PENGENALAN PENCAWANG UTAMA 33/11KV

By Zulasri Ashaari - April 08, 2020



Pencawang utama atau juga dikenali sebagai pencawang penghantaran biasanya diletakkan berhampiran dengan sumber tenaga. Sistem penghantaran merupakan proses penghantaran tenaga elektrik yang bermula dari penjana di stesen janakuasa hingga ke punca pencawang memasuk utama bervoltan tinggi. Sebelum melalui peringkat penghantaran, voltan 11kV daripada stesen janakuasa akan disalurkan transformer (pengubah) yang berfungsi sebagai menaikkan atau menurunkan voltan arus ulang-alik. Transformer akan menaikkan voltan sehingga ke 132kV, 275kV, dan 500kV. 

Tujuan menaikkan voltan penghantaran adalah untuk merendahkan arus yang mengalir melalui kabel penghantaran. Ini akan memberi kesan yang baik kepada sistem penghantaran seperti pelepasan haba dalam kabel dapat dikurangkan, penggunaan saiz kabel yang lebih kecil dan susut voltan dalam kabel dapat dikurangkan.

Bagi mengawal operasi penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia, voltan talian penghantaran daripada setiap stesen janakuasa utama saling dirangkaikan antara satu dengan lain. Rangkaian voltan transformer ini dinamakan Rangkaian Grd Nasional. Jaringan talian ini dimiliki dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Oleh kerana voltan talian penghantaran sangat tinggi dan berbahaya, maka talian penghantaran dipasang pada ketinggian tertentu menggunakan menara pilon.  


Rujukan

  1. Miller, Rex. (2002) Electronics The Easy Way, 4th ed. Barron's Educational Series,p. 88-89.
  2. William D. Stevenson, Jr (1997).  Elements of Power System Analysis Third Edition, McGraw-Hill, New York . ISBN 0070612854. Page 2
  3. S. Andreas (2008), Power Supply: Basics and Practical, ISBN 978335631328. P43

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah