TEMPAT PALING MENARIK DAN WAJIB PERGI DI PENANG ( PART 1 )

By Zulasri Ashaari - January 21, 2020


Sebut je Penang, mesti teringat dengan Nasi Kandar. Tidak dinafikan lagi Penang antara negeri yang banyak makanan yang best-best. Dah banyak kali datang Penang tak sempat nak jalan-jalan cari makan. Asyik ada game bowling je. So kali ini, aku dan member gerak ke Penang untuk jalan-jalan cari makan je.

Memandangkan memasing dah bekerja, kitorang gerak ke Penang lepas kerja hari Jumaat tu. Means Jumaat malam tu dah gerak ke Penang. Masing-masing apply leave hari Isnin sebab nak bercuti Jumaat-Isnin. Tepat pukul 12 pagi, kami gerak daripada Batu Pahat ke Penang. Fuh, memang jauh beb ! Tapi sebab dah gerak tu pun ramai-ramai, yang drive je la yang rasa jauh. Hahaha By the way, aku drive dari Batu Pahat ke KL okayy !

Sebelum sampai, kitorang singgah solat subuh dahulu di RnR Tapah, sambil beli la apa-apa yang patut.Then bermula lah tempat-tempat menarik yang kitorang pergi.

1. Roti canai transfer Road

  • Keadaan sesak sebab orang berbaris panjang untuk bersarapan. Dinasihatkan datang awal untuk elak traffic jammed dan susah cari Parking.
  • Menu must try, Roti Canai Ayam (RM8. 00) dan Roti Bakar Telur Goyang. (Rm4. 50)

 Roti canai Transfer Road

Roti Bakar Transfer Road

2.  Aunty Evelyn Coffee
  • Sebab kitorang datang awal, barisan tak panjang sangat. Tapi kena tunggu one by one la sebab aunty ni buat minuman satu per satu, jadi agak mengambil masa sikit.
  • Menu must try, Milo+Coffee Ais. Harga Rm4. 50
  • Ada menyediakan nasi lemak dan Roti Bakar. Sebab kitorang dah makan tadi, so kita try minum Coffee aunty ni je. Tu pun sikit lagi kena saman sebab tak letak kupon Parking 😅
 

3. CHURCH STREET PIER

  • Sebab datang tengah hari, takde orang sangat kat sini. Sunyi sepi mendengar ombak ditambah pula dengan alunan angin yang kuat. Tenang walaupun panas.
  • Sejarah tempat ni boleh Google sendiri. Tapi kalau nak bergambar, sini pun Best cuma susah nak cari Parking la.. Ada pun kena bayar RM5 per hour. Mahal gila !




 4. Tan Chew Jetty

  • Nak bergambar ala-ala kat Australia tu? Haaa tak perlu datang jauh-jauh. Penang ni ada. Walau tak sama, tapi seakan-akan. Kira boleh laaaa.. Hehe
  • Tak dapat pergi ke jambatan sebelah sebab salah masuk simpang. Jadi kita gambar kat tepi-tepi je... Lagipun ramai yg tunggu giliran nak bergambar.

5. Georgetown

Sebab masih kenyang, kitorang pun plan pusing-pusing sekitar kawasan Georgetown.

 


5. Hameediyah Restaurant
  • Orang Penang banyak suka makan kat sini. Dulu saya dah try kat Deen Maju. Kali ni try kat sini pulak..
  • Standard nasi kandar, semua sama je. Yang membezakan jenis lauk tu je. Bagi aku, Deen Maju lebih banyak lauk. Hehe so ikut citarasa masing-masing
 



6.Gurney Drive

  • Tempat makan yang banyak pilihan. Tapi yang paling power dia punya Passembur. Harga murah dan berbaloi.
  • Bertuah sikit, dapat tengok orang menari



Okay, cukup sampai sini sahaja dahulu. Hari seterusnya saya akan sambung di part seterusnya okay? hehehe So sambungan part 2 DISINI

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kritikan Seorang Engineer Bertauliah