Tips Penjagaan Contact Lenses / Kanta Lekap

By Zulasri Ashaari - February 17, 2014

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia..

   Penat sangat ni hari tau. Pagi-pagi dah kena pergi ke KWSP untuk menyelesaikan segala urusan kerja. Dah tu Kanta lekap aku pula buat masalah. Yes ! kadang-kadang perkara yang kita pandang remeh akan akan menyusahkan diri disaat kita memerlukan. Memang bikin panas !!. Sampai ja di KWSP, mata aku bertukar  merah macam tu pontianak. Semua orang pandang macam aku ni hantu ja. Kanta lekap aku tu sebenarnya sudah koyak sedikit, tapi aku langsung tak perasan. Aku mula perasan pun masa mata mula pedih dan bertukar warna. Lagi-lagi aku yang sedang memandu ni pun stress mencari parking dikawasan tu.

    Selesai ja urusan di KWSP, Ibu ku pula minta hantar ke Jabatan Pendaftaran Negara. Huru-hara jadinya sebab aku terpaksa balik kerumah lagi untuk mengambil kaca mata kemudian menjemput ibu ku di kedai. Hari ini memang tak best untuk aku sebab penat dan kanta lekap buat masalah. Selesai sahaja semua urusan, aku bergegas ke klinik pakar untuk mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat untuk kegunaan masa hadapan.

   Menurut pakar, benda ini kerap berlaku kepada sesiapa yang baru memakai kanta lekap. Kebanyakan perkara ini berlaku kerana sikap pemakai yang sambil lewa dan mengambil ringan terhadap pemakaian kanta lekap ini. Di sini ada beberapa tips yang diberikan oleh pakar untuk aku dan tatapan semua. Bagi yang baru sahaja belajar memakai kanta lekap, gambar di bawah menunjukkan cara yang betul dan yang salah ketika memakai kanta lekap.


               

                                                                      SALAH                                                      BETUL

Sebelum memakai kanta lekap, anda dinasihatkan mengikut langkah-langkah yang ada dibawah :


Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh, pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.

Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.

Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.

Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.

Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.

ADMIN : Harap tips ini dapat membantu rakan-rakan blogger agar perkara yang terjadi kepada aku tak akan kena pada kamu. Aku share sebab aku kisah. hehehehe

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah