ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Setelah sekian lama aku tak update blog ni, akhirnya pada hari ni aku update juga. Sori sikit korang, hari ni aku nak update pasal diri aku sendiri ja. Dan segala isi yang terkandung dalam entry ini 100% mengenai kisahku.
Pada hari ni, seseorang telah membuka minda aku untuk kembali semula meneruskan alam pembelajaran yang telah lama aku tinggalkan. Dan aku kini bertekad untuk menyambung pembelajaranku dari diploma kepada Ijazah. Memang agak janggal sedikit bagi aku kerana di usia 22 tahun mengambil degree manakala rakan-rakan yang seusia dengan ku sudah berada di semester 2 dalam peringkat ijazah. Aku pula baru mau apply. Semua ini disebabkan nafsu remaja ku yang ingin terus bekerja tanpa memikirkan nasib aku dimasa akan datang kelak.
Pada bulan september tahun lalu, aku telah ditawar menyambung pembelajaranku oleh sebuah Universiti yang agak terkemuka juga dinegara kita. Namun nafsu remaja ku menentang untuk meneruskan pembelajaranku. Aku menolak tawaran itu. Jika difikir kembali, aku sudah membuang masa ku bersuka ria selama setahun dan aku tak dapat apa-apa pun yang boleh menjamin masa depanku. Apa yang aku dapat hanyalah nikmat sementara. Aku harap, sempat lagi untuk diri ku berubah kearah yang lebih baik. Insyaallah.
ADMIN : Cadangan Universiti please untuk bidang kejuruteraan. :)
4 comments
nak menuntut ilmu tak kira usia, dah tua ada jugak yang belajar.cadangan universiti tempat saya belajar lah uniten..hehehe.
ReplyDeletewaa..tq, ada bidang kejuruteraan elektrik tak?
Deletebelajar tak mengenal usai, kalau ada peluang, Chêguzαm akan sambung belajar lg
ReplyDeletethanks cikgu for the advice :).. Insyaallah saya akan sambung pembelajaran saya sehingga saya boleh menjadi tenaga pengajar seperti cikgu :)
DeleteKritikan Seorang Engineer Bertauliah