The Body Shop Beach Cleanup 2014

By Zulasri Ashaari - April 15, 2014



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA !

Sabtu lalu ( 12 April 2014 ) The Body Shop Sabah telah menganjurkan satu aktiviti amal yang berlangsung di Pantai Tanjung Lipat Likas, Sabah. Pelbagai aktiviti yang telah diatur untuk para peserta yang mengikuti aktiviti amal tersebut. Antaranya adalah membersihkan Pantai Tg.Lipat ,mencari hadiah misteri daripada team TBS dan macam-macam lagi. Tujuan utama TBS menganjurkan aktiviti ini adalah untuk menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kebersihan pantai serta alam sekitar. Sepanjang aktiviti itu berjalan, aku perasan terlalu ramai orang yang menghabiskan waktu berhujung minggu di Pantai tersebut. Akan tetapi, yang mengecewakan aku sendiri, terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan pantai tersebut seperti membuang sisa sampah mereka ke laut dan membuang sampah merata-rata. Apa yang meraka fikirkan sebenarnya? Mau mengharap makcik cleaner yang urus sampah-sampah mereka? Kita sepatutnya lebih prihatin terhadap persekitaran kita kerana kita akan menjadi contoh kepada anak-anak muda yang juga akan menjadi pemimpin negara disatu saat nanti. Mahukah kita melihat anak-anak kita bermain diselubungi dengan sampah sarap? Tentu tidak kan? Jadi fikir-fikirkanlah. 

" SIAPA LAGI KALAU BUKAN KITA ! BILA LAGI KALAU BUKAN SEKARANG ! "



 Klik sini untuk lihat lebih gambar ------> FLICKR





ADMIN : THANKS THE BODY SHOP SABAH :)

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah