DILEMMA GURU APABILA DIKECAM IBUBAPA

By Zulasri Ashaari - April 10, 2020



Dilemma Seorang Guru Dikecam Ibubapa. Baru-baru ini, kecoh dimedia sosial mengenai artis Malaysia meminta sumbangan khas daripada kerajaan untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April. Ramai netizen mengecam permintaan tersebut kerana permintaan golongan artis dikatakan melampau. 

Selain daripada artis, guru sekolah juga turut sama terkena tempias apabila ada segelintir masyarakat mempertikai gaji dan status kerja guru pada hari PKP dilaksanakan. Ramai netizen beranggapan guru sekolah terlalu banyak masa free kerana sekolah ditutup dan gaji tetap jalan. Ada beberapa cadangan diberikan iaitu memotong separuh gaji cikgu untuk diberikan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Daripada penyataan itu, ramai juga guru-guru tidak berpuas hati dan tidak kurang juga yang tidak mempedulikan penyataan tersebut.  

Profesion perguruan dipandang hina seolah-olah seperti tidak menyumbang sesuatu kepada negara dek individu yang menganggap cemuhannya lebih berjasa berbanding jasa guru. Mungkin mereka tak tahu, guru-guru sekolah bukan duduk diam sahaja di rumah. Guru-guru ditugaskan untuk membuat kelas secara online setiap hari dan perlu memastikan kerja pelajar siap pada masa yang ditetapkan. 

Pembelajaran secara online bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Tidak semua pelajar mampu untuk mendapatkan kemudahan internet, apa lagi bagi pelajar yang tidak berkemampuan atau tinggal dikawasan luar bandar. Guru-guru yang terpaksa mencari cara lain untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran terus berjalan selain perlu mencapai  Key Performance Indicator (KPI). Itu baru masalah pelajar, bagaimana pula guru-guru yang sudah berusia? Yang terpaksa untuk belajar dan mempraktikkan aplikasi yang tidak pernah digunakan sebelum ini seperti aplikasi Zoom, Google Meeting dan sebagainya? Malahan ada ramai ibubapa sendiri tidak tahu akan aplikasi tersebut.

Belum lagi guru-guru bekerja siang dan malam untuk melayan karenah pelajar dan ibubapa. Malahan ada ibubapa mencari guru-guru ni diluar waktu pejabat. Tidak kurang juga yang menggangu ketika malam. Andai dibincangkan apa yang guru-guru dah lakukan kepada Negara, tidak akan habis sehingga esok.

Imam Syafie berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.


Bagi saya, adanya masa terluang ni, perbanyakkan dekat dengan Tuhan dan luaskan serta kembangkan fikiran supaya kerja tu tidak hanya mencari salah orang. Sekian Terima Kasih.

Zulasri

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Top 10 titanium pipes in this forum
    Top 10 titanium pipes in this forum. Thanks titanium mokume gane for black titanium sharing this forum. Best titanium for sale buy. Best w88 purchase. I have got the item raft titanium with the highest

    ReplyDelete

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah