Apa sebenarnya tujuan kami untuk menjadi cikgu? Adakah untuk mendapat gaji yang besar? atau mungkin untuk mendapat pekerjaan tetap atau sekadar suka-suka? Pada mulanya aku beranggapan kerja sebagai guru tu mudah. Datang kerja pukul 6 pagi, then balik pukul 12.30 tengahhari. Mudah dan banyak masa. Tapi setelah merasa sendiri menjadi guru sandaran di Kolej Vokasional Likas semester lepas, baru aku tahu, tugas guru itu bukan mudah kerana tugasnya bukan sahaja mengajar, tetapi juga mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia berguna. Dia lah cikgu, dialah ibu, dialah bapa kepada beratus pelajar bahkan beribu pelajar. Dan mengajar itu bukan sahaja mengajar secara sambil lewa. Banyak prosedure yang perlu dipatuhi oleh guru sesuai dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, cikgu juga perlu menyediakan alat bantu mengajar untuk melancarkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi pada sesiapa yang merasa tugas guru itu mudah, aku dengan tegas mengatakan tugas ini bukanlah semudah yang anda sangka.
ADMIN : Kalau la aku ditakdirkan untuk menjadi pendidik, aku bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat :)
JOM Terjah Story ni Pula :
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah