ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Cuti sekolah ni sahabat sekalian buat apa? Ada rancangan tak berjalan-jalan dengan keluarga? Mesti best kan? Aku semasa cuti sekolah, aku bersama rakan-rakan pergi ke Kudat. Keistimewaan Kudat ni ada Simpang Mengayau.Pernah kesana tak? Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam bahasa Inggeris merupakan bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Hujung menandakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Suasana disana sangat tenang, cuma sedikit panas. Tapi keindahannya memang tak terkata dengan mulut. Korang kena kesana sendiri untuk menikmati keindahan itu. Perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 30 minit. Bergantung daripada kesesakan lalu lintas. Sepanjang perjalanan itu, korang akan dapat melihat keindahan alam seperti keindahan Gunung Kinabalu, sawah padi dan perkampungan di sekitar Kota Belud,Kota Marudu dan Kudat.
Tanjung Simpang Mengayau,Kudat |
" Simpang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yg memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam."
Kota Belud, Sabah
Jom Lawat Sini untuk lebih banyak Gambar --------> Flickr
ADMIN : KEINDAHAN YANG ADA DI SABAH SETANDING DENGAN NEGARA LUAR !
3 comments
Lama dah tak kesana. Masih bergrabel lagikah jalannya
ReplyDeleteLama dah tak kesana. Masih bergrabel lagikah jalannya
ReplyDeleteSikit ja Chegu.. tak banyak dah jalan yg rosak.. tggal di kawasan simpang mengayau ja..tapi tak panjang.. sikit ja :)
ReplyDeleteKritikan Seorang Engineer Bertauliah