GST. Aku pun hantam je lah, bagus untuk negara la, baik untuk ekonomi Malaysia tetapi tidak sesuai untuk orang yang bergaji rendah. Kena poyo sikit tapi tak boleh juga bantah sangat since biasiswa ni daripada kerajaan kan. ehhe

3. MEMAKAI PAKAIAN YANG KEMAS.

Ketika masuk kedalam bilik interview tu, ini merupakan cara penaja tu nak tengok penampilan kamu. Jadi sebelum nak interview tu, pakailah pakaian yang kemas dan sesuai. Adalah lebih baik kalau anda memakai sesuatu yang lain daripada yang lain agar penaja tu ingat dengan kamu contohnya memakai pakaian yang cerah dan memakai jaket pejabat tu atau vest. Tidak semua pelajar ada benda tu, jadi ia menjadi kelebihan untuk anda kalau memakai pakaian yang lebih smart. Kalau anda name tag lagi bagus. Baru nampak ciri-ciri kepimpinan tu sikit. hahaha

4. TERANGKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI DIRI KAMU.

 Sesiapa yang biasa interview mesti dah biasa dengan soalan ini. Biasanya soalan ini adalah soalan yang pertama. Jadi anda kenalah juga bersedia untuk menjawab soalan ini. Tips yang pertama, jika penaja menyoal anda dalam bahasa Inggeris, maka anda kenalah menjawab dengan bahasa inggeris. Jangan sesekali meminta untuk menjawab dalam bahasa melayu, kerana ini akan menyebabkan penaja tahu kelemahan kamu. Try untuk jawab dlam bahasa english. Penaja pun tak akan expect yang kamu ni pakar english since kita pun masih belajar dan sukar untuk bertutur bahasa asing itu sudah menjadi kebiasaan. Yang penting tunjukkan effort kepada penaja. Untuk soalan ini, anda kenalah beri maklumat yang simple tetapi padat dengan info yang berguna dan berkeyakinan. Contoh nama,asal,bangsa, berkelulusan daripada mana, khusus apa , bidang yang diambil sekarang, berada ditahun berapa dan misi dan visi kamu untuk bidang yang kamu ceburi, selebihnya suruh dia tengok sendiri maklumat yang kamu dah beri melalui resume. Tu je, simple tapi padat dengan maklumat. Penaja dah ada semua maklumat kamu melalui resume yang kamu beri. Jadi tak pelu nak terangkan seluruhnya kepada penaja. Takut penaja ingat kamu ni syok sendiri. hahaha

5. SEBELUM KELUAR, TANYA SOALAN YANG KAMU INGIN TAHU.

Biasanya, penaja akan tanya jika ada soalan yang kamu nak tanya sebelum kamu keluar. Jangan sia-siakan peluang ini. Tanya soalan yang mantap agar penaja ingat siapa kamu. Lebih mudah untuk kamu dapat biasiswa itu kalau kamu menyerlah. Jangan takut untuk menyerlah.

6. DILARANG OVER CONFIDENT.

Just be nice, tak perlu nak menonjol sangat. Biar kita menonjol dengan ilmu, kiranya setiap apa yang kita sampaikan tu kenalah dengan ilmu, bukan sekadar cakap kosong. Penaja tu lebih tua dari kamu dan mereka duluan makan garam. Mereka dah banyak interview orang. Jadi mereka tau siapa yang sembang lebih dan siapa yang betul-betul berilmu. So just be nice. Tak perlu over.. hehehe

7. BANYAKKAN BERDOA.

Last sekali, banyakkan berdoa sebelum pergi interview. Ingatlah, semua rezeki tu datang daripada Allah, jadi kita kenalah berserah kepada-Nya. Kalau tak dapat tu, jangan berputus asa, Allah akan memberi kamu yang lebih baik daripada ini. Okay goodluck semua ! :))

ZULASRI :Goodluck :))

 


JOM TERJAH STORY INI JUGA :

Comments

Post a Comment

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah

Popular posts from this blog

Kenali Hafiz Mahamad

Wow ! Tak sangka mamat ni makin popular dikalangan gadis-gadis. Well, ramai pompuan nak boyfriend dia macam Hafiz Mahamad kan. Siapa je tak mau dilayan macam princess. Okay, buat yang masih tak kenal siapa Hafiz Mahamad ni, boleh lah Stalk Instagram, Twitter dan FB dia. Buat lelaki-lelaki diluar sana, boleh la ambil inspirasi dari dia. Hehehe



Instagram           :@Hafizmahamad
Twitter               : @Hafizmahamad
Facebook           :  Hafiz Mahamad

ZULASRI : Power shall ! 

JOM TERJAH STORY NI JUGA :
Bagaimana badan kita beroperasiJenis denda yang guru lakukan di sekolahProjek bahasa asing Kem Bina Insan guru Vokasional Mid Night Movie - The Hunger Games MockingJay

Tubuh Mongelku Di Kucup.. Di Isap.. Di Ramas Sepuas-puasnya

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain Tauke Leong yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..Suatu malam datang seoranglelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi..aku resah meninggalkan kawan yang lain.

Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati? simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar? mereka juga bakal menerima nasib yang sama? Joe membawa aku berjalan ? jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..

Tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya …

Cara mengambil SPM semula

Untuk mendapat kerja di institusi kerajaan dengan kelayakan SPM sekarang ni amat sukar. Banyak persaingan berlaku diantara pelajar lain. Semakin ramai pelajar Malaysia semakin pandai dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Baru-baru ini, aku mendapat email daripada seorang sahabat blog yang mempertanyakan bagaimana untuk mengambil SPM semula. Okay, sebelum kita ingin mengambil peperiksaan ulangan, kita hendaklah berpegang dengan syarat yang diberikan oleh Kementerian.


Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
atau

Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.
atau
Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
atau
Mereka yang telah mencapai umur 19 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.

Merek…