Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.
Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Pelajar yang ingin memohon masuk program Medicine perlu mendapat Band 5, program undang-undang (Law) di UITM and UM perlu Band 4.
Ujian ini diadakan 3 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup.
Menjadi satu masalah buat pelajar yang belajar jauh dari rumah untuk mengambil ujian terutamanya ujian lisan kerana untuk sesi mac, ujian lisan biasanya dilakukan ketika musim cuti semester. Tak perlu risau, anda hanya perlu ikut langkah mudah ini,
Cara tukar tempat peperiksaan MUET :
- Tunggu sehingga slip peperiksaan MUET keluar. Selalunya bulan 1 untuk sesi mac
- Download borang C2 DISINI
- Isi borang tersebut dan dapatkan COP daripada sekolah atau Pusat Akademik Universiti.
- Hantar borang tersebut di pejabat MPM beserta slip peperiksaan dan wang pos RM25. Kalau malas sangat nak berurusan dengan wang pos, hantar cash je. Tapi risiko sendiri kalau permohonan tidak diluluskan.
- Tunggu permohonan anda diluluskan. Selalunya dalam dua minggu dah boleh tengok DISINI.
ADMIN : Selalunya yang minta tukar tempat ni budak sabah yang belajar di semenanjung. Harap membantu :)
JOM TERJAH Story ni pula :
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah