SUASANA AIDILFITRI 2013
By Zulasri Ashaari - August 08, 2013
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH PENGUNJUNG SEKALIAN
Syukur kehadrat ilahi kita semua sempat meraikan Hari Raya aidilfitri di bulan syawal ini. Selama sebulan kita berpuasa akhirnya bulan Ramadhan telah berakhir dan sekarang bulan syawal menjelma. Di bulan syawal ini, aktiviti aku macam biasa lah. Habis je solat sunat aidilfitri, kami akan balik kerumah dan menunggu tetamu datang. Tahun ni tema aku Purple. Baju ni aku beli di Indonesia awal tahun 2013. Agak sayang duit kalau beli yang baru. Lagipun baju ni aku baru pakai sekali untuk solat jumaat dulu. Hahaha.
Yang syoknya hari raya ni , di rumah mesti penuh dengan kuih dan makanan yang sedap-sedap. Kira semua jamuan yang disediakan time raya ni favourite aku lah. Tiada yang aku tak suka kecuali kuih makmur. Bueekk !!!, Entah kenapa dari dulu hingga sekarang aku tak suka makan kuih tu. Geli tekak aku nak makan. Hahaha
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat keluarga, rakan-rakan serta followers yang membaca ni. Yalah, mana tau kan aku ada terkasar bahasa time ber blogging dan terkasih maklumat yang salah. Aku minta maaf sangat-sangat. Sesungguhnya aku ni hanya insan biasa yang diselubungi dengan dosa silam. Apa-apa pun , time raya ni kamu jangan makan banyak-banyak ek. Makan ikut keperluan. Bukan ikut kehendak nafsu. Kena ingat, syaitan ada sudah balik. Mereka akan menghasut kita untuk sentiasa membazir di bulan syawal ini.
SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI DARI KAMI SEKELUARGA
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah