Sambutan Hari Raya Korban Peringkat Universiti

By Zulasri Ashaari - September 21, 2015


Hebahan Program
Raya Korban tak lama lagi. Mahasiswa UTHM sudah bersiap sedia nak balik kampung. Sahabat yang tinggal di Sabah dan Sarawak pun dah mula kemas-kemas barang. Tinggallah aku keseorangan di Kolej Kediaman Taman Universiti. Untuk yang belajar di tempat orang ni, bercuti di asrama sudah menjadi satu kebiasaan. Kita hanya mampu melihat orang balik ke kampung, bertemu keluarga, menjamu selera bersama keluarga dan selfie-selfie bagai masuk instagram. Kita dah biasa tengok benda-benda ni. Nak balik tapi tiket nak balik Sabah mahal nak mampos, hanya mampu titipkan salam je lah. Buat keluarga dirumah, Ananda disini sentiasa merindui anda semua. Selamat menyambut Hari Raya Korban. Buat pelajar UTHM yang tidak balik ke kampung atau yang tinggal berdekatan, disini terdapat satu program yang dibuat oleh Rakan Masjid UTHM dimana Program Sembelihan sempena Ibadah Korban itu merupakan program yang dijalankan sempana Hari Raya Aidiladha &  bakal diraikan oleh semua umat Islam yang bakal berlangsung . Berikut merupakan butiran program :

SOLAT SUNAT AIDILADHA

Tarikh: 24/9/2015
Lokasi: Masjid UTHM
*Jamuan juga disediakan selepas selesai solat.

PROGRAM SEMBELIHAN
Tarikh: 27/9/2015
Lokasi: Masjid UTHM


ADMIN : MAHASISWA/I UTHM DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS.




  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah