Alhamdulillah, akhirnya tamat juga pembelajaranku untuk semester 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Banyak dugaan yang diterima sepanjang berada di negeri orang. Kini tibalah masanya untuk aku balik ke negeri asal aku di Sabah ! Rindu dengan keluarga dan tempat-tempat menarik di Sabah. Kalau di Batu Pahat tak banyak sangat tempat untuk dijelajah.
Alhamdulillah, selamat juga aku sampai di Kota Kinabalu 2 hari lepas. 1st time pergi KLIA2. Bukan main besar lagi lapangan terbang tu kan. Macam-macam yang boleh dibeli disana dengan harga yang berpatutan. Kapal terbang yang aku naik AK5120 dari KLIA2 ke Kota Kinabalu. Selama ni naik kapal terbang macam naik bas je. Tak lah takut sangat. Tapi semenjak timbul nya isu MH370, MH17 dan baru-baru ni pula QZ8501, memang pucat juga la nak naik kapal terbang. Tapi nak buat macam mana? dah itu je pengangkutan yang ada. Takkan nak naik sampan ke KK kot. Hahaha
Kali ni, pengalaman naik kapal terbang berbeza sikit. Disepanjang penerbangan ke KK , aku nampak banyak penumpang yang bertasbih dan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Kebanyakan mereka masih takut untuk menaiki kapal terbang semenjak banyak tragedi yang berlaku di Malaysia, lagi-lagi yang melibatkan penerbangan. Buktinya, sepanjang penerbangan aku nampak semua orang berdoa dan bertasbih. Tidak kurang juga yang asyik-asyik menjerit terkejut kalau kapal naik keatas dan turun kebawah. Selalunya aku nampak penumpang tidur je kalau didalam kapal. Kali ni berbeza sikit. Semua bangun dengan penuh ketakutan. Biasa lah, tidak salah takut. Tapi ingat, mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila je kita mati.Yang penting kita kena selalu berbuat kebaikan dan tidak lupa tanggungjawab kita kepada Allah. Insyallah semoga kita ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Setelah sampai di Kota Kinabalu, cara landing kapal tersebut agak mengejutkan sikit. Banyak penumpang yang menjerit terkejut. Hahaha tapi selepas itu, ada yang tepuk tangan tanda selamat sampai ke KK. Memang berbeza dari sebelumnya. Banyak yang memaparkan wajah yang gembira. Yang paling gembira sekali tentunya aku. Setelah sekian lama dinegeri orang, akhirnya dapat juga bertemu dengan keluarga kembali. Alhamdulillah :)
ADMIN : Semoga warga UTHM mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan :)
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah