Belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru semuanya !
Diam tak diam, kita sudah masuk tahun 2021. Umur makin meningkat, hidup pun makin mencabar. Semoga tahun ini kita dapat harungi dengan baik. Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar buat kita, bukan sahaja di dunia pendidikan, mala disektor lain juga turut terkesan. Ramai dibuang kerja akibat Covid-19 dan terpaksa mencari kerja baru dan tidak kurang juga yang membuka perniagaan kecil-kecilan secara online untuk meneruskan kehidupan. Semoga bencana penyakit ini cepat diselesaikan dan hilang agar semua kembali seperti sediakala.
Berhenti Kerja Di 99Speedmart
Bekerja di company ini selama hampir 2 tahun, agak susah untuk saya sebenarnya untuk berhenti. Memulakan kerjaya sebagai Storekeeper pada 15 Julai 2018, di JH Kelisa Jaya Parit Raja sementara menunggu Konvokesyen UTHM yang kebetulan kedai ini berhampiran dengan Universiti. Pada mulanya bekerja hanya untuk menampung kehidupan disana. Tidak pernah terfikir untuk stay lebih lama lagi di Johor memandangkan dah menetap 4 tahun lebih disana. Sepanjang menjadi storekeeper, baru saya tahu bertapa susah mencari duit sebab berat gila kot barang-barang store nak kena angkat & susun. Mujur kawan kerja time tu baik-baik semua.
Pada Bulan November, saya ditawarkan untuk menjadi Ast. Branch Manager di JH Kangkar Bahru. Satu lagi cabaran baru sebab jaraknya agak jauh dari rumah sewa saya ketika tu. Belajar cara untuk manage kedai, memang satu pengalaman yang baru untuk saya.
Pada bulan April 2019, saya ditawarkan pula menjadi Inventory Audit Executive di HQ 99Speedmart. Alhamdulillah, pengalaman kerja memang berbeza dengan sebelumnya. Suasana pun jauh berbeza & slow-slow saya mula berminat dengan kerjaya ini. Antara sebab saya bertahan kerja disini adalah, gaji mungkin tidak sebesar mana. Tapi layanan bos tu memang terbaik. Tu yang membuatkan saya selesa untuk bekerja disana. Tetapi, saya terpaksa berhenti kerja kerana dapat peluang kerja lebih baik dan apa yang saya tidak sangka ialah, bos saya menawarkan untuk saya kembali ke 99Speedmart bila-bila masa sahaja. Terima kasih Mr. Tan June Meng atas tawaran & kepercayaan terhadap saya. Akhirnya, pada 31 Mei 2020, saya berhenti kerja secara rasmi.
Memulakan Kerjaya Sebagai Guru Vokasional
Pada 10 Jun 2020, maka bermulalah kerjaya sebagai seorang guru vokasional disebuah sekolah sekitar Kota Kinabalu. Alhamdulillah..
Memandangkan ini merupakan tahun pertama saya menjadi guru, memang agak janggal juga sebenarnya untuk berhadapan dengan pelajar. Sebelum ni kerja sebagai Juruaudit, hanya tertumpu kepada manager dan staff yang dah berumur. Ni kena berhadapan dengan pelajar yang lebih muda. So ini lah antara cabaran yang saya kena lalui selama 32 tahun. Hahaha Hope lepas ni dia akan okay la yeee. Sebelum ni pernah buat latihan mengajar di Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor selama 6 bulan. Sebelum ni bergelar pelatih je, bila dah masuk sebagai guru sebenar disekolah ni, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul & dilaksanakan.
Cabaran Pengajaran & Pembelajaran Covid-19
Berbanding tahun sebelum, Covid-19 ni memberi impak yang besar sebenarnya untuk kita semua. Terutamanya buat warga pendidik. Tidak pernah disangka, sebelum ni kita banyak melakukan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, tiba-tiba terpaksa melakukan sesi PdP secara online. Walaupun google classroom, google meet dan sebagainya telah lama wujud, tapi tak semua warga pendidik tahu cara penggunaannya kerana lebih selesa melakukan pembelajaran secara bersemuka.
Disebabkan pandemic ini, guru tiada pilihan lain melainkan melakukan pembelajaran secara online. Untuk saya, benda ni tidak sukar kerana sebelum ni, UTHM memang sudah memulakan sesi pembelajaran online ni diperingkat universiti lagi. Dan antara cabaran lain yang dihadapai oleh warga pendidik ialah, tidak semua pelajar & guru mempunyai capaian internet yang baik. Guru kena mencari cara lain untuk memastikan pelajar tersebut tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan perkara ini juga perlu mendapat sokongan penuh daripada ibubapa.
Mula Berjinak Di Youtube
Selepas sahaja Pandemic berlaku, saya terfikir untuk membuat Channel saya sendiri untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran secara online. Benda ni juga satu perkara baru untuk saya sebab terpaksa bercakap di hadapan kamera. Semoga tahun 2021, banyak lagi content yang saya buat untuk membantu anak murid saya. Amin
Kamu boleh lawat Youtube Channel saya melalui link ini.
https://www.youtube.com/channel/UCZXV6aaUkcVm3hH4KYDMNlw
Penerokaan lebih banyak kawasan Hiking
So benda ni saya sendiri tak expect pun. Semenjak PKP, berat badan memang naik mendadak. Bila member ajak untuk keluar hiking, mulanya memang join untuk kurangkan balik berat badan je. Sepanjang PKP, Saya naik 10 Kg. Nak nangis bila mengenangkan baju-baju yang dah tak muat. So bila dah selalu sangat hiking, tiba-tiba minat tu muncul. Disamping buat aktiviti sihat, dapat juga tengok pemandangan puncak yang lawa-lawa. Tak sangka kawasan rumah saya ni banyak tempat-tempat hiking yang view nya boleh tahan lawa juga. So bila selalu dah keluar hiking ni, saya cabar pula diri untuk mendaki Gunung Kinabalu. Hope lepas la sampai puncak. Tarikh mendaki adalah pada 18 feb 2021.
Zulasri : So itu sahaja refleksi saya untuk tahun 2020. Terima kasih kerana sudah membaca. Semoga tahun 2021 ni akan membawa makna yang baik buat kita semua. Insyaallah :)