Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran Dalam Talian

By Zulasri Ashaari - December 07, 2020


Pada masa kini, pembelajaran dalam talian ( Online Class ) ternyata semakin banyak dipraktikkan. Apa lagi dengan keadaan sekarang, yang mana hampir semua sekolah dan universiti tempatan terpaksa ditutup akibat penularan virus Covid-19. Dengan penularan virus ini, saya sendiri mengerjakan pembelajaran secara online sudah hampir 16 minggu.
 
Banyak universiti mula berkongsi kursus mereka secara dalam talian secara percuma. Ini merupakan kaedah yang mudah dan selesa untuk mencapai pengetahuan dalam hampir semua bidang. Pembelajaran dalam talian adalah satu alternatif yang baik untuk pelajar, terutama bagi orang yang tidak mempunyai masa dan wang untuk mengikuti kursus sebenar. Tetapi apakah kelebihan dan kekurangan pembelajaran dalam talian?

Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian


Walaupun ramai orang masih menganggap kaedah tradisional ( bersemuka ) sebagai kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan, pembelajaran dalam talian juga terbukti menjadi alternatif yang baik. Ini kerana, pelajar berpeluang belajar pada waktu mereka sendiri dan pelajar dapat mengurus masa pembelajaran mereka sendiri tanpa terikat dengan jadual kelas. Ini merupakan cara yang bagus untuk mereka mempelajari banyak bidang dan meningkatkan tahap motivasi diri pelajar itu sendiri.  Bagi saya, jika kaedah pembelajaran ini diterapkan, pembelajaran dalam talian sangat berkesan kerana pelajar dapat menyelesaikan kerja rumah mereka dengan cepat, dan ada lebih banyak masa yang tersisa untuk hobi atau mencari pekerjaan. Dengan adanya sambungan Internet, seseorang boleh mengikuti kursus yang berbeza. 


Kelemahan Pembelajaran Dalam Talian

Di sekolah, pelajar belajar bagaimana berkawan, bersabar, menghilangkan kekecewaan, dan yang paling penting adalah pelajar belajar untuk bersaing. Hanya dalam kumpulan kecil, pelajar dapat berkembang dengan baik. Berbeza dengan pembelajaran dalam talian yang mana tiada interaksi antara manusia dilakukan. Disamping itu, pembelajaran dalam talian boleh menjadi sukar, jika ditujukan untuk disiplin yang melibatkan latihan.

Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian harus dilihat sebagai pelengkap dan peluasan bentuk pembelajaran klasik, bukan sebagai medium utama dalam menerima ilmu. Apa lagi pembelajaran yang melibatkan kemahiran seperti kemahiran vokaisonal. Pembelajaran online amat sukar dilakukan kerana pelajar mungkin hanya dapat belajar secara teori dan bukannya amali. Malah kursus dalam talian yang terbaik tidak dapat sepenuhnya menggantikan hubungan peribadi dengan guru, atau hubungan sesama manusia yang terjalin dalam satu kumpulan. Jadi, kelas tradisional tidak boleh diganti dengan pembelajaran dalam talian, tetapi dijadikan pelengkap dalam pemberian ilmu.

ZULASRI : Pelajar yang ada online class tu, ok tak? hihihihihi

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah