Watikah Perlantikan Majlis Tertinggi Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM
By Zulasri Ashaari - September 14, 2015
Daripada Kanan : Engku Syukri , Zulasri Ragiman dan Yus |
MORE PICTURE HERE : FLICKR
Pada hari Ahad lepas ( 13 September 2015 ) , Majlis Tertinggi Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional telah menerimah watikah perlantikan daripada Dekan FPTV iaitu Prof.Madya Dr Razali Bin Hasan bagi sesi 2015/2016. Seramai 800 orang pelajar telah hadir ke perhimpunan tersebut. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu , Bangsa Johor dan Lagu Guru Malaysia diikuti dengan ucapan daripada Dekan FPTV. Pelajar dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan fakuti seawal jam 7 pagi. Pagi-pagi lagi kami terpaksa menyusun atur peralatan agar majlis dapat berjalan dengan lancar. Dah la kena pakai kemeja dan ber "tie". Memang berpeluh je badan, hilang handsome,baru nak usha adik-adik junior. hahaha.
Syukur Alhamdulillah, cuaca pun baik ketika perhimpunan dijalankan, tiada sebarang masalah berlaku dan program berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kru FPTV yang sama-sama menjayakan perhimpunan ini. Semoga dengan ini, kita dapat menjadi pemimpin yang baik dan dapat berkhidmat untuk fakulti dan pelajar. Nama pun nak jadi cikgu kan, perhimpunan pagi tu adalah satu perkara wajib bagi seorang guru. Pelajar FPTV secara tidak langsung sudah melangkah satu tapak dibidang pendidikan. Tepukan untuk diri sendiri "clap,clap,clap,clap,clap".
ADMIN : Diharap semua pelajar FPTV dapat menunjukkan perilaku seorang guru untuk persediaan dimasa hadapan.
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah