MARI BELAJAR BERSAMA UNCLE ZUL
1. Niat atau Perancangan. Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu anda, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari, samaada jangkamasa pendek atau panjang. Sudah semestinya menceburi bidang ini anda hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan anda nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah anda telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan anda dalam setiap langkah yang anda aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap di kemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang anda lakukan.
2. Dapatkan ilmu - Sebelum memulakan sesuatu, anda hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin anda ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat di mana anda boleh belajar membuat kek. Proses pembelajaran jangan terhenti walaupun anda sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baharu yang belum anda pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada anda. Ada orang yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.
3. Mempraktikkan ilmu - Setelah anda mendapat ilmu, praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi, ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila anda hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya..
4. Promosi - Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang di sekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hati pun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau di kedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.
5. Menjaga pelanggan - Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya, jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda tempahan akan bertalu-talu datang.
6. Sikap yang positif - Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat anda untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang anda buat itu adalah semata-mata kerana jihad anda kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Pasti semangat itu tidak akan pudar.
7. Peralatan yang cukup - Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.
8. Mendaftarkan perniagaan - Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi-agensi lain. Seterusnya, anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.
9. Bersabar - Kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidang pun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian anda akan menjadi kenyataan.
p.s : Harap petua ini dapat membantu Korang okay?
10 comments
Terima kasih. Satu panduan yang boleh memberi input untuk memulakan sesuatu perniagaan.
ReplyDeletewelcome :)
ReplyDeletebab mnjaga pelanggan,kata orang,pelanggan adalah raja..memang benar ya..sebab tanpa pelanggan,bisnes xkan maju..
ReplyDeleteYa betul tu :)
DeleteSangat2 bernas..saya sangat suka..terima kasih yaa
ReplyDeletesama-sama... gembira saya anda menyukainya :)
DeleteApakah Anda pernah mencari bantuan keuangan mendesak? Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk membayar tagihan dan utang yang ada? Anda mencari bisnis rumah dan pinjaman pribadi, hubungi kami sekarang dengan info di bawah ini.
ReplyDeleteNama Anda:
negara:
Jumlah Pinjaman:
durasi:
pekerjaan:
Tujuan dari pinjaman?
Nomor Telepon:
Catatan: Semua tanggapan harus maju Hubungi kami sekarang melalui: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com Terima kasih sudah datang.
Kami adalah perusahaan yang terdaftar, meminjamkan uang kepada orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan mendesak, dan mereka yang telah ditolak kredit dari sana bank karena skor rendah kredit, pinjaman bisnis, pinjaman Pendidikan, mobil pinjaman, kredit rumah, kredit perusahaan (dll), atau untuk membayar utang buruk atau tagihan, atau yang telah scammed oleh pemberi pinjaman sebelum uang palsu? Selamat, Anda berada di tempat yang tepat, dapat diandalkan Pinjaman Perusahaan Ibu Kelly untuk memberikan pinjaman dengan tingkat bunga yang sangat rendah dari 2% telah datang untuk mengakhiri semua masalah keuangan Anda sekali dan untuk semua, untuk informasi lebih lanjut dan pertanyaan hubungi kami melalui email perusahaan kami: kellywoodloanfirm@gmail.com
ReplyDeleteTerima kasih
Terima kasih dan Tuhan memberkati
Ibu kelly
KellyWoodLoanFirmLTD
(Kellywoodloanfirm@gmail.com)
AKHIR TAHUN PINJAMAN PENAWARAN .. AKHIR TAHUN PINJAMAN PENAWARAN ..
ReplyDeleteSaya Chloe Morrison, A pemberi pinjaman kredit, saya meminjamkan uang kepada individu atau perusahaan yang ingin mendirikan sebuah bisnis yang menguntungkan, yang merupakan periode utang lama dan ingin membayar. Kami menyediakan semua jenis pinjaman Anda dapat pernah berpikir, kita baik pinjaman swasta dan pemerintah, dengan suku bunga kredit dari 2%.
Hubungi kami sekarang dengan alamat email panas kami: (Chloemorrisloanfirm@gmail.com) Kebahagiaan Anda adalah perhatian kami.
(CHLOEMORRISLOANFIRM)
AKHIR TAHUN LOAN OFFER !!! AKHIR TAHUN LOAN OFFER !!!
ReplyDeleteBerita baik untuk semua, Sunshine Syarikat pinjaman memberikan pelanggan pinjaman berpatutan tanpa cagaran bagi baki bulan 2016, bagi anda untuk mula 2017 anda dengan pelan yang berjaya.
Adakah anda berfikir tentang memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan mereka, kerana kami menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman pelajar, dan semua jenis kadar faedah pinjaman sebanyak 2%. tergesa-gesa sehingga sekarang dan menjadi sebahagian daripada program ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami sekarang melalui e-mel Sunshineloancompany@gmail.com
SUNSHINELOANCOMPANY
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah