Universiti Life

Alhamdulillah, seminggu sudah berada di Universiti Tun Hussein Onn. Sepanjang berada disini, Alhamdulillah dapat berkenalan dengan ramai kawan. Hari pertama berada di Johor dah dapat layanan istimewa daripada Kolej Kediaman Perwira. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi melayan karenah kami semua.

Kehidupan Universiti ni ada banyak perbezaan tau daripada kehidupan di sekolah,Matrik mahupun Politeknik. Banyak cabaran yang akan dilalui. Sepanjang minggu pertama, pelajar Universiti selalunya akan sibuk menyusun jadual waktu kuliah. Ini merupakan perbezaan ketara yang dapat kita lihat apabila kita sudah menjejakkan kaki ke Universiti terutamanya buat pelajar lepasan Politeknik. Ini kerana, pelajar lepasan diploma Politeknik akan mengurus jadual mereka 100% sendiri. Jadi buat pelajar Politeknik yang ingin "transfer kredit" , anda boleh mendapatkan kemudahan itu sebanyak 30% sahaja. Ini bermakna, bukan semua kursus yang anda dah belajar dapat ditransfer.

"Cara Untuk Transfer Kredit Untuk Lepasan Diploma Politeknik"

  • Sediakan salinan Transkrip penuh Politeknik.
  • Salinan syllabus kursus yang diambil di Politeknik.
  • Surat Transfer kredit ( Boleh didapati di Universiti masing )


Bukan senang sebenarnya kehidupan di Universiti. Tapi disini la permulaan kita untuk belajar berdikari dan berdisiplin. Tiada benda yang mudah.

"DIMANA ADA KEMAHUAN,DI SITU ADA JALAN"


2 comments:

  1. Tetibe rase nak sambung belajar pulak. Haha. Btw masa sebagai seorang student sgt terhad kan? :)

    ReplyDelete
  2. congratulation sambung study :D

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah